ARKIB

KATEGORI

Buletin

GST : Harga kereta Perodua lebih rendah antara 0.1% dan 1.6%

Views

BRAND SIGNATURE

Perodua mengikut jejak beberapa pengeluar lain untuk mengurangkan harga kenderaan mereka di antara 0.1% dan 1.6% bergantung kepada model berikutan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Perodua juga akan mengekalkan harga alat ganti untuk menyerap kesan GST.

“Kami sentiasa menyokong hasrat kerajaan dan harapan pelanggan dari segi menyediakan kenderaan dengan harga yang berpatutan dan lebih nilai. Kami telah menyusun semula harga beberapa model kami dengan menambah nilai di antara 3% hingga 12% sejak tahun 2013 dan semua model kami kini mempunyai jaminan 5 tahun.” kata Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Aminar berkata produk pertama daripada inisiatif penjimatan kos adalah Perodua S-Series yang diterima baik dan terkumpul jualan kira-kira 153,000 unit dari Mac 2013 dan Januari 2015. Mengenai pelaksanaan GST, Aminar berkata Perodua menyokong pengenalan cukai baharu kerana ia adalah untuk kebaikan rakyat Malaysia selagi pelaksanaannya adil kepada semua pihak yang terlibat.

“Walaupun kesan GST boleh menyebabkan pengurangan kepada beberapa bidang perniagaan kita, malangnya terdapat beberapa bidang lain dari perniagaan kami yang akan menyebabkan kenaikan kos.  Dengan mengambil kira semua ini  termasuk peningkatan nilai Dolar AS kepada ringgit, kami yakin untuk memberi penjimatan kepada pelanggan kami, selain menyerap kos yang ditanggung untuk alat ganti kenderaan kami, “kata Aminar

Perodua turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan, rakan-rakan, pengedar, penjual dan pelanggan atas sokongan dan kepercayaan anda kepada jenama ini.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments


  • 10% dah turun kepada 6% = 4% la range sepatutnya turun harga. Masih nak kaut untung lebih ke P2….

    Sebab ramai beli based on perseption….. so mesti grab the crowd money more.

    Semua orang masih leka…. tidak buat perbandingan harga dan bukannya depa (crowd) perasan perubahan tu sikit sangat.

    JOM SEMAK HARGA!!!


  • All car company do refurbishment of their concurrent car produce….. but you (p2) still not putting all the necessary and pertinent equipment/ specs that followed the international standard and safety regulation.

    All have put more safety features and technology batter than yours. Compare the specs = apple with apple, MPV with MPV, B segment with B segment…. lets educate rather than except all the produce says as it is. Be a smart person by do the maths and comparison many more.

Leave a Reply