ARKIB

KATEGORI

Buletin

Great Wall M4 bakal gegar pasaran Ogos ini

Views

DSC09627

Go Automobile Manufacturing (GO Auto) selaku pengedar eksklusif jenama Great Wall Motors (GMW) di Malaysia, telah mempertontonkan SUV kompak terbaru dari Great Wall, M4 kepada pihak media di Cyberjaya baru-baru ini. Pelancaran rasminya dijangka akan dibuat sekitar bulan Ogos nanti. Yang paling menarik harga yang ditawarkan cukup mengujakan iaitu di antara RM45,000 hingga RM59,000 seunit!

GO Auto cukup yakin M4 bakal mendapat sambutan hangat kerana faktor harga yang begitu menarik selain ciri-ciri yang ditawarkan dan rekaan yang menawan. ” Sasaran kami adalah pemilik kereta pertama yang berusia antara 21 hingga 35 tahun, selain mereka yang ingin kereta yang lebih besar untuk membawa keluarga,” kata Ahmad Azam Sulaiman yang merupakan Ketua Pegwai Eksekutif GO Auto.

GO Auto juga mensasarkan untuk mengeluarkan sehingga 50,000 unit M4 tahun ini di kilang pengeluarannya di Gurun, Kedah. 60% daripada jumlah tersebut akan dieksport ke negara ASEAN yang lain. Selain itu model H6 akan turut diperkenalkan ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

Didatangkan dengan pilihan 3 varian, Standard, Comfort dan Premium, M4 dikuasakan dengan enjin 1.5 liter VVT yang mengerahkan kuasa sehingga 78 kW pada 6,000 rpm dan daya kilasan 138 Nm pada 4,200 rpm. Ia dipadankan dengan pilihan transmisi 5-kelajuan manual dan 6-kelajuan automatik. Enjin dengan teknologi VVT ini mampu memberikan penjimatan bahan api sekitar 6 liter untuk 100 km.

DSC07701

Pelbagai ciri menarik ditampilkan untuk model SUV kompak ini, antaranya ialah lampu LED siang, roof rail, rim aloi 16 inci, steering kuasa, keyless entry (varian Premium), kemasan tempat duduk fabrik biasa untuk varian Standard, kemasan tempat duduk fabrik dua tona untuk varian Comfort dan kemasan tempat duduk kulit untuk varian Premium. Stereng dengan kawalan audio dan tempat duduk pemandu boleh laras secara manual adalah ciri standard untuk kesemua varian.

Ciri-ciri keselamatan turut diberi perhatian dengan 2 beg udara,  4 brek cakera, sensor undur, Bantuan Brek (BA), ABS, EBD dan ESP telah dilengkapkan pada model ini.  Kerangka model ini juga dibina dengan lebih kukuh termasuk di bahagian bumbungnya dan rasuk anti perlanggaran.

M4 ditawarkan dengan enam pilihan warna yang menarik iaitu Pearl Black, Sky Silver, Titanium White, Ocean Blue, Jazz Red dan Fashionable Orange. Untuk melihat M4 dengan lebih dekat dan sesi pandu uji, anda boleh terus ke 20 bilik pameran GWM di seluruh Malaysia. Jaminan selama tiga tahun atau 100,000km (yang mana terlebih dahulu) turut diberikan dengan setiap pembelian. Penghantaran pertama dijangka tiba sekitar Oktober nanti.

* Saya diberitahu model seperti gambar di atas hanya untuk unit pameran dan pandu uji. Model yang akan dihantar kepada pembeli nanti adalah model naik taraf terkini dan ianya lebih menarik.

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

10 Comments

Leave a Reply