ARKIB

KATEGORI

Buletin

Garage Italia Customs ubah Fiat 500e menjadi Stormtrooper!

Views

Peminat-peminat tegar dan kipas susah mati filem Star Wars, Garage Italia Customs ada sesuatu yang istimewa untuk anda! Mereka dan Fiat Chrysler Automobiles membuat kolaborasi bersama dengan memperkenalkan Fiat 500e stormtrooper di Los Angeles sempena LA Auto Show 2015. Kereta ini medapat inspirasi dari watak First Order stormtrooper dalam sekuel terbaharu Star Wars: The Force Awakens yang bakal ditayangkan bulan hadapan.

Rekaan Fiat Fiat 500e sedikit membantu Garage Italia Customs mengubahsuai kereta tersebut mengikut bentuk topi keledar dan pelindung muka ikonik stormtrooper. Lambang First Order, roda aloi berwarna hitam dan tayar Pirelli dengan dinding warna putih edisi terhad turut menghiasi kereta tersebut.

Ruang dalamannya juga turut mendapat sentuhan dan kemasan kulit hitam dan putih selain roda stering dua tona dan perehat kepala yang disulam dengan logo First Order. Papan pemuka turut bertukar menjadi dua tona hitam dan putih dengan logo Star Wars.

* Apa kata Proton atau Perodua buat versi Upin dan Ipin atau BoboiBoy pula lepas ni. 🙂

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

fiat 500 storm troopers 1 fiat 500 storm troopers 2 fiat 500 storm troopers 3

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments


      • Mmm… yup, Iriz. Terutamanya rekaan bahagian belakang, rekaannya ada unsur topi stormtrooper tu, lampu segitiga dan bumper blakang yg rekaannya seakan topi kostum stormtrooper. Yg versi fiat 500e nie agak gagal sket, sekali dua pandang dah mcm little panda x cukup umur jer, Ahak!… gurau:P

        Cheers!

Leave a Reply