ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

Foto Toyota Innova generasi baharu bocor!

Views

2016-Toyota-Innova-leaked

Semalam sebuah laman web automotif dari India fly-wheel.com telah berjaya membocorkan foto yang dikatakan model generasi baharu Toyota Innova. Dikatakan pihak FlyWheel telah mendapat foto tersebut dari pemberi maklumat di Thailand dan Indonesia. Sekali imbas rekaan baharu Innova seakan-akan Perodua Alza yang berskala besar, terutama sekali di bahagian tingkap sisi D-pillar.

Rekaan muncung hadapannya agak garang kali ini dan jauh berbeza dari model yang ada dipasaran. Akhirnya Toyota berjaya juga mengeluarkan imej MPV yang dahulunya sesuai dengan orang tua kepada yang lebih muda remaja. Dikatakan model ini membuat penampilan sulung di India Auto Expo bulan Februari tahun hadapan.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

7 Comments

Leave a Reply