ARKIB

KATEGORI

Buletin

Foto Proton Iriz kemalangan berlegar di laman sosial!

Views

10849764_10153084669631754_2542407687465235109_n

Pagi ini kecoh di laman sosial dengan penyebaran gambar Proton Iriz yang rosak teruk akibat kemalangan pada kelajuan tinggi. Menurut maklumat yang diterima, sebenarnya kejadian tersebut telah berlaku pada 3hb lalu di kilometer 313.8, Lebuhraya PLUS Arah Utara. Difahamkan pemandunya mengantuk dan semasa kejadian berlaku dikatakan kelajuan Proton Iriz tersebut pada 150 km/h sebelum merempuh sebuah kenderaan lain yang berada dihadapannya.

Namun pemandu Proton Iriz tersebut hanya mengalami kecederaan ringan. Jika dilihat pada gambar impak berlaku dibahagian penumpang hadapan, walaupun remuk teruk tapi struktur tiang A masih kukuh dan beg udara berfungsi dengan baik. Ini adalah bukti sistem keselamatan Proton Iriz tinggi dan telah pun diikitraf oleh ASEAN NCAP. Nasihat saya kepada rakan-rakan, berhati-hati semasa di jalan raya. Jika mengantuk berhentilah sebentar untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan.

* Kalau nak tahu, lelaki yang berbaju oren hitam tu la pemandunya, syukurlah dia selamat walaupun kereta dia boleh dikira “total lost”. Foto-foto diperolehi dari laman Facebook Yusri Salleh dan forum Lowyat.net

KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

1381570_10153084669621754_1066884337325845237_n 1475966_10153084669626754_5040104450810571503_n w7nk1i42yd zm6kydukjt

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

31 Comments

Leave a Reply