ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

HANGAT : Jom intai papan pemuka Proton Compact Car!

Views

dashboard pcc

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

Akhirnya kita dapat melihat sebahagian ruang dalaman Proton Compact Car terutama dibahagian papan pemuka, steering dan kemasan pintunya walaupun resolusi foto ini agak kurang memuaskan. Jelas kelihatan steering PCC yang berwajah baru sepenuhnya dengan kemasan kulit dan skrin sentuh yang terletak di tengah papan pemuka.

Kita juga boleh melihat tombol suis dan corong penghawa dingin dengan sedikit kemasan krom. Rekaannya agak ringkas tetapi nampak moden dan segar. Sedikit maklumat terbaru yang terima baru-baru ini, PCC dijangka akan mempunyai 3 varian – Standard (1.3 MT/CVT), Executive (1.3 MT/CVT) & (1.6 MT/CVT) dan Premium (1.6 CVT).

Dikatakan enjin 1.3 VVT mampu mengeluarkan 95ps, 120Nm daya kilas pada 4000 rpm, manakala enjin 1.6 VVT berkuasa 110ps, 150Nm daya kilas pada 4000 rpm. Penggunaaan petrol pula dijangka sekitar 5.7 liter untuk 100km tetapi saya tidak pasti untuk enjin 1.3 atau 1.6. Tujuh pilihan warna akan ditawarkan termasuk 2 warna baharu. Setakat ini belum ada tarikh rasmi bilakah pelancaran akan dibuat.

Nantikan kemunculannya!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

100 Comments


  • ada improvement dgn kemasan kulit steering tu( x tau plak sbb gambar low res tak dpt tgk detail), tak macam kemasan kulit steering preve/suprima.


  • CF 17.5km per liter ok ker? Perodua Axia FC 21.6km per liter perbezaan sebanyak 23.4% dari Iriz..
    But the new engine series CF is much more better by 10% saving from Campro engine series..

    p/s: nak tgk, comment aku kena delete tak lagi kali ni…..


    • ni semua manufacturer claim je.. lain manufacturer lain test condition,,. unless its from a recognise third party punya result.. kita takleh bandingkan keduanya.. lagipun 1.0 vs 1.3 sure tak sama… apa2 pun manufacturer claim ni normally not achieveable in real world


      • yup…lain segmen tp pada ak mmg xboleh nk elak la tentang bakal2 pembeli pasti akan bandingkan iriz dgn axia.sebab tarikh pelancaran yg lebih kurg sama dan juga bentuk hampir sama iaitu kereta kompak..
        tambah2 salesman perodua,pasti akan bandingkan axia dan iriz ni semasa bercakap dgn bakal pembeli di showroom..kecuali pembeli yg bijak dan mahir tentang segmen kereta, serta menganalisis ciri2 yg ditawarkan bagi axia dan iriz.golongan ini yg xkn tertipu tentang perbandingan axia dan iriz.
        tapi percayalah, mmg majoritinya akan bandingkan axia dan iriz..
        tentang FC, kita kt cini mmg la boleh cakap tentang cc xsama.1.0 mana boleh nk banding dgn 1.3/1.6. 3 silinder nk banding dgn 4 silinder.tp pembeli2 terutama nya perempuan, ak rs dorg cuma nampak 1 liter myk axia boleh pergi brape jauh.iriz plak brape jauh…
        maaf klu salah…peace 🙂


    • Encik tengkiumat,

      Axia guna enjin 1.0cc 3 cylinder,manakala Iriz menggunakan 1.3cc 4 cylinder (minimum). Tambahan lagi, Axia segment A dan Iriz segment B. Memang takkan samalah encik. Salah perbandingan ni.

      Sepatutnya,contoh harus dibandingkan dengan segment sama. Macam Mitsubishi Mirage dan Axia yang kedua-dua nya segment A. Walaupun Mirage menggunakan enjin 1.2cc 3cylinder berbanding Axia yang 1.0cc 3 cylinder,dan dalam kertas,Mirage dikatakan mampu jimat 21km/l, tapi secara real life,Mirage mampu jimat lebih,walaupun lebih 0.2cc dari Axia. Mampukah Axia melakukan yang sama?

      Saya rasa perbandingan begini lah yang Encik harus buat. 🙂


    • kalau compare ngan FC Myvi 1.3l Engine with Auto transmission boleh cecah 13.5km per liter, so boleh kira Iriz lagi worth value to buy kalau compare ngan Myvi sbb Iriz has better FC & stronger body than Myvi…

      http://people-caring.com/perodua-myvi-is-not-as-fuel-saver-as-it-promoted/

      Perodua Myvi Fuel Consumption
      Is Perodua Car Fuel Economy

      According to Perodua’s own charts, the Perodua Viva 1000cc Premium can travel 17.5km per litre of petrol on a combined cycle which I suspect involves alot of light footed driving and highway cruising. This is for the manual transmission. The Myvi 1.3 manual is rated at 17.1km per litre of petrol. Very similar fuel consumption, however the people on the streets who actually own the Myvi 1.3 manual reports actual mileage of about 13 to 14 km per litre if driven frugally.
      As for the auto transmission, Perodua says the Myvi 1.3 Auto can get 13.5 km per litre, however the average man on the street usually gets about 10 to 11 km per litre. Comparing it to the Viva 1.0 litre automatic, Perodua says it can get 15.1km per litre, so expect about 12km per litre in reality.
      Thus we can assume the Viva automatic should be a little more frugal than the Perodua Myvi automatic, but for the manual transmission models actual fuel economy should prove to be about the same.

      Fuel usage for Myvi 1.5 SE:

      >> Travelling 110km using RM13.26 which is 6.97895litre petrol at constant cruising speed 80km/h +-10 on highway MYVI 1.5 REVIEW
      = 12.0545 cent per km (RM0.12 per km) = 15.76 km/litre (16.6km/litre on the meter)
      >> We start to mark the half tank at 410km journey.
      >> Then we fill up RM10 which can travel 68km (to 478km at half tank) in a mixed drive condition 60-100kmh = 5.263litre = 14.71 cent per km (RM0.14705 per kilometer) = 12.92 km/liter
      >> We mark at 532 km of our journey at 3rd bar, fill up RM15 which can travel 124km (656km at 3rd bar) normal highway driving 90-110kmh speed range = 0.1209677 cent per km (RM0.12097 per kilometer) = 15.7 km/litre
      >> The 3rd bar gives 52km mileage (from 656km at 3rd bar to 708km at 2nd bar) on normal mixed drive.
      >> The last bar gives 105km from full tank.
      >> Overall Myvi 1.5 fuel consumption = RM0.12-RM0.147 per km travel from steady mood to mixed drive mood.
      City drive condition depends on the traffic. We expect the worst FC is (14.7-12.0)+14.7 = 17.4 cent per km (RM0.174) = 10.91954 km/litre
      🙂


    • ape nak pelik…engine axia 1.0L …PCC 1.3/1.6L..kalo pcc bleh dpt 18km/l abis la axia sbb engine lg besar lg jimat.. mane lg bagus 1.0L dpt 21.6km/L compare dgn 1.3L dpt 18km/L? x ke axia bleh menangis if 18km/L tu 1.6L punyer engine (ni maybe mustahil la)


  • bro campromania,kaler garnish kt hu tu sebenarnya mmg silver atau hitam?…mmg x de penganjak gear kt stering ye?gambo cam x bape jelas plk..papepun terbaik la bro share gmbo ni


  • FC 5.7l/100km ini, bergantung kepada definisinya. Kalau 5.7l/100km dalam kegunaan harian, memang bagus. Tapi kalau proton buat testing di track pada halaju malar, maka memang senang nak achieve. Proton Gen2 1.3 saya yang underpower pun pernah achieve 5.5l/100km (tak buka air-cond, bawah 70km/j, perjalanan sejauh 40km, tanpa-henti dan brek). Harap-harap masa launch nanti, proton dedahkan 5.7l/100km ini diukur dalam situasi macam mana. Lagi best kalau tuan admin boleh test FC PCC ini.


    • depa tak mention depa test mcm mana…silap2 dok running atas dyno..so save minyak sebab takde rintangan angin.. so maybe proton bole try buat test ikut JP08 kot..bole gak kita bandingkan ngan jazz ke, vios ke..


    • setuju ngn ko ttg halaju malar tu.
      aku boleh dapat 20 km/L dgn jazz ge8 1.5L auto ckd.
      tp constant speed 90km/h kt hiway plus, pasang ekon.
      sila check fuelly nama aku.

      tp kalu jem pagi2 KL-PJ peak hour, forget it.
      the best i get is 12km/L, but normally 10km/L.

      no rempit2 here ok. jazz is not suitable for that.


  • kalo boleh achieve 16++km/liter on average highway n city pn dh cukup memuaskan dah.. sbb enjin biasa mmg susah nk dpt fc yg power kan? axia might be sbb dia kecik dan ringan.. cc enjin pn kecil.. pcc plak dh saiz mcm jazz.. fiesta. lain kan?

    pls stop comparing axia fc with pcc fc..


  • pengalaman saya pakai persona MT 1.6 selama 5 tahun…dlm buku manual tulis FC6.3L/100KM, tapi boleh dapat fc 5.5L/100Km…bawak kete tahap gaban…120km keatas atas highway…


  • Apasal la stering exora x sama mcm ni? Kecik n grip x bpe sedap kt tgn. Yg paling x syok nape lambang proton tu mold terus. Nampak murah sgt. Kalau kuar pengganti exo esok, stering biar mcm yg ni la baru nampak mewah.


    • aku pakai exora jugak, aku beli emblem proton tu dekat mudah pastu tampal dengan gam uhu. ngam ngam nampak ekskulusif stering aku


      • Exora Proton buat cukup2 makan.. xtau la naper
        Gi buat Prime setakat letak seat kurang.. apa salahnya Proton invest bg kualiti sikit interior.. dashboard bg cun skit dgn steering tu nmpak eksklusif..


        • masa tu proton masih lagi belajar nak buat interior & pilih material sesuai..dah lama2 ni baru la pandai sikit..kita kena selalu bagi kritikan membina untuk diorang tingkatkan kualiti, kalau benda tu bagus elok diberi pujian supaya diorang lebih semangat nak buat yg terbaik 🙂


    • kalu nk masyuk lg…beli je steering preve kosong, siap de paddle shift lg (tp xleh gune..hehe) murah je dlm 150. terus transform.. 🙂


    • setuju.. patut nye semua spec n model proton dah ada emblem yg timbul mcm kt preve tu.. murah je kot.

      baru la nmpak ada quality dan effort yg lebih lagi.


    • exora deorg nak cut cost. Pakai mold mcm tu, x payah banyak test nak buat dengan airbag deployment. Letak badge tu pun kene ada test utk airbag deployment.


  • apa ka bodo… pintu belah sana dah buka tangkap belah pintu tutup jugak… tahu sangat la… kalau tangkap belah pintu buka nanti gambar clear sgt… takut nampak papan pemuka design buruk.


  • proton…

    pcc 5.7l/100km?
    banding fc preve dgn suprima pun dah nampak
    preve cfe 6.6l/100km
    suprima cfe (tubo) 9.1l/100km

    nampak sgt poton kuat membohong sekarang
    padahal dua dua kereta tu benda sama saja

    beza kat bontot saja. satu ada bontot satu buang bontot.


  • kalau tak silap,boot pcc pun tak boleh dibuka dari luar atau menggunakan kunci.harap2 engineer proton pikirlah tempat yg ergonomik utk letak tuil pembuka boot tu.jgnlah letak kt door bin.


      • “PCC dijangka akan mempunyai 3 varian – Standard (1.3 MT/CVT), Executive (1.3 MT/CVT) & (1.6 MT/CVT) dan Premium (1.6 CVT).”

        tak dok pung.. ke sy kurang faham?


          • Secara kasar mmg takde beza, cvt takde pedal clutch mcm manual. Tapi ada sebenarnya. Satunya cvt tak rasa naik turun gear mcm auto. Dahtu ada S.A.T mode utk simulate auto gear. Tp klu aku, cvt lg byk pakai sbb rpm tak turun jd kelajuan pun malar je. klu auto lps gear naik rpm akan turun jugak pastu baru naik balik. Rasanya ada perbncgn kat sini dulu psl cvt. Cuba la cari senula, huhu.


  • kpd sdara CAMPROMANIA

    Saya komen ini bukan utk bashing bodoh seperti RBA DAP di Paultan atay nk support troll parasit Kamal Perodua tu.
    Tp sbb saya ikhlas mahu Proton berubah dan lebih baik. Saya telah memiliki 3 jenis varian model Proton dan Exora 2014 adalah yg terbaru. Jgn backup perkara salah yg Proton buat. Jgn jd mcm ANAKKU SAZALI..
    akhirnya BAPAK YANG BERSALAH.

    Saya rasa tak betul kot model Exora diorng bru ‘belajar’ nak buat interior? Habis tu Mitisu Fiore yg jd Saga Orion tu xde buat interior ker?Takkan lah buat re badge langsung tk sentuh melukis2 rupa bentuk seat, dashboard etc?

    Dashboard Wira Lancer yg dibangga2kan berketrunan oleh Proton tu katanya engineer Proton yang design.. so takkan 20 tahun selepas tu Proton masih duk belajar lagi? Softdash ni elok sgt pakai dlm model family mcm Exora.. kalau anak2 terhantuk kepala pun taklah derita sgt mcm skrg plastik menggerutu keras entah apa2 lah texture yg puak ni pilih.

    Proton Exora model yg sgt bagus krn power train nya dan beberapa ciri teknikal lain yg bagus seperti sisten aircond yg sempurna. tp sayang penampilan bagus ini dimatikan dengan keburukan lain yg didepan mata mudah dilihat. The leader project dan Azlan designer tu tk up these potential.. kualiti part2 interior not top notch.. malah ada yg lebih teruk dr Wira. Exora antara yg boleh dikatakan disukai di Thailand dan Aust. Tp kerana TAK KONSISTEN dengan KUALITI.. org luar tak boleh nk bias mcm org kita ckp ia bagus.

    sbg contoh kiri kanan dash board Exora ada satu piece cover dash dekat triangle mirror.. boleh lihat jelas plastik cover tu mudah cabut.. longgar.Clip dalam tu mudah bengkok. itu depan.. belum lg tgk kualiti part2 tersembunyi, seat.. nama shj Pu leather tp kemasan kurang..arm rest 2nd row asyik jatuh.. tk masuk kemas dlm console, kalau siapa kena duduk 2nd row tgh2 di arm rest tu tahu lah ‘sengsara’ keras tak selesanya design tu.

    Panel pemuka audio.. kalau ditekan sikit ‘kro krek2’ sbb panel tu diclipkan pd main dashboard. xubah seperti modular dlm prototaip. Production model tk sesuai bikin mcm tu. Design tak masuk langsung.. ingt kot bila BOLD keluar Proton dh ubah.. tak.. mereka anggap tak penting. Steering size yg tk padan dgn kelas Exora sbg MPV, signal stalk juga, gear stalk yg batang besi kecik renjong keluar.. kalau tk dicover dgn gear knob cover nampaklah gear stick tu mcm gear van Datsun 120 dulu.. keluar dr tengkuk steering panjang benar besinya..
    kendera2n maju seperti bas pun design gear yg cantik.. sepadan dgn capaian pemandu.. tp Proton masih tak kisah.. mcm mana nk ambil hati export market kalau anak2 dlm rumah pun tak suka???

    Interior door trim/ cover..sblh kiri pintu hadapan
    semua batch Exora jd defect ini., DUA LEKUK pada kemasan tak rata.. hairan macam mana kelakuan vendor yg hasilkan part ini org2 dlm Proton boleh buat BUTA tak nampak?
    mcm mana nk target eksport jika budaya ‘butakayu’ mcm ni wujud jelas di floor plant Proton..dr RnD lab.. nak org kata bagus mcm mana?
    itu simple dn jelas.. but how they took the action? buat bodoh je.. janji jgn menteri komplen?

    Sama juga dgn Airbag dash cover.. melekuk2.. langsung tak rata.. bila komplen pd SC mereka kata itu dh mcm tu…??

    Bumper hadapan… beberapa model Exora sya perhati secara rawak di Proton Edar.. yg belum register.. dr 10 unit 2-3 unit akan terjumpa bumper kiri not aligned dgn body panel di bahagian smbungan lekuk tayar..

    sy golek kepala.. lihat cara amalan QC Proton sembunyikan hal ini..dan bahagian Production Proton.

    Apakah tiada seorng pun dlm Proton yg akan turun membelek2 buat random sampling terhadap kereta2 yg dh siap sebelum delivery. PDI tu hanya kosmetik.. bg saya mereka hanya habiskan masa.

    Preve, model ini nampak gah shj dr segi design body tp bila travel dgn kereta ini tahulah betapa tidak selesanya deruan engin + suspension yg bising dan tk smooth. Even Vios lama lebih smooth. Tolong jgn nafikan hal ini. Sila test sendiri. Suprima Proton masih letak performance sbg taruhan tp still tk hapuskan masalah bising/ not smooth riding. Bunyi serapan geseran jalan raya spt di transfer terus masuk ke cabin passenger

    Resonance engine + cvt Proton masih gagal clearkan. Cuba idlekan Exora/Preve/Suprima secara pegun.. anda boleh rasakan cabin tk senyap relatif, bezanya dgn kereta2 popular spt Toyota dan Honda. Plss jgn nafikan but observe it.Kita terpaksa letak benchmark dua jnama ini sbb ia laris di seluruh dunia.. nk nafikan apa?

    Letaklah KUALITU tu sbg RUKUN kerja dlm Proton..
    umat Islam ini umat terbaik dlm amalan harian kita diasuh dengan kualiti.. nk amik wudhu’ pun Islam ajar CERMAT.. halus… cuci rongga2 yg tersembunyi.. ratakan air..
    dlm Solat matlamat khusyuk (menjiwai, menghadiri diri dan melendikkan amalan ibadah) diletakkan sbg syarat kesempurnaan..

    tapi apakah semua ini tidak memberi bekas kepada cara kerja org2 Islam dlm Proton? A

    jadi ambillah sifat2 ini dlm urusan kerja..
    Allah Maha Melihat. Buat tak betul.. akan dpt balasan..tak hari ini. esok lusa..tk juga lg berat di akhirat..

    Kerja yg sempurna adalah ibadah.. tak susahkan?
    taktau lah melainkan staf2 engineer2 kt Proton tu asingkan kerja mereka dgn asuhan Agama..
    mereka tidak ada rasa bangga mereka hasilkan produk untuk Agama.. hanya kita yang diluar ini shj perasan lebih..

    Sekadar teguran ikhlas dr mata pembeli biasa.. utk lihat Proton betul2 berjaya dan jadi jenama antarabngsa.

    Wallahualam..


    • Betul….betul….betul….

      Lagi satu nak tambah…seat proton exora ngan saga nipis, pendek dan rata. Jadi bila brek penumpang menggelungsur ke depan.. kalau la dia buat seat mcam wira yang ikut kontur badan mesti selesa jalan jauh

      Sekadar pandangan

      peace…


      • Agree2!
        U know why Proton buat seat Exora pun failed?
        Sbb engineer dan top managemengt yg TAK FOKUS!
        Minded design yang CELARU.. target nk buat MPV tp masa yg sama nk juga jd Hi-ace van..

        Diorng nk hasilkan MPV utk keluarga tp pd masa yang sama merewang2 nk masuk target segmen lain punya ciri.. kononlah nk hasilkan MPV yg boleh tukar2..cargo car pun boleh. Seat duduk tu diratakan.. sbb nk boleh setup seats lipat2 tu jd rata bila ditumbangkan.. so diorang design LEPER.. supaya boleh lipat cantik utk ISI BARANG2 CARGO..so korbankan keselesaan duduk keperluan ergonomik asas MPV demi utk terget lain.Headrest yg nipis, mudah tercabut dan tak selesa dgn capaian kepala.
        Semuanya di rekabentuk supaya boleh di ‘penyetkan’ di leperkan seleper2nya demi utk fungsi ruang cargo??

        Cuba tgk dkt sini betapa CONFLICT nya kepala otak dlm top management RnD Proton dlm menghasilkan Exora!..so at the end Exora ni terhasil tnpa mempnyai ciri2 kepuasan pada mana2 target.

        Nak ckp selesa utk human seater pun tak capai.. design seat macam papan lapis. ..tak menyokong bahagian pinggang dan hujung paha orang dewasa, akan gelincir ketika brek.. apakah mereka2 top managemet Proton ini test drive sendiri Exora ini sblm luluskan utk production? Van kilang lg selesa dan ergonomik tempat duduknya berbanding Exora Bold Premium.. letaher tipu2 balut… sepatutnya bucket shape/ contour seat diutamakan. Cukup lah baldu pun ok tapi rekabentuk seat tu memenuhi ciri2 badan manusia.. bukan badan kambing atau lembu. pada 2nd & 3rd row suatu kewajipan bg MPV.. ini bukannya nk design van kelas Vanette Nissan tu.

        Then nk jd cargo vehicle yang lasak pun tak boleh jugak sbb bila ditumbangkan semua seater ni.. bahagian belakang seats yg jd lantai tu semuanya LEMBUT melentok bila dipijak2… dibalut dgn carpet/fabric. mau letak brg berat.. ranap tenggelam habis seats cover belakang tu.. setakat nk letak beg/ luggage biasa boleh lah.

        So apa sbrnya yg Proton fikir dr Exora ni?
        Alagkah bijaknya jika Proton faham betul2 kehendak pasaran..
        kalau nk hasilkan MPV.. hasilkan MPV yg betul2 selesa utk kegunaan keluarga.. fungsi lain spt convertible cargo tu cukup sbg sampingan.. bukan keutamaan. Cukup2 sudahlah. Kalau nk letak barang ber tan2.. Proton design lah varian 4wd atau lori pulak.. usahlah ‘sumbat’ MPV dgn ciri bukan2.. sehingga merosakkan ciri2 asas MPV

        Proton.. dulu kini selamanya perlu di ketuk2.. tak reti nk pikir sendiri hala tuju.. pampered!


    • Nak menghasilkan kereta tidak semudah cakap atau tukar nama dan bubuh bin sendiri. Namun pandangan pengguna yg bernas patut Proton ambit peduli


    • Aku penah anto komen berpanjangn di fb proton. Nasib baik dia reply dan dengr rintihan aku ni utk kebaikan proton. Hahaha Dan aku tau dlm nie pon ade org proton gakz..so sila dgr rintihan org2 ni. Org yg keje bahagian QA/QC tue klo dpt report sila followup directd owner..jgn check report2 kereta2 yg lepas2 pas2 ckp masalah dah diselesaikn…terutama org2 lama. DrbHicom sila pasng spy anda..buang jew org yg tak buat keje tu k. Hahahs


    • Yes. Exora ni rasanya antara model terbaik proton. Sy cukup puas hati pakai exora. Kuasa cukup utk bw 5 adult + 3 kids + luggage. Mantap pd kelajuan tinggi di highway. FC kira ok la dgn jumlah penumpang dan brg yg diangkut.

      Yg x syok mmg dia punya interior. Sy bayangkn touch screen monitor. Kmudian konsol gear tu diorg naikkan tinggi dan flat sama level dgn monitor. Kmudian letak semua tombol dan switch kt atas konsol yg flat tu. Mcm kapal terbang punya konsol. Gear lever tu letak dinding konsol tu. Yup btg gear x pyh panjang2. Mesti nampak canggih. Hihi


    • Mmm… sebarang penelitian, komentar, pandangan n kritikan pengguna yg ‘ikhlas’ utk melihat proton maju ke depan mmg bagus n amat dialu2kan. X gitu?:) Benda nie bleh dijadikan testimoni, rujukan dan study case utk pihak proton memperbaiki produk mendatang menjadi lebih baik lagi. Berkenaan exora, model mid-sedan mpv nie adalah antara model yg baik di pasaran m’sia.Tentu sahaja model facelift nya, exora bold adalah lebih baik berbanding varian pertamanya. Tapi nk kata yg terbaik dlm kelasnya pun belum boleh lagi masih banyak yg boleh diperbaiki. Nk puaskn hati sumer pihak mmg satu cabaran buat proton namun kita yakin diorg dh buat yg terbaik dgn faktor2 kekangan yg ada.

      Pada awal generasinya 2009 exora nie direka utk compete pasaran model2 mpv seperti grand livina n toyota avanza yg agak hot tika tu. cekgu2 berdoyon2 memiliki model mpv nie. Ternyata model exora dgn kos rnd sekitar RM480juta dihasilkan dlm tempoh 17 bulan nie (Even alza yg kosmetik tu pun rm 600juta) dari segi prestasi, spacious n value for money, exora bold ada kelebihannya. Cuma x patutlah bila kita komen, kita terus salahkan designer/engineer x fokus la, makan gaji buta dll. bila ada beberapa kekurangan (yg ada kelebihan tu x plak highlight, lebih besar2kan kekurangan yg ada… peerrgghh:P) Kn pembelajaran sepanjang hayat? Kita harapkan diorg nie dpt serap ilmu dan dpt hasilkan model2 yg lebih baik di masa hadapan. Bleh kn cam tu? Even Avanza pun interior pun so n so jer pun, x de sapa bising pun, mgkin sebab ia bukan proton ek?:P Mana2 model pun ada kelebihan n kekurangannya, ye tak?:P

      So natijahnya, nak x nk, ada ruang yg boleh prton perbaiki lagi. Utk berhadapan dgn pengguna yg lebih melihat titik hitam n diperbesar2kan di atas sehelai kertas putih mmg satu cabaran. Moga diorg ikhlas memperkatakan titik hitam itu demi melihat proton terus ke hadapan. Committed to be better.

      My 2 cents.

      Cheers!


      • kau ni fauzan…sebab dorang pakai protonlah dorang tahu dan bising..yang pakai livina dgn avanza pun bising juga…kau je yang tak tahu.. pemilik je yang tahu ketidakpuasan hati mereka. sama je.


        • Mmm… xde sapa pun menafikan luahan n teguran tu. Kita cuma harapkan proton ambil benda nie bagi memperbaiki model2 mendatang. X gitu? Cuma atas pada kita lah sebenarnya meletakkan sesuatu pada tempatnya, Menegur menyalah dan menghukum? Bukan itu kn matlamatnya kalau ingin melihat proton maju?

          Teringat kisah2 masa kecik dulu2 antara ingat x ingat kisah nie (Kalau salah tolong betulkn) berkenaan pemerintahan Saidina Abu Bakar a.s yg nk menjalankan hukuman pancung ke atas pesalah jenayah. Dan sebelum berlaku hukuman, berlaku perang mulut antara kedua mereka dan pesalah telah meludah sahabat Rasulullah s.a.w yg terkenal dgn sifat sabar, pemalu dan tegas nie. Tanpa melengah2 lagi Abu bakar bersedia utk menjalankan hukuman. Pedang dihayun n tiba sahaja bilah pedang di leher pasalah Abu Bakar menghentikannya dan meminta pesalah pulang dan kesalahannya diampunkan. Semua yg ada terkejut. dn seketika kemudiannya sahabat2 bertanyakan kepada Abu Bakar apa yg sebenarnya berlaku dan Abu Bakar memberitahu mmg benar aku boleh sahaja memancungnya tadi tapi tadi aku lakukan bukan kerana tuntutan hukum agamaku tapi aku lakukannya kerana aku marah….

          Moralnya, korang tafsirlah sendiri mengikut tafsiran masing2, dh besar panjang kn?:) Cuma yg baik2 saja. Wallahu’alam.

          Cheers!


    • Tak panjang mana pun gear stick tu, lebih kurang sejengkal je dari cover kepala sampai penutup gear console. Bagi aku klu nak buat betul-betul senang dicapai kena tinggikan paras gear tu supaya lagi hampir dgn stereng. Senang nak buat pertukaran gear D-L-D masa memotong atau naik bukit. Klu takpun terus buat paddle shift, lagi syok, huhu.

      Tentang penutup airbag yang tak rata tu sikit je ke dalam, tak pulak sampai nampak dalam ruang airbag tu. Pasal yg lain tu, aku tak perasan pulak, rasanya takde sbb tu aku pernah tanya kat sini kenapa kualiti Proton berbeza wpun model yang sama.


  • Kenapa proton x nak buh button aircond instead tombol??

    Bagi saya kemasan warna hitam nak mcm gloss black ng krom pda dashboard bolehlah


  • Bg yang tanya pasal fc tuh, axia n pcc layak eev. Biler layak,syarat fc adalah ikut un ecer101 yg diguna pkai oleh nedc atau new european driving cycle.

    Tp sapa yg audit data tuh aku xtau,tp ikut nap 2014,itu syaratnya. Jgn slah phm plak,unecer101 bkn nedc,tp procedure dia utk urban,extra urban n combined.

    Mcm lebih kurang jc08 jek.

    Aadr pun samas


    • lg satu designer Proton mmg minat betul dgn texture menggerutu mcm tu utk interior?
      global car pun masih sama jgk texture design ala murahan cmtu.. adoii..
      harap2 actual view nnt resin mixture tu bg up sikitlah supy xnmpk cheap plasticity


      • tekture menggerutu tu la digunapakai oleh vios gak, proton dah byk test texture ni, tgk exora apa jadi? in the end diorg blk kepada texture ni,hmm


      • Tengok Suprima dgn Preve. Soft touch plastic. Pun ramai mengutuk kata vios punya lagi premium. Vios pun pakai fake stitching ni. Ramai puji sebab nampak premium.


      • Proton buat semua tak kena pada mereka…Pada mereka hanya ‘Sang Bumper Utama’ dan model bau-bau Jepun, serba sempurna dan tiada cacatnya..Merdekalah sangat


  • dgr cerita kakitangan proton x dibenarkan bawa hp semasa bertugas sbb banyak gambar leaked, tu la x amanah lg kan dh susah diri sendiri…

Leave a Reply