ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

INFO TAMBAHAN : Proton CH (segmen C Hatchback) @ P3-22A

Views

c hatchback rear

Setelah digemparkan dengan gambar bahagian belakang Proton CH (segmen C Hatchback)@ P3-22A yang telah ‘bocor’ baru-baru ini, saya mendapat beberapa info spekulasi mengenai spesifikasi model baru ini. Saya difahamkan pelancaran model ini telah ditunda pada saat akhir dan kemungkinan pelancaran akan dibuat sekitar bulan Ogos selepas Hari Raya Aidilfitri.

Dari segi luaran, yang membezakan model ini dengan Prevé ialah DRL (Day Running Light) yang lebih terang (*pada model Prevé lampu ini dikenali sebagai lampu posisi), lampu belakang CCFL, lampu hadapan projektor & jeriji hadapan kemasan sarang lebah (honey comb). Pada bar bahagian tempat letak nombor plet kereta ada perkataan PROTON (saya rasa mungkin huruf itu timbul), tapi bukan kemasan krom, mungkin ikut warna badan kereta.

Untuk bahagian dalaman, kemasan tempat duduk kulit lembut seperti yang terdapat pada model Inspira, head unit dengan fungsi pemain DVD & GPS dengan skrin 7 inci, kemasan panel papan pemuka berwarna cerah dengan tekstur seperti berlian (diamond).

Dari prestasi, enjin 1.6 CFE Turbo dengan transmisi CVT 7 kelajuan Protronic masih dikekalkan. Dari segi keselamatan, model ini dilengkapi dengan 6 beg udara, top theter (untuk kerusi bayi), sistem ABS, Traction Control, ESC (Electronic Stability Control), Proton Ride & Handling, tayar ‘Champiro’ 17 inci, Hill Hold Assist (HHA) & mendapat 5 bintang ANCAP (sama seperti Prevé).

Ciri menarik yang lain seperti rim 17 inci rekaan baru, sensor hadapan & belakang, fungsi service reminder, ruang boot 427 liter, kamera undur & lima pilihan warna. Harga untuk model ini dikatakan bermula dari RM76K++ untuk varian Executive, manakala Premium mungkin mencecah RM80K++ tetapi harga masih belum dimuktamadkan dan mungkin berubah sebelum hari pelancarannya.

Setakat ini sahaja info yang saya dapat buat masa ini, nantikan info selanjutnya dari semasa ke semasa… 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

36 Comments


  • Kan dah cakap. Proton lancar lepas raya kerana market target dia sekarang adalah kanak kanak. Hanya kanak kanak saja yang bertambah kaya selepas raya. Orang dewasa dah banyak perabis duit untuk raya.


  • Postpone sebab nak tunggu Najib punya jadual clear. Biasalah, Proton masih tak berani nak release kerata sendiri. Kena tunggu PM juga.


  • Nampak gaya kena pinjam duit raya budak2 lepas raya ni.. den mmg nak sambar Preve Kontot ni. Janji lepas Raya tau Proton jangan hold lama2 takut Budak2 yg ada duit raya ni tukar fikiran.

    Kalau boleh sembunyi diri dalam gua, risau Helang K3 atau Vios sambar den. Proton ni dengar ke tidak? harap diorang dengar la.


  • Nampak gaya den kena pakai VIVA lagi la Raya ni… Hampeh betul la Proton ni.
    Buat la marketing mcm Samsung… jangan mcm Apple… lambat la lepas raya.
    Diorang ni dengar ke tidak? Harap dengar la…


  • After raya, definitely too late. Better you change the rear bumper design. Put Autonomous Emergency Braking (AEB) to your premium model. If not, you won’t get five star in EuroNCAP by coming this November and the latest January 2014.

    Hopefully the price won’t over 80k for premium variant in East Malaysia too.


  • Feature2 dah mantap..tapi perkara-perkara customer complain pada model Preve harus diambil serius…fit and finish, noise and part quality harus mancapai standard global dalam usaha memasarkan kereta ini peringkat global

    Apapun gud luck and saya tak fikir kereta ini adalah terbaik…walau apa pun orang kata mengenai penambahbaikan telah dibuat pada sistem timing belt, kereta yang menggunakan timing chain tetap menjadi faktor penentu belian rakyat Malaysia….


  • Its not fair to judge just by looking at a little portion of the car body, lets just wait for its official launch. Then you can caress its body.


  • ni yg confirm:

    -sensor parking depan utk elakkan kite salah agak time nak parking.
    -reverse camera pun utk bantu parking
    -dashboard, interior same mcm preve cume pkai scheme colour lain skit.
    -kt meter skrg ade service reminder mcm inspira
    -kt A-pillar ade lubang speaker tweeter
    -grill depan lain skit dr preve, gune design honeycomb.
    -dlm enjin ade satu bnde baru, x ngt name die, RVP kot. fungsi utk elakkn aircond x sejuk time kete berhenti kt traffic light. bakal dipasangkan pada Preve CFE dan Exora Bold batch akan datang.
    -rear headrest lain skit dari preve.
    -sportrim 17, tayar achilles
    -lampu belakang CCFL utk taillamp shj. brake lamp still pkai bulb.


  • Info KABUR dari sales department PROTON Edar:

    Setelah mendapat reaksi di laman2 sosial dan blog, berkemungkinan PROTON akan melancarkan model ini lebih awal..maybe July..

    Jumaat 10 pagi punya information dari salesman edar.


  • ntah.. ader ke nak launch lepas raya.. Biasanyer org nak pakai kereta sebelum raya. AND espically aidil fitri and Chinese new year.


  • thats right KERETAKURA , last time i drove the kia forte. i can adjust my driving position at my best due to telescopic steering adjustment, pedal reach at best, seat angle at best choice due to the last adjustment of the steering wheel compensate those two.


  • Salam…Hai semua. Lama tak menyembang kat sini.

    Bro Savvy88,
    Function RVP tu apa? Robin van Persie ke? huhu

    Baru pertama kali tgok Preve HB ni. Design not bad…tapi tak nampak terkedepan dgn tahun 2013 nih..Kena lihat overall dulu, then kita boleh comment lagi.

    Rekaan rear diffuser macam ahbeng sikitlah…macam Perodua plak dah..

    Sampai sekarang saya tak pernah test drive Preve. Harap saya berkesempatan kali ini.


  • Exactly AWAK, BMW introduced telescopic steering back in 1980s with their E28 5 series. And we still don’t have them in Protons.

    One more thing, please look into the foot pedals angle, reducing stress on your ankle, knee and thigh. Good ergonomics would do wonders for the drivers.

Leave a Reply