ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isuzu lantik CEO baharu dan keluarkan harga terkini model D-MAX!

Views

Matsuoka1

Isuzu Malaysia Sdn Bhd telah melantik Kenji Matsuoka sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu. Matsuoka yang merupakan graduan bidang Kejuruteraan daripada Universiti Mie akan memulakan tanggungjawabnya pada 20 April 2015. Beliau menggantikan Kimitoshi Kurokawa yang akan kembali bertugas di Isuzu Motors Limited Jepun untuk memantau rangkaian pasaran yang luas termasuklah Komanwel Negara-negara Merdeka (CIS), Asia Barat, Amerika Latin, Afrika dan Asia Tenggara.

Sebelum menyertai Isuzu Malaysia, Matsuoka pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu-Hicom Malaysia (IHM) sejak tahun 2012 selepas menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Vietnam Co Ltd. Selain meletakkan sasaran untuk mengekalkan posisi syarikat sebagai jenama trak No. 1 di Malaysia, Matsuoka juga berharap untuk menguasai 20 peratus pasaran trak pikap Isuzu D-MAX dalam jangka masa sederhana.

“Para pelanggan kami sedar bahawa kualiti utama produk kami adalah tahan lasak, boleh dipercayai dan menjimatkan bahan api membolehkan mereka mengurangkan kos operasi tanpa perlu menafikan aspek prestasi atau ketahanan. Ketika semua orang cuba untuk menjimatkan wang, kenderaan Isuzu menawarkan pelanggan dengan penyelesaian pengangkutan yang terbaik,” kata Matsuoka.

“Tanpa sokongan yang kukuh daripada para pelanggan, kami tidak mampu mengekalkan pertumbuhan jenama yang konsisten. Jadi, kami akan memberi perhatian yang lebih khusus untuk menambah baik kualiti perkhidmatan selepas jualan dengan mengukuhkan operasi para pengedar dan meningkatkan aspek kemudahan alat-alat ganti menerusi pembinaan sebuah depot alat ganti yang baru di Johor,” tambah Matsuoka.

Matsuoka juga memberitahu, syarikat akan terus mengembangkan rangkaian produknya dengan menambah varian kenderaan Isuzu demi memenuhi keinginan dan keperluan spesifik pelanggan. Antaranya dengan memperkenalkan model Isuzu MU-X, sebuah kenderaan berkapasiti tujuh tempat duduk yang akan tampil di pasaran tempatan tidak lama lagi.

Isuzu Malaysia turut mengeluarkan senarai harga terbaharu bagi model pikap Isuzu D-MAX yang berkuatkuasa 1hb April selepas Kerajaan Malaysia melaksanakan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Berikut adalah senarai harga baharu Isuzu D-MAX :

Microsoft Word - Isuzu D-MAX Pricing as of 1 April 2015

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply