ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gambaran Proton Persona R (P2-31A)

Views

(* Foto terpaksa diturunkan buat sementara)

Harap maaf kerana dah terlalu lama tak kemas kini funtasticko.net disebabkan beberapa perkara penting yang tak dapat dielakkan. Sebagai pemanas badan, inilah sedikit gambaran mengenai model gantian Persona (P2-31A) yang telah dibuat secara grafik oleh saya berdasarkan maklumat lisan dan lakaran tangan yang diperolehi dari beberapa sumber.

Artikel terakhir sebelum ini telah mengatakan model gantian Persona (P2-31A) adalah berbeza sama sekali dengan Iriz, namun jangkaan tersebut adalah silap. Sebenarnya (P2-31A) adalah Iriz versi sedan yang berkongsi wajah yang sama dengan ekor yang berbeza. Mungkin gambaran grafik di atas akan ada perbezaan dengan produk sebenar, tetapi secara kasarnya inilah rupa model tersebut nanti.

* Saya akan cuba mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenainya dari semasa ke semasa. Teruskan kesetiaan anda bersama funtasticko.net!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

75 Comments


  • alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa x lawa la kalau macam tuuuuuuuu, serius wajah iriz mmg x boleh jadi sedan ambik contoh ford fiesta… jadi yg gambar silver sedan clay model tu saga r lah ye?


    • Rasanya lah, sebab clay tu depan mcm saga, belakang ada edit sikit supaya tingkap belakang boleh turun habis. Engine je lah kot masalah. Proton tak ade engine 1litter.

      Aritu amek iriz SA cakap hujung bulan ni @ bln dpn keluar persona R sbb proton tak ada sales, mazda 2 hatch yg cun tu pon tak selaku mazda 2 sedan yg kureng ckit rupanya. Dapat kot proton 2-3 kali ganda sales sekarang.

      Iriz boleh buat sedan. Nak comel panjangkan sikit depan mcm vios lama @ kecikkan sikit lampu depan. Tak ade lah hodoh mcm fiesta sedan sebab line iriz tak tinggi sangat. Rasanya produk akhir ada kot rupa mazda 2 sedan.

      Berbalik pada iriz. Ok lah, drive sedap tinggal hari pertama no plet hilang satu abjad dengan getah bumbung hilang terbang kat highway. Mula2 ingat nak amek mazda 2, tapi rupa lebih kurang, sedap bawak pon lebih kurang, kalau nak kata jimat minyak 30k beza tu dah boleh beli axia dah 🙂


  • Bahagian bumper hadapan kalau boleh tukar la skali biar nmpak berbeza tidak seperti preve dan suprima.kalau dah rupa hadapan pon sama apa yang istimewa untuk model ni lepas tu tukar nama tapi body masih sama.entahla proton ni apa yang korang buat…


  • Aduhh…kate 3 generasi next year tapi rupa dia boleh sama pulak dgn iriz.apa cer ni admin?sembang nk gempak macam mna nak dapat no1 semula kalau kluar produk pon huru hara..proton2..kesian betul cara mangement kamu. Kalau macam ni la rupany,ak dah dapat bayangkan rupa design nya macam mna.


  • Apa la proton ni bnyak sangat model sedan yang bertindih.after sale memang teruk sangat apa pasal x boleh perbaiki lagi.
    Dulu dengan sekarang x bnyak beza pon kalau guna vendor x guna dan x berkualiti.


        • Bagi saya,ada betul nya sebab sedan yang proton hasil kan lebih kurang saja.lebih baik proton fokus pada pelbagai model seperti small mpv,sports car mampu milik dan Small SUV untuk perancangan masa depan.kalau kita lihat,pembaziran menghasil kan preve versi hatchback(suprima s) tidak mendatangkan faedah yang banyak malah dapat kerugian.Jika proton buat juga iriz versi sedan mungkin akan jadi begitu melainkan proton buat all new design pada bahagian depan dalam sedikit sentuhan dalam bahagian dalaman.Rakyat malaysia bukan lagi macam dulu kalau Wira,Putra,Satria,Arena hanya belakang saja berbeza dan depan semua sama lepastu berbeza nama bgi saya hanya membuang masa.kalau kita tengok konsep kia jika model forte ada yg coupe dan sedan tpi berbeza keseluruhan reka bentuk pada bhagian luaran tpi body dan tag nama still hampir sama.Dalam masa skrang x perlu proton buat bnyak model sedan sebb rakyat malaysia bukan seperti 90an jika dulu ada iswara ada juga aeroback,wira,perdana dan bnyak lagi jadi berterabur.Kalau proton fokus utuk pelbagai segment dan kualiti servis mungkin nama proton lebih baik dri skrang.Klau proton klua bnyak model pon belum tentu rkyat malaysia nk beli sebb harga proton nmpak mahal walaupun bnyak ciri2 canggih.org malaysia tengok pada kualiti,after sale dan harga.Iriz pon masih ada bnayak masalah kualiti macam mana nk meningkat?masalah claim sparepart pon memang teruk skali.Proton,kita bukan buat kereta skadar dpt jual skrang at malaysia pon bnyak pesaing yang lebih baik.Kepada Azlan Othman and the team engineering,please buat yg trbaik dari segi design dan kefungsian part jika tidak akn mndatangkn kecacatan .Bnyak sangat kelemahan proton klau nk di bndingkan dgn perodua yg setahun jagung.Saya tahu walaupon perodua bkn milik malaysia sepenuhnya dan produk tapi sistem management dia dan service amat baik.Proton perlu kaji bnyak lgi berdasarkan komplen customer sbb customer always right klau di jepun.Cheer!!


    • model bertindih ni nmpk mcm ada tp aku tk tau nak ckp la kan, sbb aku pon tk tau roadmap proton…… Tp yg pasti ada model2 sblm ni yg proton dah cipta dan bjaya….. dn patut kekal e.g. Exora, Persona, Waja (pd aku bjaya), Satria. Sometimes we shouldnt re-invent the wheel..


  • Saya fikir design Iriz lebih sesuai dijadikan wagon. Ada clay model Iriz seakan wagon atau MPV kompak masa karnival Proton tahun lepas di RnD center.

    Proton boleh tampilkan versi konsep model Iriz wagon untuk dapatkan maklumbalas ramai.

    Dan saya masih fikir sedan segmen B patut gunakan nama Saga saja. Teruskan legasi Saga seperti sekarang. Platform Iriz tapi design berbeza.

    Nama Persona walaupun cantik tapi Proton dah gunakan Preve untuk segmen C dan Suprima untuk versi hatchback, jadi Proton perlu teruskan nama Preve/Suprima untuk generasi seterusnya. Konsistensi tu penting (saya fikir nama Preve tu dah cukup cantik untuk Suprima jugak, elok guna satu nama je sebab dua2 kereta sama je depan dalam).


    • Klu x wagon…buat mini mpv 5+2 pun ok jugak…seswai utk keluarga kecil….exora dh cater utk market full siza mpv dh….drpd byk model sedan..bykkn jugak model mpv


  • relax brother..jangan judge apa2 dulu..kalau design hadapan mcm iriz boleh..cuma designer Proton perlu pandai ubah suai supaya sesuai dengan gaya sedan..harap gaya belakang cantik..pasal model bertindih tu saya rasa cc je yang bertindih..gaya dan segmen berbeza..so if x suka 1.6 segmen B (Persona R)..angkat 1.6 segmen C (Preve).. btw.. for Proton.. sy nk cadangkan Proton ganti varian 1.6 campro kepada 1.6 CFE bg semua variant.. cheers!!


    • Bro,kalau x judge pon proton still buat kesilapan sama dri segi design,kualiti,after sale sbb rakyat malaysia ni mudah mnghukm ksilapan lampau tpi proton plak mmbuta tuli.Ramai sngat sudah kecewa dgn proton baik pemilik dulu smpai preve,suprima dan iriz.Perodua plak masih mndahului.sistem proton ni bnyak silap.kena ingat!!!proton x besar mana pon dalam malaysia saja nmpak besa itu pon sudah terlepas dgn gelaran jaguh kmpung.Apa perlu proton buat untuk ubah minded org malaysia ni?
      Kerata yg dibeli tu bkn murah.
      Kereta dibeli untuk bkn nk ualag alik SC utk masalah kualiti dan claim part yang lama.
      Kereta yang dibeli bkn utk berhabis duit utk dibaiki.ada faham?


  • Sorry la..tak payah berharap sgt designer boleh ubah suai nk bg cun dpn belakang.lagi2 si azlan yg korang berharap tu.kehkeh.

    proportion out.tgk la nanti.belakang saje mgkn cun la.tp bile dh bergabung dgn semua bahagian tu kecacatan pasti terserlah.kahkah

    #azlanoOut


      • Sebab masalah design.ak tahu nnti org kate kalau pandai design sendiri lah!!!tapi bagi ak bnyak lagi anak muda kita yang berbakat besar dan mampu design lebih baik kalau diberikan peluang untuk kendali kan jentera atau mesin.
        Tapi iriz bagi permulaan yang terbaik dan masalah kualiti yang masih ada..bosan dah nk dengar perkembanggan proton ni .Dari dulu smpai sekarang x ubah2 dan syok sendiri,sembang lebih!!! Tapi proton lebih baik daripada perodua rebage dan meminjam


  • Aku tak ragui design proton… cuma akuu rasa dh sampai masa belah engineering plk nk kena tunjuk kehebatan ….perlu innovasi dan teknologi segar..aku rasa enjin dgn gear proton perlu pembaharuan..komen jujur aku..
    Dan jgk dh smp masa proton upgrade material buat interior.. biar lg ‘plush’ skit.. mmg mahal kos dia kot but aku tetap tunggu proton buat benda ni..


  • my point is..pls dont do any transformation from a hatchback to sedan…not really works unless they do 100% effort to make it look damn nice n superb…bnyk hatchback yg failed jdi sedan…
    like peugeot 206 sedan..fiesta sedan..polo sedan…focus sedan..nissan latio..etc


  • kalau nak sedankan Iriz, memang tak sesuai sebab headlamp Iriz agak besar, dan Iriz juga agak tinggi..

    Kalau betul nak sedankan Iriz, pandangan saya, perlu sepetkan sedikit headlamp, dan rendahkan sikit tinggi kereta…


  • dont forget gen-2 convert to persona..transformation yang menjadi kan..cantik dan sesuai dari depan smpai ke belakang..
    savvy transform ke saga..sedikit pelik bahagian belakang tp masih ok ok compare to design hatchback yg disedankan oleh mazda, peugeot dan lain2 yg nmpk pelik sungguh terjungkitnya..
    bydway dah agak mmg iriz akan disedankan tanpa banyak sangat perubahan dibahagian depan.sbb ape..sbb proton kekurangan dana utk buat semua tu..so terima sajala..kalau perlukan sedan lebih murah compare preve, boleh la grab..

    jgn dilupa sedan dari perodua..silap gaya gigit jari proton..sbb ape..sbb org kita lebih percayakan p2..


  • Mmm…. bila kewangan menjadi kekangan, kreativiti menjadi sandaran. Persona R transformasi dari model iriz. Mmg sukar ye nk lihat dipasaran sekarang nie model2 yg berjaya hasil transformasi dari model hatchback ke model sedan. Even mazda2, ford fiesta hatchback bila bertukar sedan pun nampak pelik blakangnya. So far, gen2 bertukar persona adalah model transformasi terbaik dari terma design ler.

    Harap legasi persona R tidak mengecewakan walaupun gunakan platform iriz. Harap design hadapan hingga ke belakangnya dibentuk cantik, aerodinamik, seksi dan anggun. Harap lampu blakangnya masih mengekalkan DnA persona yg ada sekarang dgn tambah nilai artistik gaya moden. Proton mampu ubah rupa depan saga blm kepada saga flx yg lebih cantik. Why not persona R utk disesuaikan dgn ciri sedan?:) Model persona R nie akan bersaing dgn Vios n City dipasaran domestik, harap standard rekaan n konsep setanding n ada nilai tambah yg lebih baik. Kalau nk bersaing dgn sedan perodua, Saga R nanti juga perlu juga indah, ada nilai tambah dan disukai ramai:)…

    Cheers!


  • petronas ron 97 euro 4M petrol now onsale replace euro 2m ron 97, sudah berada di pasaran(source paultan), time for proton to introduce advance gdi/T-gdi engine ?


    • Apa yang dapat dilihat, gambar di atas hanyalah ilustrasi dan bukanlah rekaan yang benar-benar dikeluarkan dari pihak Proton.

      Hahahaha..! ilustrasi kasi gempak sikit weii..! Ruang tayar dengan fender yang besar dan kembang.. Roda yang besar dan garisan body yang lebih rendah.. Yang penting sedap mata memandang.. huhuhu.!


      • Memang la ilustrasi je bro,masalahnya ruang tayar kecik ni wujud dari body Saga BLM sampai la Iriz.Aku x faham pasal apa,nak bagi nampak lowered wlupun standard kilang ke cmana?


  • tolonglah proton… jangan lah buat kereta yg tinggi-tinggi sangat bumbungnya.. nampak tak balance.. tengok kereta eropah mana ada bumbung tinggi pun sedangkan orangnya lebih tinggi drpd kita.. honda jazz pun tak setinggi iriz..


    • yg tinggi bumbung adalah model Iriz.. sebabnya Proton ambil Myvi sebagai benchmark..

      harap Iriz yg disedankan ni bumbungnya tak tinggi sangat macam Iriz…


    • betul2..apelah tinggi2 sangat..aku pun tak paham.macam lah export berjuta ke eropah.err..yang eksport berjuta pun takde mcm tu tingginya.
      tapi itulah..proton masalah bab proportion ,aku pun tak tau napa..hopefully in future lagi baguslah..caiyokk proton!


    • Mmm… bumbung tinggi mmg jadi trend model baru proton. Mgkin ada sbb tersendiri. X salah berbumbung tinggi asal sahaja reka bentuknya bersesuaian.Sy nampak kereta berbumbung tinggi amat sesuai utk rekaan boot belakang yng tinggi, lebih luas ruang simpanannya. Iriz n myvi dlm katogeri hatchback x salah berbumbung tinggi kerana 2 kereta nie dlm kelompok super mini compact car. Kereta kecil tapi nampak besar!:)

      Biasanya juga, model2 european style tinggi2 gak bumbungnya. Merz, VW ada yg begitu. Preve juga berbumbung tinggi, keseluruhan menarik bermula bahagian depan mengunjur ke belakang. Cuma x leh pegi bila tengok perodua kenari dan renault kangoo. Mmg tinggi bumbungnya tapi x menarik keseluruhannya dan kurang stabil lagak bentuknya. Dh mcm toaster bergerak atau kereta keranda mini:P Sorry.

      Cheers!


      • kenapa tak berkenan bumbung tinggi Iriz:
        1) tak nampak sporty. nisbah tinggi bumbung vs tinggi tayar, bila tengok dari sisi tayar nampak kecil, tukar rim besar atau lowered tak membantu sangat,
        2) untuk tambah luas dalaman? tidak tepat. yang membuatkan lebih luas dan selesa ialah legroom & shoulder room. kita akan ada ruang untuk bergerak ke kiri/kanan atau depan/belakang semasa dalam kereta. tak pernah pulak tengok orang gerakkan badan atau kepala ke atas
        3) perlukan headroom yang tinggi untuk letak muatan panjang/tinggi secara menegak? kalau itu matlamat rekabentuknya, sepatutnya seat belakang Iriz perlu direka dan dipasang seperti ‘magic seat’ honda Jazz yang boleh dilipat ke atas.

        kereta b-segment dari eropah kebanyakannya tinggi keseluruhan tidak lebih dari 1.5 meter tapi tiada masalah sangat utk headroom, bahkan amat memadai.

        apa logiknya design bumbung tinggi pun tak tahulah…


        • Mmm… mmg payah nk puas-hatikan semua pihak terutama org m’sia nie kn? Cerewet mgkin?:P Seperti yg sy katakan tadi, ada reason tertentu bila ada sesetengah pengeluar mengeluarkan model berkonsepkan bumbung tinggi. Bagi sy x salah bumbung tinggi asalkan rekabentuknya masih tampak menarik, stabil, balance dan aerodinamik. Tengok jer la cth seperti preve. Sy rasa antara model segment C sedan paling tinggi bahagian bumbungnya berbanding civic, elantra even jetta, tapi x nampak pelik kn? Banyak kelebihan sebenarnya cuma cabarannya terletak pada design n styling agar ia x nampak janggal n pelik.

          Dari segi view dlm, lebih benefit pada penumpang belakang. terasa lebih luas n selesa dan perasaan tu lebih selamat. psikologinya begitu. design lengkok bumbung pun berperanan sperti konsep civic. Cuba duduk sebagai penumpang belakang dlm civic n preve, perasaannya lebih kurang sama:)

          Dari sudut safety, risiko impak kemalangan kereta terbalik atau rolling adalah lebih baik berbanding berbumbung rendah. X dinafikan kereta berbumbung rendah nie luarannya nampak cantik n sporty, tapi RnD, styling n teknologi kini membolehkan kereta berbumbung tinggi juga boleh kelihatan cantik, menarik dan sporty:) Sy rasa Merz, volvo kebanykkan model terkini pentingkn headroom sebagai ciri safety fizikal juga. Cuma nisbah ruang tingkap n body kena betullah, biar nampak sporty sikit.. Tak la seperti perodua kenari yg nampak pelik nisbah tingkap n body nya:P

          Pemilihan tayar n rim mmg penting bagi model berbumbung tinggi secara visualnya. Biar tayar yg besar. Lihat saja model golf n polo hatchback, tiada satu pun variannya bersaiz 15″ kn. Nampak solid n tegap kn?… n nampak mahal, no wonder diorg bleh tekan harga tinggi mana pun:) Mmg la kelebihan tayar kecil antara lain menjimatkan tapi utk body yg besar n tinggi, ia akn nampak pelik n cheap. Sbb tu kalau bleh model iriz yg varian rendah minta tukar la jgn guna tayar yg kecik tu. nampak janggal berbanding varian tinggi iriz;) Cuba bayangkan kalau badan kita dah sado versi athletic, tiba2 kaki kurus mcm ranting, bila berjalan kn nampak pelik?. Hehe…

          Cheers!


          • agree on some of your point. bila nampak pelik dan janggal di mata, rasa kurang berkenan untuk memiliki kereta macam ni. macam beli pakaian, nampak cantik baru kita nak cuba kat badan. tapi tu lah, beli/tukar kereta ni bukan macam tukar baju.

            btw, overall height, preve:1524mm, civic fb: 1435mm, beza 89mm (hampir satu jengkal), tapi kenapa perasaannya sama?
            polo 1.6 hatcback CKD, rim size 15″ standard. masih nampak sesuai dengan tinggi keseluruhan 1453mm. (proton iriz:1554mm, beza 101mm)


          • Mmm… pasal perasaan yg lebih kurang sama tu dari konteks keluasan ruang dalaman. Civic n preve konsep lebih kurang sama; bumbung melengkung berakhir pada boot yg tinggi n nampak kontot. walhal ruangan bagasinya luas. Cuma bezanya Civic bermula dari A-pillar ke depan sket (sbb tu dashboardnya agak luas jugek) dgn cermin hadapan yg lebih tirus. Senang citer, civic makan depan n preve mkn atas utk menghasilkan keluasan maksimum:)

            X kisah bumbung tinggi asal saja rekabentuknya masih tampak menarik, stabil, balance dan aerodinamik serta penggunaan tayar yg sesuai dgn bentuk body kereta tu, x mcm tosster sudah:)

            Mcm nie la…Mgkin ini dilema org kita, bila org lain create jadi trend setter, bila x ikut, ia jadi satu kesalahan. Tapi bila kita try create jadi trend setter tu, ada yg x ikut, kita gak yg disalahkan. Huhu…

            Errr… latest model VW standard tyre bukan 16″? Betulkan sy kalau salah.

            Cheers!


          • nak luas, buat boxy design le… curvy roof memang terpaksa sacrifice ruang, especially rear headroom.

            tak salah kalau buat sesuatu yang berbeza dari orang, tapi syarat mesti efektif.

            boleh check website VW utk detail pasal spesifikasi tu.


          • Trend setter?
            Bila tak ikut kena bash,bila buat sendiri nampak kelakar.
            Tau pun A pillar kereta2 luar sekarang dah kedepan.Bukan macam dulu zaman layout enjin menegak.Hood depan dah padat.


  • bila aku ckp designer proton bengap.. korang marah..
    antara hasil2 dari diorang adalah model ni la…

    tukar la designer proton…

    bila lagi…


  • most importantly change the current CVT to auto 5 speed.
    2nd exploit CFE engine to like say to satria neo ,
    make 6 speed manual available.

    lastly , telescopic steering adjust-ability.


    • Nah.. they will upgrade current CVT to Manumatic 7 speed, not downgrade.. CFE will be end of life (eol) 2017, replace with Gasoline Direct Injection (GDI), also known as Petrol Direct Injection, Direct Petrol Injection..


      • Manumatic

        Manumatic refers to an automatic transmission that allows convenient driver control of gear selection. For most of automotive history, automatic transmissions already allowed some control of gear selection using the console or column shifter. Manumatics enhanced this feature by providing either steering wheel mounted paddle shifters or a modified shift lever for more convenient operation. Different car manufacturers have been using a variety of labels for their manumatic transmissions, such as ‘ProTronic’, ‘Tiptronic’, ‘Geartronic’, ‘Touchshift’, ‘Sporttronic’, ‘clutchless-manual’ and others.


        • Manumatic, a portmanteau of the words manual and automatic, is a term referring to a class of automotive transmission.

          Manumatic refers to an automatic transmission that allows convenient driver control of gear selection. For most of automotive history, automatic transmissions already allowed some control of gear selection using the console or column shifter. Manumatics enhanced this feature by providing either steering wheel mounted paddle shifters or a modified shift lever for more convenient operation. Different car manufacturers have been using a variety of labels for their manumatic transmissions, such as ‘Tiptronic’, ‘Geartronic’, ‘Touchshift’, ‘Sporttronic’, ‘clutchless-manual’ and others.

          Some manumatic and semi-automatic transmissions allow the driver to have full control of gear selection, while many will intervene by shifting automatically at the low end and/or high end of the engine’s operating range, depending on throttle position. Manumatics and most semi-automatic transmissions also provide the option of operating in the same manner as a conventional automatic transmission by allowing the transmission’s computer to select gear changes.

          – Wikipakdia

          kemon la weiiiii!


          • Info sampai walaupun copy paste. ada usaha cari info. bukan cakap kosong. bukan idea induvidu semata..!
            good job.


      • AMT

        AMT is an automobile transmission that does not change gears automatically, but rather facilitates manual gear changes by dispensing with the need to press a clutch pedal at the same time as changing gears. It uses electronic sensors, pneumatics, processors and actuators to execute gear shifts on input from the driver or by a computer. This removes the need for a clutch pedal which the driver otherwise needs to depress before making a gear change, since the clutch itself is actuated by electronic equipment which can synchronise the timing and torque required to make quick, smooth gear shifts. The system was designed by automobile manufacturers to provide a better driving experience through fast overtaking maneuvers on highways. Some motorcycles also use a system with a conventional gearchange but without the need for manual clutch operation.


      • DSG

        DSG, is an electronically controlled dual-clutch multiple-shaft manual gearbox, in a transaxle design – without a conventional clutch pedal, and with full automatic, or semi-manual control. The first actual dual-clutch transmissions derived from Porsche in-house development for 962 racing cars in the 1980s.

        In simple terms, a DSG is two separate manual gearboxes (and clutches), contained within one housing, and working as one unit. It was designed by BorgWarner, and is licensed to the Volkswagen Group.. By using two independent clutches, a DSG can achieve faster shift times, and eliminates the torque converter of a conventional epicyclic automatic transmission..


        • Tidak semestinya menggunakan sesuatu yang di cipta pada tahun dahulu(atau lebih awal) kita mundur or we are going backward.
          Contoh mudah saya menggunakan Proton Preve, tetapi bercadang membeli/menggantikan Preve saya kepada sebuah Mercedes s class baru.
          Do I going backward?
          Jawapannya tidak.
          Mercedes-Benz diasaskan pada tahun 1926
          Proton pula diasaskan pada tahun 1983
          Teknologi berkembang maju.
          begitu juga teknologi GDI


        • Teknologi berkembang maju. Proton diasaskan pada tahun 1983, manakala Mercedes-Benz pula diasaskan pada tahun 1926. Contoh mudah, Pengguna Preve menukar keretanya kepada Mercedes E class baru(2015), adakah dia ketinggalan zaman?


        • I think that was Proton Waja prototype EO1e (1999).

          Technical Specifications

          Valve mechanism: Continuous Control VVT (Variable Valve Timing)
          Camshaft: Double OverHead Camshaft (DOHC)
          Displacement: 2 litres
          Induction: Natural Aspirated
          Cylinders: 4, In-line
          Valves per cylinder: 4
          Block: Aluminum
          Weight: 108.9kg
          Max Horsepower: 204.3 PS @ 7300rpm
          Max Torque: 203Nm @ 5300rpm
          Power Output per litre: 100 PS/litre
          Volumetric Efficiency: 107.8%
          Emission Standards: EURO 2 (1999)

          VVT vs GDI


        • GDI vs VVT

          GDI simply means that the fuel injectors sit directly inside the combustion chamber of the engine cylinder. Along with the number of pros this system has like improved fuel efficiency and emission control this has the con of carbon deposits around valves resulting in improper sealing at closed valve position. A correction method to this is VVT (Variable Valve Timimng) making the valves operate at the right time and speed so the valves are closed at the point of fuel injection so any fuel wouldnt get around valves for preceipitation


      • The invention of direct gasoline injection was by the French inventor of the V8 engine configuration, Leon Levavasseur in 1902.. ‘wow! is it true.?’
        Example of direct gasoline injection was on the Hesselman engine invented by Swedish engineer Jonas Hesselman in 1925… ‘Is that at The first post-World War 1..?’
        Direct gasoline injection was applied during the Second World War to almost all higher-output production aircraft powerplants made in Germany … ‘wow! applied for aircraft..!’
        The first automotive direct injection system used to run on gasoline was developed by Bosch, and was introduced by Goliath and Gutbrod in 1952…. ‘aha first time used for cars.!’
        The 1955 Mercedes-Benz 300SL, the first production sports car to use fuel injection, used direct injection… ‘ Ooo! first sport car used GDI’
        In 1996 gasoline direct injection reappeared in the automotive market. Mitsubishi was the first with a GDI engine in the Japanese market…. ‘resurrection of GDI..???’
        In 1997 Nissan released the Leopard featuring the VQ30DD equipped with direct injection… ‘GDI starting popular in Japs market, uhmmm’

        VQ30DD
        1997–1999 Nissan Leopard
        1999–2004 Nissan Cedric
        1999–2004 Nissan Gloria
        2001–2004 Nissan Skyline
        2001–2004 Nissan Stagea

        p/s The question is, are we going forward or backward..? (big question mark)


        • When others using 10 or 100 years reliable tech,we said that was an ancient tech.Booooooo!!!
          When it comes to Proton…WOWWWWW!!All hail GDI!

          Hahahahaha!


        • Jawapannya mudah, sejauh mana kita majukan teknologi tersebut..
          Kereta 100 tahun dahulu mengunakan tayar/roda untuk kereta mereka, manakala kereta hari ini masih menggunakan tayar/roda untuk kereta kita. Teknologi dan kejuteraan roda/tayar hari ini jauh lebih maju berbanding 100 tahun lalu..

          Sama juga jika dibandingkan dengan teknologi dan kejuruteraan enjin GDI..

          Indeed..! some people are ignorant..


      • In life there will be haters. Most people hate their haters. Not me. I’ve never hated my haters. I love them, and I want to thank them for my success, because they’re responsible for making me stronger and more determined to achieve my goals in life. They inspire me to create history and proving people wrong. So I hope they continue to hate, because I use that as a motivation to achieve success. I owe them. I love my haters.

        Copy paste


  • Dear campromania
    Wheelbase tetap sama ke 2555mm mcm Iriz? Proton ada effort tak untuk panjangkan ruang kaki passenger belakang setanding City & Almera? Itu yg penting di kalangan konsumer segmen B.


  • buruk siut…macam honda sampan aka honda city lama tu…pelik aku kena VW, audi, mercedes, skoda boleh design kena yg nmpk cun balannce dr segi design kalau depa buat keta compact pun nampak mewah…cth Audi A1 dan Fiat 500cc. tak semestinya keta kecik kena dump barang murah esp interior dan finishing

Leave a Reply