ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hukuman lebih berat untuk pesalah trafik yang mengakibatkan kemalangan maut, setuju atau tidak?

Views

pajero

*Foto hiasan

Baru-baru ini seluruh negara berdukacita dan mengecam tindakan beberapa pemandu yang berlumba di lebuhraya DUKE sehingga mengakibatkan kematian sepasang suami isteri dan seorang bayi. Bukan setakat itu sahaja dua orang anak mangsa turut menjadi yatim piatu dalam sekelip mata. Di laman-laman sosial penuh dengan pelbagai reaksi orang awam mengenai kejadian tersebut sehingga menyebabkan beberapa individu, kumpulan, orang kenamaan dan selebriti turut tampil untuk membantu keluarga mangsa.

Sebenarnya kejadian seumpama ini telah acap kali berlaku kerana SIKAP pemandu itu sendiri yang tidak bertimbang rasa dan hanya mengikut hawa nafsu sendiri ketika berada di jalan raya. Sudah sampai masanya kerajaan menggubal balik akta kesalahan jalan raya dan mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pesalah trafik yang mengakibatkan kemalangan maut. Hukuman sedia ada tidak setimpal dengan apa yang mereka lakukan dan tidak memberi kesedaran kepada orang lain. Jika perlu dibuat hukuman mati untuk mereka ini sebagai pengajaran ia perlu dikaji terlebih dahulu agar ia tidak dipolemikkan oleh pihak-pihak yang suka mengambil kesempatan.

Selain itu hukuman lain yang boleh dipertimbangkan ialah seperti hukuman sebatan, penjara tidak kurang dari 10 tahun, gantung lesen memandu seumur hidup dan bayaran pampasan dengan jumlah yang ditetapkan mahkhamah kepada waris mangsa. Bagi saya usul seperti menambah kamera pengesan had laju, penggunaan pengehad kelajuan kenderaan atau lain-lain tidak akan begitu berkesan sekiranya hukuman yang diberi agak ringan. Diharap semakan semula hukuman perlu dibuat dengan kadar segera agar pesalah dapat pembalasan yang sewajarnya dan nasib keluarga mangsa terbela. Takziah kepada waris mangsa, Al fatihah.

* Pengajaran dari kisah ini sebenarnya adalah SIKAP pemandu yang menyebabkan kemalangan berlaku bukan disebabkan jenama atau jenis kereta yang digunakan. Pandu cermat jiwa selamat!

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

10 Comments


  • hmm. bukan nak cakap la, aku sndri kena ngan minah tudung myvi. aku bwk 110 kat lane kanan skali mex highway putrajaya, si minah ni bawak 90, aku tak beam tak hon pon, pas dia ketepi, dia tunjuk isyarat lucah kat aku. aku tekejot la. da la pakai tudung ko mencarut lagi. aku blok dia hampir 15 minit. tau pon takot. stakat pakai myvi da tunjuk angkuh. tapi bukan semua camtu la. hehe


  • setiap minggu aku guna LPT…bkn nk burukkan jenama tapiiiii….kebanyakan yg kurang ajar atas highway LPT ni kebanyakannya driver yg bawak myvi!!!! kereta x salah tp apesal bila bwk myvi je driver rasa cam dh hebat sgt?

    isnin baru ni aku brhenti kt petronas rnr gambang…sebelah aku myvi…pas isi petrol, start enjin & kemudian tiba2 memecut…hampir2 melanggar pengguna lain yg nk g bayar kt kaunter dlm…

    mcm yg aku bgtau td, kereta x salah tp apesal bila bawak myvi je driver (kebanyakan…bukan semua) perasan dia tu toretto?


  • salam…
    saya setuju benar dengan hukuman yang setimpal keatas pemandu2 yang tidak bertanggungjawab..
    pemantauan kemera AES patut diperluaskan lagi..
    untuk kepentingan bersama..


  • Bukan Myvi je salah. Banyak je kereta lain melakukan jenayah membahayakan pengguna. Kesalahan besar seperti tailgating rapat dibelakang untuk provokasi, potong melalui lorong kecemasan, reverse di highway kerana terlepas simpang, modifikasi lampu reverse menyala semasa brek, melawan arus di highway. Semua ni adalah kesalahan yang semacam dah biasa dan tak ditakuti lagi.

    Saya sokong hukuman penjara untuk kesalahan serius seperti ini kerana ianya kesalahan yang disengajakan dan boleh mengundang kemalangan fatal.


  • Amat bersetuju dgn hukuman yg lby berat,,mane2 kesalahan pon kalo diadili dgn telus n dikenakan ngan hukuman yg lby berat..sudah tentu byk kesalahan dpt dikurangkan..

    Tidak mahu menghukum mane2 jenama kereta..perlu ditekankan disini..kesalahan jalanraya tu adalah kebanyakan berpunca dr sikap pemandu itu sdr..buatlah kereta yg mempunyai safety feature yg plg terbaik skali pon..kalo yg dpt tu batak..batak jugak laaa jdnya..

    Kebarangkalian di zaman ini..kesalahan lby byk nmpk pd pemandu myvi..bkn kerana meraka merasakan ade myvi dah bley jd pailang jalanan..tp jika difikirkan ngan lby mendalam..ngan kewujudan myvi di malaysia hmpr menjangkau 100k unit..kemungkinan anda akan sentiasa berjumpe ngan pemilik myvi yg melakukan kesalahan adalah tinggi berbanding dgn pemandu kereta iriz (sebagai contoh)..teringat zaman kereta saga (kereta kebal) menguasai malaysia..rata2 pembuli jalan adalah pemandu kereta saga..


  • Aku baru lalu LPT last week, bwk around 130km/j sbb nak kejar maghrib. Ada myvi kat blakang ala2 nk cucuk..so aku bagi la dia lalu.. Nak kata generalization, tk jgk, tp ada semcm satu trend la myvi ni,…peace


    • yes bro…setiap minggu aku guna lpt.dh lali dgn driver yg bwk myvi suka cucuk belakang, bg high beam wlupun kita tgh memotong dlm kelajuan 130kmj & pas potong kita dia masuk dpn kita pastu bwk slow.bila kita potong dia, dia kejar balik…G*mp**G!!!!!!

Leave a Reply