ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isuzu D-MAX pertahan gelaran trak pikap terbaik!

Views

COTY_Isuzu_Trophy

Isuzu D-MAX terus mengagumkan pakar industri dan para pelanggan melalui kejuruteraan serta reka bentuknya yang mantap. Gabungan itu nyata menyerlahkan lagi kenderaan yang sebelum ini bersifat utilitarian. Kini, Isuzu D-MAX membuktikan bahawa trak pikap juga mampu memiliki pakej menarik dan tidak lagi hadir dengan imej lapuknya.

Lebih mengagumkan, Isuzu D-MAX V-Cross baharu berjaya meraihkan anugerah NST-Maybank Car Of The Year dalam kategori Trak Pikap untuk dua tahun berturut-turut. Tahun ini, anugerah tersebut diterima oleh model Isuzu D-MAX V-Cross 3.0 baharu. Pengiktirafan itu disampaikan selepas Isuzu D-MAX menerima anugerah Trak Pikap ‘Best Value for Money’ daripada majalah Asian Auto, juga untuk dua tahun berturut-turut.

“Pelaburan yang dibuat oleh Isuzu ke atas D-MAX baharu dari segi penyelidikan serta kejuruteraan adalah yang paling tinggi dalam sejarah syarikat dan hasilnya dapat dilihat dengan jelas. Isuzu D-MAX kekal menjadi pilihan utama para juri dalam kategori trak pikap, walaupun terdapat model-model yang lebih baru di pasaran hari ini,” kata Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Daisuke Ishida.

BKB_2188 copy

Kekuatan utamanya iaitu ketahanan, kebolehpercayaan dan penjimatan bahan api yang efisien sememangnya memberikan manfaat jangka panjang serta penjimatan kos kepada para pemiliknya. Isuzu D-MAX juga tampil menarik menerusi keseimbangan dari segi keselesaan, prestasi dan pengendaliannya.

Isuzu D-MAX V-Cross 3.0 khususnya menawarkan ciri-ciri pemanduan yang cemerlang. Ini disebabkan oleh satu sistem yang dikenali sebagai “Variable Geometry Turbo System (VGS)” yang menghasilkan daya tork pada setiap kali ia diperlukan. Ini sekali gus memberikan pemandu maklum balas pendikit secara serta-merta tanpa mengira beban yang dibawa atau kondisi jalan.

Tarikan terhadap trak pikap ini bertambah dengan tahap keselamatan yang merupakan antara yang tertinggi di dalam kelasnya. Isuzu D-MAX ialah trak pikap jenama Jepun pertama yang mematuhi garis panduan keselamatan UNECE yang cukup ketat. Sekali gus menjadikannya kenderaan yang terbaik untuk tujuan kerja atau riadah.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

5 Comments

Leave a Reply