ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

Foto intipan terbaru Proton Compact Car

Views

proton compact car

Ini merupakan foto intipan terbaru Proton Compact Car atau dahulunya dikenali dengan P2-30A yang telah ditemui oleh rakan kita Majid Ishak. Difahamkan model ini sedang menjalani ujian di Lebuhraya Elite dan menghala ke USJ. Nampak masih sarat dengan tampalan penyamaran untuk mengelakkan rupa sebenarnya diketahui ramai. Model kompak terbaru Proton ini dijangka bakal diperkenalkan pada pertengahan September.

pcc spy teluk intan

Lagi foto intipan terbaru telah dikirim kepada saya oleh rakan kita En.Naz sebentar tadi. Menurutnya, 2 buah model ini sedang menjalani ujian di Teluk Intan. 😉

* Nantikan foto intipan dan info terbaru mengenainya dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

19 Comments


    • Betulkah? Plis plis plis buat piano black macam suprima. Kalau buat kelabu sangatlah tak nampak mewah. Satu lagi,nak tanya, agak2 Gear indicator dia berlampu tak? Plis lah berlampu. Harap-harap berlampu. Kang kalau malam tak nampak.

      Semangat sebab nak sambar sebijik. hehe


  • DRB Proton tgh mabok dgn GSC tampal..
    tak cukup peram lagi Proton oii??
    lama2 basi dh le GSC ni.design dh kena tiru.. outdated… bape tahun dh sypshoot xhabis2..
    bila nk lauch ni??bosannn..


  • design nye nampak mcm complicated, maksudnye nampak byk effort yg diorang letak utk jayakan model ni..

    smoga berjaya dgn cemerlang ye proton! go global! ^_^


  • klau kat sketch board, design proton memang gempak, cantik, sexy. tapi bila masuk production, design jadi carca merba.Kalau kos jadi kekangan utk hasilkan model yang baik dan berkualiti, proton mestilah sanggup juga berkorban untuk membina reputasi dan jenama.

    Takkan nak harap pembeli je yg berkorban untuk proton. Apa salahnya keluarkan modal yg besar untuk model yg berkualiti, tapi dalam masa yg sama harga masih mampu bersaing. Bila org beli dgn harga tersebut tapi dapat model yg berkualiti, at least proton ada alasan kukuh utk jual kereta pd harga yg lebih tinggi untuk model2 pengganti seterusnya.

    Sekarang ni proton nk jual kereta pd harga yg lebih tinggi, sedangkan masalah kualiti yg tidak konsisten masih berlaku. Adakah proton dapat memberi jaminan harga tinggi, kualiti tip top dan konsisten, dan bkan setakat spec je canggih.

    Sebenarnya banyak juga masa proton terbuang begitu sahaja. satu ketika dulu, proton sangat berjaya dan memperolehi keuntungan yg besar. Namun kini, agak sukar untuk mereka bersaing.


  • lambat nak mampus keluar. aku dah beli dah pun myvi.
    proton ingat semua org ada masa ka nak tunggu kereta dia yg belum tentu lagi bagus, tak byk problem ni keluar. puii

    lambat sangat keluar. kurang dah sorang pembeli.

Leave a Reply