ARKIB

KATEGORI

Buletin

GEMPAR : P4-21A, adakah ini model gantian Perdana Fasa ke-2?

Views

p4-21a

KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

Tiga foto misteri ini telah ditemui oleh rakan kita Adam Johannes di enjin carian Google beberapa minggu lalu. Menurutnya, foto-foto ini asalnya dari sebuah laman web, namun menurutnya laman web tersebut telah pun ditutup. Informasi yang diperolehi dari laman web tersebut mengatakan model ini adalah sebuah sedan segmen D yang bakal dilancarkan oleh Proton dengan kodnama P4-21A. Dikatakan model ini bakal dijana dengan enjin 2.0 liter serba baharu. Kodnama P4-21A mungkin ada kaitan dengan model gantian Perdana Fasa ke-2.

Jika perhatikan, foto-foto di atas seakan-akan ada elemen rekaan yang hampir saman dengan model tanah liat yang kita lihat dalam video sebalik tabir pembikinan Proton Iriz terutama sekali bahagian belakang yang ada palang krom yang bersambung antara lampu belakang. Setakat ini misteri masih menyelubungi foto-foto tersebut dan mungkin akan terungkai sedikit demi sedikit nanti.

* rajin kawan kita ni buat carian Google, ingat tak foto risikan GSC/PCC/IRIZ yang bertampal waktu malam bawah tiang lampu kat luar negara sebelum ni? Dia juga la yang jumpa, hahaha, terbaik! Jom kita buat analisis mengenai foto ini! 🙂

KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

sneek peak sneek peak 4 sneek peak 3 sneek peak 2 sneek peak 1

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

31 Comments

Leave a Reply