ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda keluarkan lakaran rasmi BR-V, bakal diperkenal Ogos ini

Views

Honda-BR-V-front-view-sketch

Laman sesawang indianautosblog.com telah memuatnaik lakaran rasmi Honda BR-V (Bold Runabout Vehicle) menjelang pengenalannya secara rasmi di Gaikindo Indonesian International Auto Show 2015 yang bakal bermula pada 20hb – 30hb Ogos depan.

BR-V dikatakan sebagai kenderaan utiliti crossover generasi baharu Honda yang dibagunkan oleh Honda R&D Asia Pacific Co., Ltd. (HRAP) di Thailand. Pasaran Asia akan menjadi sasaran untuk BR-V yang juga merupakan model ketiga yang dibangunkan oleh HRAP.

Honda BR-V akan ditawarkan dengan tujuh tempat duduk dengan konfigurasi 3 barisan. Ia akan dijana oleh enjin 1.5-liter petrol yang akan menawarkan prestasi sporty dan penjimatan bahan api yang terbaik. Enjin ini juga akan dipadankan dengan dua kotak gear tercanggih dari Honda.

Honda-BR-V-rear-view-sketch

Dari segi rekabentuk, Honda berkata BR-V akan menampilkan rekaan luaran yang tegap dan mantap dengan rim aloi lebih besar dengan rel bumbung selain lampu projektor dan pelapik badan yang menampkakkan kegagahannya sebagai sebuah SUV.

SUV kecil ini dibangunkan dari platform Brio dan bakal menjadi pesaing kuat uuntuk model Toyota Rush. Model ini juga dikatakan amat dinanti-nantikan di India dan bakal dilancarkan di Auto Expo 2016. Untuk pasaran India, enjin 1.5-liter diesel i-DTEC akan turut ditawarkan. Nantikan kemunculannya!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

5 Comments

Leave a Reply