ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai ix20 “facelift” buat kemunculan di Geneva

Views

Hyundai-ix20-1

Gergasi automotif Korea, Hyundai telah memperkenalkan model “facelift” ix20 sempena Geneva Motor Show 2015. Rekaan ix20 kini mengikuti bahasa rekaan baharu Hyundai dengan perubahan yang ketara di bahagian lampu hadapan projektor dan lampu belakang LED, jeriji hadapan berbentuk heksagon, penutup roda 15-inci dan juga pilihan rim aloi bersaiz 16 dan 17-inci.

Ruang kabin mendapat peralatan baharu termasuklah stereng dengan fungsi pemanas dan sistem audio generasi baharu dengan sambungan iPod, Bluetooth, USB dan My Music bersepadu yang berkapasiti 1GB. Hyundai ix20 juga ditawarkan dengan ruang dalaman dua tona (Hitam dan Beige dua tona) dengan kemasan fabrik. Ciri-ciri keselamatan standard termasuklah enam beg udara, ESP, ABS dan EBD.

Hyundai ix20 dikuasakan oleh enjin diesel berkapasiti 1.4 liter dan 1.6 liter selain unit enjin 1.6 liter petrol yang dipadankan dengan kotak gear enam-kelajuan automatik yang menggantikan unit transmisi empat-kelajuan pada model terdahulu. Antara ciri-ciri menarik yang boleh menjimatkan penggunaan minyak pada model ini ialah teknologi Integrated Stop & Go (ISG), tayar kalis geseran rendah, sistem pengurusan alternator (AMS) dan jeriji depan dengan ‘flap udara aktif’ untuk mengurangkan seretan.

KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

Hyundai-ix20-2 Hyundai-ix20-3 Hyundai-ix20-4 Hyundai-ix20-5

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply