ARKIB

KATEGORI

Buletin

Foto Honda Fit/Jazz Shuttle bocor!

Views

63248157493966268

Setelah Fit/Jazz, City dan HR-V/Vezel berkongsi platform yang sama, kali ini tiba giliran Fit/Jazz Shuttle (MPV) pula melengkapi varian model yang ada. Foto lukisan paten model Fit/Jazz Shuttle ini telah dimuatnaik oleh jokeforblog.blogspot.com yang begitu terkenal dengan pembocoran imej/foto lukisan paten beberapa jenama lain sebelumnya. Sekali imbas gaya rekaan model ini seakan-akan Stream yang berskala lebih kecil.

Dikatakan model MPV ini bersaiz lebih besar berbanding model sebelumnya dan akan menggunakan bahan yang lebih berkualiti. Honda Fit/Jazz Shuttle akan dijana oleh unit enjin petrol dan hibrid serta mungkin ditawarkan dalam versi 4×4 (pacuan empat roda). Setakat ini tiada lagi pengumuman rasmi dari pihak Honda mengenai tarikh pelancarannya secara global. Jika model ini memasuki pasaran Malaysia, ia sudah pasti menjadi saingan kuat pada Nissan Grand Livina, Proton Exora dan Perodua Alza.

KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

758629603875606720 8372180841449363395 1222

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply