ARKIB

KATEGORI

Buletin

Easy-R, transmisi automatik manual pertama dari Dacia!

Views

Anak syarikat Renault, Dacia buat pertama kalinya memperkenalkan transmisi automatik manual yang dikenali dengan nama Easy-R. Kotak gear itu telah menjalani ujian intensif dalaman selama 130,000 jam di makmal ujian sebelum keluar ke jalan raya untuk diuji sekali lagi sejauh 120,000 km.

Menurut Renault, Easy-R menggunakan elektro-mekanikal dan bukannya teknologi hidraulik, untuk mendapatkan respons yang lebih pantas dan fleksibiliti yang dipertingkatkan. Fungsinya sama seperti transmisi automatik biasa tetapi mempunyai empat mod pilihan, D (Drive), N (Neutral), R (Reverse) dan M (Manual).

Kos pemasangan transmisi Easy-R cuma € 600 lebih mahal daripada transmisi automatik 5 kelajuan sedia ada yang ditawarkan pada Logan MCV, Sandero dan Sandero Stepway. Selain itu, Easy-R juga juga didatangkan dengan mod ECO konvensional. Jom tonton video dibawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai transmisi Easy-R.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply