ARKIB

KATEGORI

Buletin

GST : Honda TURUN harga kereta, kekal no.1 bagi jenama bukan nasional!

Views

10945739_10153150407252318_2686279541219897449_o

* Foto hiasan

Salam 1GST kembali! Setelah Proton memberi khabar gembira dengan penurunan harga modelnya, Honda yang kini merupakan jenama bukan nasional no.1 di Malaysia untuk suku pertama 2015 turut mengumumkan senarai harga rasmi baharu yang berkuatkuasa hari ini 1hb April 2015. Model PemasanganTempatan (CKD) Honda seperti Jazz, City, Civic, CR-V, Accord dan HR-V akan mengalami penurunan harga sebanyak **RM500 sehingga RM2500.

Pengurangan harga ini berdasarkan kepada ciri-ciri dan aksesori yang menyebabkan harga untuksetiap model dan varian tersebut berbeza. Secara keseluruhannya, penjimatan daripada pelaksanaan GST akan diberikan kepada para pelanggan Honda yang menyebabkan penurunan harga model-model CKD keluarannya. Namun begitu, berdasarkan kepada pengiraan GST import, harga Odyssey yang merupakan model Import Sepenuhnya (CBU) akan mengalami sedikit kenaikan di antara harga **RM500-RM1000.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Yoichiro Ueno berkata, “Untuk tahun 2015, TIV dijangkamencecah 697,000 unit dengan pertumbuhan sebanyak 4.6%. Sasaran jualan pada tahun ini ialah 85,000 unit dan kami telah berjaya menjual *21,563 unit dalam suku pertama 2015 (pertumbuhan sebanyak 37% berbanding tempoh sama tahun lalu) dengan bulan Mac mencatatkan jualan paling tinggi dalam sejarah dengan *9,000 unit. Dengan angka jualan yang kukuh ini, kami mampu mengekalkan kedudukan No. 1 untuk menerajui Segmen Kenderaan Bukan Nasional.”

Setakatini, Honda Malaysia telah melancarkan dua model baharu pada tahun ini iaitu CR-V baharu dan HR-V serba baharu. HR-V telah BERJAYA mencatat tempahan melebihi 10,000 unit sejak ia dilancarkan dan menyebabkan tempoh menunggu menjadi semakin lama. CR-V dan HR-V kini menerajui segmen SUV diikuti model City, Jazz, Civic dan Accord yang menjadi peneraju dalam segmen masing-masing untuk bulan Januari serta Februari 2015.

Berikut adalah senarai harga baharu model Honda (Berkuatkuasa 1April 2015) :

MODEL HONDASemenanjung malaysia
MODELVARIANHarga Di Atas Jalan Sekarang
(RM)
Harga Pasca
GST
(RM)
Jazz1.5L S72,813.5071,774.80
1.5L E79,813.5078,756.80
1.5L V87,813.5086,985.70
City1.5L S75,813.5074,007.50
1.5L S+78,813.5077,124.40
1.5L E83,813.5082,269.50
1.5L V90,813.5089,467.80
HR-V1.8L S99,815.3098,690.40
1.8L E108,815.30108,027.10
1.8L V118,815.30118,229.10
Civic1.8L S113,815.30113,198.70
2.0L S125,815.30124,780.30
2.0L Navi132,815.30132,210.70
CR-V2.0L 2WD139,815.30138,069.70
2.0L 4WD150,815.30149,152.40
2.4L 4WD169,817.10167,887.80
Accord2.0L VTi139,830.60137,301.90
2.0L VTi-L149,830.60148,200.60
2.4L VTi-L174,834.20173,386.60
Odyssey2.4L EX228,023.00229,030.60
2.4L EXV248,023.00248,536.00

 

*Jangkaan jualan Mac 2015 / Termasuk jangkaan jualan Mac 2015

**Berkuatkuasa 1 April 2015

Harga boleh berubah tanpa notis pemberitahuan terlebih dahulu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply