ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gambaran hampir tepat Proton Perdana baharu versi produksi!

Views

new perdana FR 5a

Setelah berakhirnya Alami Proton baru-baru ini, rakan kita Mohd Taufik sekali lagi membuat perubahan terkini hasil karya Proton Perdana baharu versi produksinya. Setelah melihat sendiri dan meneliti foto terbaru inilah bakal Proton Perdana baharu versi produksi yang dikatakan hampir tepat dengan model sebenar.

new perdana RR 3a

Menurutnya lagi, buat permulaan versi 2.0 liter akan diperkenalkan terlebih dahulu dan kemudiannya menyusul versi 2.4 liter yang berbeza sedikit bumpernya dengan model 2.0 liter. Ruang dalaman model Perdana baharu tidak ada perbezaan yang ketara dengan model asalnya Honda Accord, mungkin berbeza dari susunan butang suis pada papan pemuka tetapi susun atur struktur utamanya masih dikekalkan.

*Apa pendapat anda mengenai gambaran terbaharu ini? Saya jangka inilah gambaran yang hampir tepat.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

23 Comments


  • Rekabentuk yang menarik walaupun ia hasil daripada Accord generasi ke 8.. dan sekali lagi menjadi persoalan iaitu harganya dan adakah proton meletakkan 6 airbags untuk kereta ini?


  • baik beli Honda Accord yg ori dari beli ini… puas hati dan lebih tenang
    wakakaka…

    adoi… bila lah proton leh sales juta2 keta nih…
    buat keta main tampal2..


    • Mmm… kalau ko banyak duit nk beli apa pun, beli lah… duit ko. Ada org lain kesah?:P Model nie guna platform accord. Revolusi teknologi Honda + proton/lotus. Biasanya kalau tak similar, akan lebih baik lagi.

      Kalau ko beli perdana nie, ko dapat 2 kepakaran nie dgn harga yg jauh lagi murah berbanding accord ori ko tu… mgkin dgn accord ori ko tu ko puas hati walau mahal sket, tapi kalau bayar bulan2 dlm hati merana, x pastilah plak jenis ketenangan apa yg ko dpt:P

      Satu hari, proton bleh berjaya seperti yg ko ‘harap’kn… inshaa Allah, dgn syarat spesis2 hati busuk, mulut longkang n minda x membina, pupus kat muka bumi nie …… Sy percaya ko x sebegitu kn? Anyway, sorry 4 everything… mohon terasa.

      Cheers!


        • kalau kau niat nak pakai 2 3 ari pastuh nak jual balik… kau pakai la honda ori tuh hahahaha

          takde sapa nak kesah pun… 2 kepakaran berbanding 1 kepakaran..mesti lebih 2 kepakaran..


        • Kebanyakan kereta berkualiti, RV memang jatuh lebih 50% selepas setahun.. Contohnya BMW, Mercedes, Volkswagen, Volvo, Lexus.. Termasuklah Kia K5, Hyundai Genesys, Audi.. Bagi kebanyakan pengguna kereta ‘berkualiti’, mereka tidak mementingkan RV, mereka lebih mementingkan :-
          -Keselesaan
          -Kemewahan
          -Keselamatan
          -Kepuasan
          -Keunggulan
          -Kepakaran
          -Kelebihan
          -dll

          Terlalu banyak yang hendak dinyatakan.. Jika anda memilih RV sebagai sebab utama anda membeli kereta.! maka belilah Axia.. Jika kami pengguna kereta berkualiti membeli kereta berharga ratusan ribu, kami tidak risau walaupun RV jatuh melebihi 50%, apa yang kami mahukan, ianya berkualiti..


          • -kecanggihan
            -kecantikan
            -kehalusan
            -ketelitian
            -keluasan
            -kepantasan
            -kemudahan selepas jualan**
            -kesombongan
            -keegoan
            -keindahan
            -ketahanan dan banyak lagi..

            **antara perkara yang penting


  • Lagi pon tak semua minat design honda accord pastu harga dah sah2 mahal.

    Mungkin Proton boleh letak harga dalam 90k to 100k.. ok wat


    • Cadangan harga yang menarik untuk Perdana yang menggunakan enjin empat silinder Honda 2.0 liter R20A3.. Manakala untuk Perdana enjin 2.4 liter K242 mungkin 110k to 120k..


  • cuma satu sy terfikir, adakah kereta secantik ini sesuai untuk dihantar ke wakil service proton yg keadaan persekitaran pusat service tidak bagus, dan masa menunggu yg agak lama?


    • diaorang nak servis macam ni.. hantar dan tunggu dan tunggu 5 minit dan terus siap… ha3… servis apa mcm tu.. saya biasa hantar letak je situ.. siap sc telefon dan ambik.. senang… kalau rajin tunggu kalau tak rajin tinggal.. byk keje lagi..


  • i just hope they didn’t put all the the tidbits in the high spec. Not all can afford the 2.4L car. Sebenarnya banyak buyer’s yang mampu pakai 2.0L. Tapi 2.4 nh – 1 dalam 30 kot. Harap marketing proton pikir baik2 untuk letak alll tidbits dalam 2.4 and left the 2.0L with normal spec. Dengan minyak dan roadtax, mahu ke org pakai 2.4L. Tengok Hyundai Kia sudah. Berapa nisbah 2.0L nyer kereta yang dapat jual berbanding 2.4L.
    Harap sangat marketing proton baca komen aku nh dan pikir elok2.


  • Setiap kali model baru proton kuar, aku truja. Kalu ikutkan proton dh tak jauh..
    Mcm2 model proton dh study aku rasa..cumanya execution jer..NVH kena refine skit..dashboard skit..fit and finish skit..part matching..cermat skit bab painting..Then walla!
    Yukenduit


    • Proton Perdana using Honda engine, and Honda Motor Company, who makes their own transmissions.. Probably Perdana 2.0 liter R20A3 engine using 5 speed transmissions from Honda.. meanwhile Perdana 2.4 liter K242 engine using 7 speed Electronic Continuously Variable Transmission (E-CVT) from Honda Motor Company..
      No Jatco, No Aisin, No Punch


  • masa pergi alami proton sempat bertanya disana. utk versi ni masih enjin honda.. selepas beberapa ribu production spt yg di mou kan.. proton akan guna enjin petronas katanya.. selepas 2017 tak silap..

Leave a Reply