ARKIB

KATEGORI

Buletin

DISKUSI : Jom cadangkan spesifikasi, ciri-ciri dan julat harga model gantian Saga & Persona

Views

saga concept 1

* Foto hiasan – Illustrasi digital dari Najmi Rosdi

Idea untuk artikel ini telah datang daripada salah seorang rakan kita dengan nama samaran Iriz dalam ruangan komen. Jom kita berikan cadangan spesifikasi, ciri-ciri dan julat harga bagi model gantian Saga & Persona yang akan diperkenalkan nanti. Desas-desus mengatakan kedua-dua model ini akan berada dalam segmen yang berbeza.

Pada pendapat saya untuk model gantian Saga, ia perlu dikekalkan sebagai kereta rakyat. Cadangan saya untuk Saga R:

1. Enjin 1.3 vvt sahaja dengan pilihan transmisi manual dan CVT. (enjin 1.3 TURBO boleh dipertimbangkan)
2. Berada dalam segmen A+ (platform baharu)
3. 2 beg udara, VDC
4. Rekaan yang menarik dan moden (rekaan di atas boleh menjadi rujukan)
5. Julat harga antara RM35,000++ hingga ke RM43,000++
6. 3 varian – Standard, Executive & Premium

Cadangan saya untuk Persona R:

1. Enjin 1.6 vvt sahaja dengan pilihan transmisi manual dan CVT. (enjin 1.6 TURBO boleh dipertimbangkan)
2. Berada dalam segmen B (platform IRIZ – dengan rekaan luaran yang berbeza : contoh Honda Jazz dengan City)
3. 2 hingga 4 beg udara (mengikut varian), VDC
4. Rekaan dalaman boleh mengguna pakai model IRIZ dengan perubahan minima untuk mengurangkan kos
5. Julat harga antara RM46,000++ hingga ke RM56,000++
6. 3 varian – Standard, Executive & Premium

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

56 Comments


  • saga r:
    engine 1.3 vvt , 2/4 airbags, vdc, harga (40k-50k), rim 15 inch, lampu biasa
    persona r:
    engine 1.6 vvt , 2/6 airbags, vdc, lampu projektor+drl, hrga (52k-63k), rim 16 inch
    utk engine turbo/cfe, patut dikhaskan utk preve/suprima s facelift….


    • btw, preve/suprima s amat memerlukan major facelift mcm camry 2015, design mmg timeless tetapi ad unsur2 kereta zmn proton waja, cuba ambil pendekatan sofistikated dan elegan mcm volkswagen dan bukannya sporty sentiasa spt area2 body yg kelihatan mcm tidak bercat(suprima s pnye rear bumper), interior perlu diberi nafas segar, walaupun p1 x ad modal utk ubah semua, cuba tambah elemen2 seperti faux stitching, warna kontra utk dashboard mcm mazda 6 interior, steering design baru…. byk ciri2 iriz bleh diimplementasi utk buat satu family face baru aka tiger silhoutte 2.0, utk persona r, better utilize iriz’s platform selain remove preve iafm dri model line preve, p1 jg prlu reka bumper dpn yg brbeza utk preve n suprima utk menampakkan model p1 lebih diverse..


  • Jadikan Standard utk 2 model ini
    1.Tilt/telescoping steering column
    2. Optitron style meter??( komplen dari seorang iriz owner kenapa meter iriz tak liplap cam preve/myvi etc)
    3. Seat macam iriz(hehehe)
    4. warna merah kat MID/jarum tu tukar la kepada warna yang sedap dipandang(light blue) termasuk juga dengan buntang2 kawalan sekali.


  • saga r:engine 1.3 vvt turbo,2/4 airbag,vdc,harga (40k-50k),rim 16 inch(bau gempak)/lampu(mempunyai lampu nexlide)

    pesona r:1.6vvt turbo/2.0vvt,vdc,4/6 airbag,rekaan terkini dan termaju(+kekal sedikit design yang lama kerana bahagian belakang sudah kelihatan baik dan modern kontemparori)+ikut sedikit platform iriz ,lampu projektor+drl/nexlide,rim 17(bau gempak+warna-grey+silver or versi sports(contoh mcm rim toyota corolla artis yg baru laters version),ruang cabin yg mempunyai bahan yg mampu mengurang bunyi dan getaran yg kuat,mempunyai kotak hitam,harga(55k-68k)


  • bro campro, kenapa ruang komen nampak centered?

    ke saya je yang nampak centered?

    boleh tukar macam biasa tak? senang nak baca. terima kasih.


  • Saga R

    – harga mesti dari 28k ke 40k
    – Harga mesti dalam lingkungan tu untuk lawan Perodua Sedan dan Perodua Axia. Ini mengambil kira masalah kualiti Proton terutamanya bab enjin (maintenance dan tidak berapa jimat minyak). Secara general spec Proton mesti tinggi dari Perodua tetapi harga mestilah sama atau rendah dari Perodua.
    – Spec ikut sama macam Axia kalau boleh yang paling low line (airbag ada 2, 4 star crash, mungkin boleh delete power window kat belakang, abs dan ebd boleh delete mungkin, spec yang untuk safety, design kena nampak simple dan menarik (Design lampu dan bumper depan dan belakang mesti nampak menarik macam Iriz). Selesa duduk di dalam, enjin yang tidak mempunyai masalah dan lebih kurang menjimatkan. Spec interior tak perlu mahal tapi yang penting luas, boleh kurangkan kos material interior dan bahagian-bahagian lain.

    Persona R

    – harga mesti dari 35k ke 50k


  • Mb dah sampai masanya proton n perodua bergabung,bermula dgn kereta sedan mampu milik,klu hyundai n kia boleh kerjasama naikkan brand korea , proton n perodua patut boleh juga.


  • Itu bonnet design pun ada kurang lebih dalam clip iriz hehe thumbs up

    Saga bread butter so better maintain 28-45k range. Persona ni problem sikit. Gap sikit sgt antara range saga – preve. Aku tak yakin org mesia beli tgk segment dia akan tgk keperluan n luas atau tak. Then baru la personal preference. So kalau nk slot jugak persona R kena satu variant saja. Premium. Letak 48-53k range.

    Spec pulak ada various variant utk saga. Bole copy iriz nya tapi pehlis 1.3 premium kasi ada jugak. Jgn risau pasai price structure sbb saga ni selling point ialah engine byk ooo gap 1.3 and 1.6. So kalau 1.3 premium at par or sikit rendah dari 1.6 exec pun still no problem. Projector standard all variant, 15 inch, airbags min 4, premium 6 airbags, semi premium, reverse front sensor / camera, push start keyless entry, and then jangan lupa drl. Boleh masuk jugak proton drive infotainment invest sikit lah system. Premium maybe dapat electronic brake.

    Persona r pulak premium spec. 1.6 turbo manual. Leather seat. Premium spec iriz. Persona r ni kita da bole agak dah golongan mana beli so manual turbo tu pun dah selling point paling bagus.


  • saga r
    -guna ja platform iriz (+ enjin tapi gearbox mesti baru/ 5 speed auto sekurang2nya )
    – kemasan dalam mesti setanding/baik sedikit dari iriz
    – ciri keselamatan minimum 2 beg udara dan vdc
    – harga 35k~45k utk semua variant

    persona r
    – rasanya tak perlu buat masa sekarang, tapi kalau proton nak buat juga persona r, guna ja platform preve ( kalau saga r dah segmen B, buat apa nak ada lagi persona r sedangkan preve dah segmen c)

    cadangan tambah nilai untuk semua kereta proton
    1. kereta mesti senyap sehingga sekurang2nya kelajuan 130km/j (sebab majoriti bawak takat tu ja)
    2. bunyi masa idle/ tak bergerak bagi senyap.
    3. selesaikan masalah “rattle” dalam dashboard.

    akhir kata : Proton mesti beri lebih tumpuan pada keselesaan pemandu dan penumpang (bunyi / rupa) sebab majoriti pembeli proton tak faham dan tak ambil peduli pun pasal kelebihan ‘handling’ tapi lebih menghargai ‘comfort’.

    p/s: harap proton juga rancang variant dengan lebih teliti dari awal… jangan la asyik tetiba keluar sv..

    Semoga Proton terus maju dan setanding dan seterusnya mendahului jenama terkemuka lain.


  • Cadangan Persona R:

    – Enjin 1.6 turbo direct injection or supercharger or twincharger
    – 6 speed auto with paddle shift & 6 speed manual
    – 6 airbags with ESC,ABS & EBD


  • (Saga R) boleh starting price 28k-43k untuk 1.3 vvt untuk fight dengan axia dan Perodua sedan.
    Untuk Spec standart just follow Saga fl sv sekarang dan spec tinggi just follows spec flx yang sama tetapi ditambah dengan Skirting,EBD dan etc sahaja sudah cukup.
    Jika ada 1.6, buat sedikit minor change bumper hadapan dan belakang,rear lamp smoke dan etc untuk nampak menarik.
    Design biarlah nampak biasa tetapi menarik bagi save kos.
    (PERSONA R) Starting dari 45k-56k untuk 1.6 cfe turbo semua varian spec.
    Design harap boleh fight dengan City,Vios dan harap lebih tegap. Varian spec yang paling tinggi cukuplah dengan 4air bag untuk save kos.
    #kerangka sudah tentu kukuh seperti Iriz
    Sistem audio dan anroid yang diguna pakai mungkin tidak perlu digunakan hanya skrin sesentuh,mp3 dan etc untuk hight varian kerana sistem audio sebelum ini yang diguna pakai pada suprima,preve,iriz mengecewakan.

    Staf R&D Proton dan orang atasan Proton harap maklum!!!
    Dan semoga berjaya. Syabas dengan Model
    Iriz


  • Ramai berpendapat PERSONA R CFE transmisi manual dan CVT untuk membezakan kedua-dua model sedan bharu PROTON dengan SAGA R yang mugkin mengunakan enjin vvt seperti iriz
    1.3 atau 1.6 dengan harga 47k-56k bagi PERSONA R dan 31K-43K .PROTON kena ingat ancaman bakal P2 sedan,kalau tidak jadilah seperti axia dan iriz walaupun berbeza kelas tetapi harga yang menjadi peranan.Sekian


    • Maaf,mungkin persona r tidak perlu mengunkan enjin cfe tetapi vvt turbo lebih sesuai bagi mempelbagaikan variasi enjin proton tetapi transmisi manual pada enjin turbo mungkin perlu ada tidak seperti model preve yang hanya ada turbo pada transmisi cvt.
      Saga R pula bagi saya tidak perlulah desakkan turbo kecuali proton mahu mengeluarkan variasi r3.
      Harga yang lebih murah amat diharapkan kerana proton sebagai pengeluar kereta pertama malaysia belum ada lagi harga kereta yang semurah axia 25k low spec.jika 32k seperti spec Saga fl sv pun sudah memadai dengan rekabentuk sedan yang menarik dan luas sudah cukup sebagai ikon kereta rakyat seperti zaman kegemilangan proton dulu.
      sekian dari suara penguna proton.i


  • Assalamualaikum.Pendapat aku proton boleh mempertimbangkan pendapat yang di beri oleh mereka di komen blog funtasticko ni sebab ni suara pengguna macam Azlan Othman bagi tahu masa intai-intai Iriz dekat astro awani Aku rasa saga dari 32k-40+++ persona hanya 46-57+++ dan turbo sangat sesuai untuk model Persona sahaja. Rata-rata nak persona r ada turbo.air bag hanya 4 dah cukup x payah 6 macam iriz design pon mesti


      • Boleh 6 air bag,tapi mungkin dia fikir jimat kos kot,just buat 4 air bag je dah memadai tengok je harga dari 46-57+++ tu memang berbaloi bagi kelas seperti persona sedangkan iriz or myvi spec biasa2 pon harge 58k sebagai compact car .confirm klau macam ni jadi pisang goreng panas!!!mungkin?
        Untuk pedapat ak,biarlah design di utamakan untuk lebih menarik dan harga murah terbaik untuk 2 model ni


  • Semua pendapat hampir sama.Kepada funtasticko,tolong ketengahkan pendapat mereka sebagai suara penguna dan tolong highlight pendapat/isi yang sama kepada orang atasan Proton untuk saga r dan persona r ini.


  • off topik kejap….

    cume nak satria neo replacement…(kalau ada)

    enjin paling cikai : 1.6-2.0 cc (150 – 200hp, 200-280nm , turbo or n/a)

    interior kasi ejah comey laa….orang malaysia tinggi2 belake….

    manual trans yg 2 penting…

    kalaulah ada…kalau la…

    barulah ada kena dengan satria nye tagline “muda & sporty”


  • Saya berpendapat, Proton tak perlu masuk ke segmen A untuk pasaran Malaysia sebab Perodua (Toyota/Daihatsu) dah lebih dulu memonopoli segmen ni. Lebih baik fokus pada segmen B sedan, dan Saga R sebagai sedan dalam segmen ini. Tak perlu Persona R sebab secara teknikal, Preve/Inspira adalah pengganti Persona sebab dari segi saiz, Persona adalah segmen C.

    Cadangan varian dan spesifikasi Saga R sama dengan Iriz, tapi rekaan luaran berbeza. Rekaan dalaman boleh guna yang sama dengan Iriz, mungkin boleh dibezakan pada rekaan panel pintu dan konsol tengah sahaja.

    Segmen A mungkin Proton boleh pertimbangkan untuk pasaran eksport di Eropah sahaja. Saya cadangkan guna balik nama Savvy untuk segmen ini di Eropah.


    • B Segment sedan: Length 4.2-4.4 meter, Wheelbase 2.5-2.6 meters, kerb weight 1.0-1.2 tonnes
      Contoh (interior paling besar ke kecil): City, Almera, Vios, Fiesta, Mazda2, Attrage, Saga

      C Segment sedan: Length 4.5-4.6 meter, Wheelbase 2.6-2.7 meters, kerb weight 1.2-1.4 tonnes
      Contoh (interior paling besar ke kecil): Corolla Altis, Civic, Sylphy, Preve, Inspira, Mazda3, Focus, Persona

      1. Proton sudah ada tiga kereta di dalam segmen C iaitu Persona, Inspira dan Preve.
      2. Maka tidak perlu ada Persona replacement, kerana ianya akan menjejaskan ‘economy of scale’ dan menggalakkan cannibalism.
      3. Saga berada di posisi B segment yang agak kecil (macam Attrage), maka Proton boleh upscale Saga untuk meningkatkan keluasan dalaman seperti City (segment class leader utk shoulder room-lebar & panjang) ataupun Almera (legroom & headroom). Keluasan ruang dalaman City menjadikan kereta C-segmen di atasnya hampir tidak relevan dengan konsep ‘space utilization- small outside, but Big inside’.
      4. Design tempat duduk yang selesa seperti Iriz (panjang & tinggi untuk support peha dan contour backseat untuk tulang belakang).
      5. Oh Transmisi CVT Punch Belgium perlu update kpd versi yang lebih senyap (NVH).

      Itu saja pendapat saya.


  • Cadangan aku pula;

    Saga R;
    – Enjin: 1.3, 1.51.6 & 1.0 turbo (sport version sebab budak muda sure suka) VVT,
    – 2 – 4 airbags. ABS + EBD standard
    – 5 – 6 speed manual & standard 4 – 5 speed auto (bukan CVT sebab ini satu punca sales kurang ~ rakyat kita ni fobia sangat dengan CVT walaupun aku sendiri sangat sukakannya)
    – Standard ISOFIX untuk kerusi budak. Lagi menarik kalau Proton bagi free kerusi budak dengan color trim yang sama dengan kereta. Ini sales pitch yang kreatif untuk menarik middle income small family terutama housewife yang nak hantar anak ke tadika/pusat asuhan kanak-kanak.
    – Normal headlamp/belakang LED macam current Saga sebab cukup berkesan dah.
    – Price range = RM32k – RM42k untuk 1.3 & 1.5/1.6, RM42k – RM48k untuk 1.0 turbo

    Persona R
    – Enjin 1.5/1.6 untuk standard & 1.3 untuk turbo ecoboost style & VVT
    – 2 – 6 airbags, ABS + EBD standard
    – 6 speed manual & 5 speed auto standard / CVT yang bukan dari Punch.
    – Standard ISOFIX untuk kerusi budak. Tak perlu bagi free child seat atau buat add-on option with interesting pricing
    – Projector headlights with LED DRL & LED read brake light
    – Double DIN ICE system.
    – Price range = RM46k – RM55k untuk 1.5/1.6, RM60k untuk 1.3 turbo

    Aku juga cadangkan Proton wujudkan satu segmen lagi bawah SAGA tapi bukan bersifat Saga killer tetapi untuk fill void low middle income punya permintaan. Sebab tak mungkin Saga boleh turun harga bawah RM30k tanpa kurangkan banyak benda dalamnya.

    Wujudkan very basic car ala Axia basic/Tata Nano. Enjin 1.0 – 1.2 liter, 5 speed manual / 4 speed auto, aircon, basic ICE system atau tak perlu langsung, 2 airbag + ABS. Mungkin boleh ambil saja frame asal current Saga, rework dari segi body design, strip benda-benda tak perlu. Letak harga dalam RM26 – 28k. Color option takat solid saja untuk jimat kos. Kalau sedan lebih bagus tak boleh, hatchback pun ok juga.


  • kalau baca cadangan kat sini, rata2 nak saga R harga sub RM50k..
    Tapi aku nasihatkan kalau saga R dilancarkan dan maksimum harga pada RM50k, korang jangan beli awal. Ambil sikap tunggu dan lihat dulu.

    InsyaAllah, proton akan bagi rebet/diskaun..paling kurang pun RM1k-RM3K.


  • cadangan..

    saga
    rm32k – rm42k
    1.3 with manual or cvt
    standard / premium
    (rm28k – saga kosong)

    persona
    rm45k – rm55k
    1.6 with manual or cvt
    standard / premium

    preve
    rm57k – rm62k
    1.6 cfe, manual or cvt
    premium

    cfe pakai untuk model preve, suprima & exora shj sbb model2 ni org komplen underpower kalau pakai campro biasa

    saga jangan pakai 1.6, kacau persona

    yg pakai versi standard boleh pilih aksesori secara ala carte, jd tak perlu versi executive

    last sekali, stand with your price!! strategi sekarang membodohkan pengguna. merosakkan value kereta proton. kalau berani letak harga 60k untuk iriz at 1st place, ape pasal nk offer diskaun sampai 4k pulak? nk bg diskaun tak salah, tapi bagi la kt model yg dh nak expired.saga,persona,exora..bukan kt model yg baru keluar 3 bulan lepas.apadaa..


  • apaa daaa tuan tanah dah bagi ruang utk korang kasi features ape yg korang nak luar/dalam untuk future proton, tapi korang follow isi/sama cam bro campro buat.. baik tak payah bagi komen. kalau nak bagi cadangan pun bagi la lain dari bro campro taip di artikel tu.


    • Apa daa.cadangan price dengan spec tu penting.proton iriz dah cukup lengkap just follow je tapi ikut spec ikut lah harga kalau labur tinggi banyak lah spec yang kita dapat.Design pulak susah sebab ia subjektif dah kalau iriz design dah lawa orang kata buruk..serah pada designer proton je tapi jangan syok sendiri


      • Betul juga bro iriz,kita beri cadangan untuk design luaran&dalaman untuk nampak fresh dan up to date macam korang mahu.follow kia dan hyundai punya design.Hope proton boleh buat lebih baik tidak seperti preve dan suprima sedikit mengecewakan tapi iriz terbaik.
        Pilihan warna pula mengunakan warna yang lebih cerah,fancy dan bergaya untuk kedua model ini.
        Kepada Designer harap kamu semua boleh buat
        yang terbaik. SEKIAN


  • general:
    1. no compromise on safety, full spec’ed on safety.
    2. gadgets (radio/lcd/auto light/auto wiper) make them optional as to cut cost down.
    3. enhance detailing/finishing of product. e.g polystyrene case for emergency kits in the boot (can refer to honda jazz), gap between door panel & dashboard.

    saga R
    1. emphasize on cabin roominess (study honda man-max, machine-min)
    2. clever storage area/multiple rear seat config.

    persona R (no need, preve is there).

    proton is going the right way with iriz by providing bottle holder at the back door, but how to access that when the doors are closed? the bottom seat is obstructing the bottle holder.
    just observe this & u can make it better.

    ah btw, why speakers are located at leg area? our ears is at our head.


  • Eh, kenapa perlu ada Persona replacement model???

    Sebagai small car manufacturer dengan sales volume yang kecil, product line up perlu efektif dari segi kos dan ‘economies of scale’. Proton sudah ada 3 model di dalam C-segment. Strategi ialah untuk kekalkan Preve, dan mansuhkan line Persona & Inspira. Model berdasarkan Mitsubishi Lancer sudah agak tua dan tidak lagi kompetitif (plastik keras & NVH enjin masih ketinggalan). Manakala enjin CFE , transmisi & interior quality masih boleh diperbaiki.

    Timeline new product development Proton:
    2015: Preve/Suprima major interior & exterior facelift, dan Saga replacement (based on Iriz)
    2016: New Perdana (Accord based), dan Exora replacement model

    Enam product line up sudah mencukupi buat Proton di saat-saat kewangan tidak stabil, bemula dengan Iriz, Saga, Preve, Suprima, Exora dan Perdana. Unless kalau Proton ada market base overseas yang meningkatkan sales volume, bolehlah expand product line-up untuk kategori compact SUV atau Satria Neo replacement model.


    • Yang ni saya sokong. Banyak sangat confuse. Bila persona & inspira dah takde baru preve leh turun harga sket. Guna laa persona utk jadikan arena contohnya, dpt jimat tooling nak buat body depan, pintu. At least x membazir. Jual arena kt Australia sbb tu pasaran terbesar arena. Letak enjin turbo sbb dorang suka towing cargo.

      Kat negara kita cukup dgn iriz, saga, preve, suprima s, exora dan perdana. Untuk inspira, jadikan teksi je. Baru best dan luas.


      • Satu lagi, tambah laaa model supercar satu. Amik lotus evora ker rebadge jadi proton johan omputih sebut (Yohan). Sekadar cadangan gila pepagi ni. Harga bg laaa mampu milik, x lebih 350k. Model ni strictly MDM.


  • Tak payahla hangpa nak bg idea..projek dah award ke org luar…biaqla depa design..hgpa tulis panjang lebaq pun bukan RnD boleh buat pa


    • Ada betul juga cakap bro tu. Penyudahnya Proton akan buat perangai lama dia. Buat kereta yang mereka suka, bukan yang pengguna suka.


    • Mmm… xpa. saje suka-suki. mana tau idea2 yg dilontarkan tgk2 sama plak seperti perancangan proton. Or dari idea tu bleh jadi tercetusnya idea2 lain utk projek2 lain, may be:)

      Cheers!


  • Saga R: engine 1.3 dan 1.6VVT, gbox manual atau CVT (kalau boleh tuka je la JATCO punya). 3 varian (standard, exec, premium).
    Standard 2 airbag, VDC, rim 15 inch besi, (cover mcm persona sv), fabrik, CD/DVD/Ipod/USB.
    Exec 4 airbag, VDC, HU Blaupunkt iriz, rim aloi 15 inch dri model trdahulu.
    Premium 1.6, 6 airbag, push start, leather, VDC, boot spoiler kecik, rim 16 inch design baru. (design jgn mcm rim Iriz 1.3, nampak kecil).
    Bodykit adalah OPTIONAL utk semua variant.
    DRL ada pd semua variant (integrate dlm headlight).
    RM38-55k.

    Persona R: 1.6VVT dan 1.6TURBO, manual (5-spd VVT, 6-spd TURBO) dan CVT (atau 6-spd conventional). exec dan premium shj.
    Exec 4 airbag, VDC, HU Iriz, rim 16 inch.
    Premium 6 airbag, VDC, HU ada Carplay dan android auto, leather, front sensor.
    Sport 6 airbag, VDC, HU mcm premium, leather, turbo, suspension tuned, 17 inch, design yg lebih ganas (bkn bodykit, totally design bumper lain)
    Bodykit adalah optional pada Exec dan Premium.
    ADAS systems optional pada semua variant.
    DRL semua variant, intergrated.
    Push start optional pd exec. Standard pd premium dn sport.
    RM56k-72k.


  • Mmm… tang suggestion teknikal spec x begitu arif. Tapi yg pasti utk saga R, kualiti rekaan luar n dalam kena sporty, menarik (ada aura), spec yg menyamai segment di atasnya, dgn harga yg sgt kompetatif n value for money. Model ie bleh disasarkan khusus utk negara2 membangun. Dgn menzahirkan saga R nie dlm segment baharu iaitu A+ segment (dh tentu better than A segment kn?:)) sesuai dijadikan model kereta rakyat kerana dari statistik jualan segment A, B compact adalah majoriti pembeli yg rata2nya dari pembeli golongan majoriti bawah n pertengahan di m’sia.

    Proton tidak melihat percaturan dari sudut survival pasaran domestik semata2. Model dgn penerimaan global juga perlu diambil kira sy rasa. Model persona R (B segment) mmg sajak utk bersaing dgn model sesegment seperti vios n city dan ada potensi diperingkat global gak. Preve dlm segment C. X patut dibanding dgn vios n city walau harga dlm range vios n city. Saga nk banding dgn vios n city x padan sbb itu model low cost sedan B segmnt. Menangis la korang kalau harga saga setara vios/city nanti dgn rekaan/kualiti yg lebih kurang setara:) hehe…

    Satu lagi andaikan sahaja Inspira sebagai experimental proton mendapatkan kualiti teknologi mitsu utk penghasilan model yg lebih berkualiti bermula dgn preve:) Lagi pun model nie dlm katogeri C-D segment dlm line up prootn:) X perlu diteruskan generasinya. Cukup ada preve. Perdana generasi ke 2 perlu ada. Exora dah dlm kelas mid-MPV x perlu ada model MPV dgn nama lain. Cukup kalau nk kuar segment lain hanya dgn nama yg sama. Cuma ‘beranak’ kn exora tu kepada model kecil misalannya (kalau nk compete dgn alza) dgn nama cth; Exora Jr., Mini Exora dll. Kalau nk kuar dgn segment besar mcm alphard, kembangkan nama cth: Exora BIGO ker, Exora SuperGrand ker atau Exora GrandDIVA dll. hehehe… contohh:) bila ada generasi, baru la kualiti akan sentiasa meningkat. X gitu?:)

    Cheers!


    • Kalau nak lancar Q4, maknanya buang masa jer kita cadang itu dan ini (especially bab design). Sebab benda dah ditetapkan. Dah terlambat.


  • Saya setuju dgn komen2 bro kat atas ni…
    Pada saya, Persona dan Inspira dah tak perlu lagi.
    Saga R, ambik dari Iriz dan update exterior dan interior je (tak payah tukar byk but still boleh nampak beza. Honda pun buat mcm ni untuk Jazz & City) sebab safety & accessory dah lengkap… kalah keta luar negara. Kalo nak improve pun bagi standard spec 4 airbag, full spec 6 airbag.

    Off topic:
    Ada info untuk Preve facelift?

    Off topic lagi:
    Seronok dtg Funtastiko ni sebab byk feedback yg membina… kalo pegi PT tu pantang ada cita Proton asyik kena bash je… info tak betul pulak tu


  • Aku ucap syabas pada funtasticko kerana slot cadangan untuk spec saga dan persona R yang dibuat oleh funtasticko ni bagus untuk rujukan pihak proton.
    Tapi ini luahan dan pendapat aku pada proton selama aku bertugas dan menjadi staff proton sejak model saga 1st selepas 3 tahun proton ditubuhkan dan semasa proton bekerja sama dengan MMC yang mana orang jepun memantau dari sudut penghasilan sampai kualiti(QC)-neo pada 2006.
    Pada masa sekarang jangan lah buat spec tinggi-2 lepas tu harga 50-80k siapa nak beli?malah akan menjatuhkan proton dengan masalah kualiti pada produk proton dan aksesori sistem elektronik pada produk.Lebih baik fokus pada kualiti dan design memandangkan proton masih ada masalah pada 3 model bharu proton macam preve,suprima dan iriz tapi safety memang perlu dipuji,taniah staff r&d proton.Tun M pon jamin pada kualiti iriz after sale tapi sama jugak masalah proton.maaf cakap orang atasan proton sendiri bodoh sombong apa mereka buat pengurusan strategik syarikat?bila orang bawahan bagi idea betul pon di cantas sampai bila nak jadi tahap global nya yang dah aku dengar sejak Gen2 lauch lagi. selain jalin hubungan dengan agensi luar buat strategik itu ini tapi still sama terutama kualiti.Di tanjung malim,ada berapa banyak vendor under proton yang bukan calang-2 seperti miyazu dan etc.mereka buat jugak part untuk produk jenama lain tapi kenapa tahap kualiti
    yang amat tidak memuaskan masih nampak dan jangan jadi alasan proton baru setahun jagung berbanding brand jepun dan eropah dapat hasil teknologi kereta yang harga 100k keatas harga malaysia tapi kualiti macam haram.Ia memang proton kereta pertama asia sepenuhnya buatan anak malaysia.aku bangga dengan kendalian kawalan pemanduan lotus dan safety yang ada sekarang tapi apa guna kalau hasil kereta canggih tapi kualiti dan after sale memang teruk layanannya sampai
    masalah produk sendiri tak selesai-selesai takkan isu after sale melarut sampai dua model bharu ni keluar?Dalam kilang,ada bapa banyak staff QC tapi apa mereka buat?4 orang pada 1 kete sedangkan boleh 1or 2 orang seperti di kilang perodua rawang or nisan segambut yang pernah aku lihat.Lebih baik letakkan pada department yang perlu dan situ kita nampak management proton dalam kilang sendiri teruk dengan proses S.O.P untuk pemasagan pada part kurang memuaskan.Sudahnya rakyat sendiri kena ulang alik jumpa SC yang layanan teruk tapi tak semua tempa ye.Sekali lagi aku mintak maaf jika bercanggah atau kesilapan petuturan dan lari tajuk tapi bukan nak menjatuhkan proton tapi itu yang aku nampak selama aku berada dalam dunia automotif di malaysia.Blog automotif ni untuk kita berkongsi pendapat,luahan dan bukan untuk pertengkaran dengan ilmu yang sekumit ini.Harap dua model yang akan datang ni akan jadikan proton macam zaman kegemilangan dulu.Sekian
    #merawatlebihbaikdaripadamencegah


    • Mmm… harap ada org atas proton mendengarnya n mencari titik penyelesaian:) Otai senior staff proton tu…:) Tahap kawalan kualiti n servis selepas jualan mmg kena upgrade.

      Susah2, proton letak jer model spec tinggi utk pasaran global (mengikut market demand) dan utk pasaran domestik so-and-so jer (tapi safety kekal…), sbb majoriti pembelinya x mampu membeli kereta buatan tempatan dgn spec penuh berharga tinggi. (tapi kalau kereta luar lain bleh plak:P), ker mcmana?:) Nanti kata dianak tiri la plak. Huhu..

      Cheers!


      • Mungkin keyakinan pelanggan pada proton belum berhasil lagi.Betul juga kalau proton produce kereta 60k above saya rasa tidak berbaloi sebab tahap kualiti kereta proton masih kurang memuaskan.Pendapat saya,proton boleh fokus pada kualiti part,penggunaan plastik dan kualiti design yang lebih sesuai memandangkan masih ada masalah dalam sistem elektronik proton dan kualiti material yg digunakan seperti pada 3 model baru proton sebelum ni.Persona bagi saya kereta yang sangat berbaloi untuk wang.Jika proton bermula dengan design semasa yang lebih segar seperti produk korea dengan harga sekitar persona dengan ciri keselamatan menarik seperti sekarang hanya sekadar menawarkan spec biasa2 dahulu ia akan mendapat keuntunggan semula walaupun teknologi canggih sudah ada boleh di simpan dulu untuk membuat reseach lebih pada setiap aspek kualiti sebelum digunakan pada produk baru atau penambahbaikkan pada model sedia ada.Kalau kita lihat perodua sbgai contoh ,produk mereka biasa-2 saja takda apa yang menarik pon pada spec mereka tapi kualiti dan kekemasan pada design hadapan dan belakang (luaran)dan kualiti kekemasan dalaman yang bagus walaupun material yg dgunakan sbenarnya murah.Ok,cuba kita tengok starting preve,suprima or iriz starting harga semua 50k dengan spec terbaik tapi untuk harga 50k or 40k tiada model baru up to date dan hanya saga flx persona saga,itu pon model dah berapa tahun di produce?kalau proton guna cara perodua,mereka mngkaji dan produce kereta baru under 40k dgn spec bodoh2 tetapi tetap org beli brbanding iriz 52k untuk 1.3 walaupun di tawarkan teknologi terkini.Kesimpulannya,Proton perlu cover balik isu kualiti dan keyakinan pelanggan dengan cara produce kereta dengan kualiti terbaik dan fresh design
        tanpa spec yg tinggi tapi harga brbaloi dan lebih murah kecuali keselamatan yg ada pada proton sekarang terbaik.Sekian


        • Hmmm…tu belum lagi perdana fasa 2 yang betul2 dari proton.harga comfirm 80k atas.Jika preve dan suprima s pon jualan kurang memberansang apa lagi perdana?
          One more,design fresh dan update semua masalah kualiti seperti sistem elektonik,sensor,kualiti gab,material usser all part ,squick rattle dan etc.poning kopla customer nanti ulang-alik
          SC !!!

          #sokong produk malaysia


        • Mmm… solution utk prootn baik la kuarkan produk model harga below rm40k yg baharu cepat bagi melonjakkan jualan. Kualti dan spec tiada kompromi la. Dlm range nie biasanya dari segment A n B sedan/hatchback. Kerana julat harga nie yg ramai pembeli di M’sia. X mgkin la model dari C, D segment dlm range nie kn? Tapi range segment c, d mmg sesuai utk tujuan export (global). Malangnya prootn x mampu kuarkan model serentak utk menggantikan model2 pada semua segmentnya yg ada mengikut jadual. Kena kuar satu satu.

          Cheers!


          • Tepat skali,proton produce dulu produkunder 40k spec ala-ala persona pon dah bagus tapi takle customer dengan Designfresh dan simple,space interrior luas dan safety macam sekarang.


  • Utk Saga R
    -Klau blh wat bntuk sedan,hatch ngn wagon,SUV ngn MPV dgn design berbeza
    -Mngkin blh wat platform baru atau share ngn iriz
    -Pkai enjin 1.0 turbo petrol dgn diesel amat dihargai..
    -6 speed manual dgn 7 speed DCT
    -6AIRBAG,VDC,HHA SEMUA KENA STANDARD
    -bagi 4 spec standard ,executive,premium ngn luxury(x ska nma super premium)
    -Space kna luas dri saga sekarang..
    Harga dlm lingkungan 30++ ke 50++

    Utk Persona R
    -Kena benchmark space dgn H City
    -bgi sya nak dimension 4400x1750x1520 mm
    -pkai enjin 1.0,1.2 turbo petrol dgn 1.4 diesel
    -6 mt dgn 7 DCT
    -7 AIRBAG,VDC,HHA, SEMUA KENA STANDARD
    -AEB,LDWS,BSD standard high spec
    -Harga dlm lingkungan 50++ ke 65++

    Kalau proton pandai manfaatkan platform iriz,p1 blh buat SUV,small MPV x pun wagon.Walaupun apa yng sya taip utk spec ni agak melampau tpi proton patut bergerak dari
    takut yng lama utk kejar brand2 yng besar mcm T ngn H..Hyundai dgn Kia yng hampir sebaya dgn proton pun dah maju dgn technology yng canggih…Saya teringin nak tgk proron dan perodua berdiri seiring dgn jenama besar…Sekian


  • Lagi satu marketing p1 x berkesan nak tackle rakyat malaysia sepenuhnya…Cadangan saya,apa kata p1 wat satu channel kat youtube utk wat promotion dan video tentang kelebihan setiap model p1 yng ada.Buat dlm bm ngn bi sbb bkn smua pham bi..Bykkan iklan tentang proton dan model2 yng ada..Sma juga kes MID ngn radio touchsreen…Buh bahasa melayu sng cket klau org x terer bi….


  • Cadangan

    Saga R

    1. Enjin 1.3 vvt sahaja dengan pilihan transmisi manual dan CVT. (enjin 1.3 NA atau Turbo atau Turbo mix supercharger atau hybrid boleh dipertimbangkan) 80 hp hingga 130 hp.
    2. Electric Power Steering (EPS), 195/55 R15 Alloy x 6.5, 4G In-car WiFi, Follow-Me-Home Lamp,
    3. 2 hingga 6 beg udara (mengikut varian), VDC, ABS with EBD, BA, ESC, TC, HHA, ISOFIX, DRL, 5-STAR ASEAN NCAP
    4. Rekaan dalaman Keyless Entry, Push-Start Button, Infotainment System 6.2′ LCD Screen with DVD Player, Integrated DSP, USB & AUX Port, Bluetooth, WiFi Enabled, GPS, Rear USB Charger 2.1A & 1.5A, (mengikut varian)
    5. Julat harga antara RM30,000++ hingga ke RM60,000++
    6. 4 varian – Standard, executive, Premium & Hybrid. (NA atau Turbo atau Turbo mix supercharger atau hybrid)

    Persona R

    1. Enjin 1.6 vvt sahaja dengan pilihan transmisi manual dan CVT. (enjin 1.6 NA atau Turbo atau Turbo mix supercharger atau hybrid boleh dipertimbangkan) 110 hp hingga 190 hp.
    2. Electric Power Steering (EPS), 205/55 R16 Alloy x 7, 4G In-car WiFi, Follow-Me-Home Lamp,
    3. 2 hingga 7 beg udara (mengikut varian), VDC, ABS with EBD, BA, ESC, TC, HHA, ISOFIX, DRL, Rear View Camera, Parking Sensor, Reverse Camera, Auto Fold Side Mirror with LED Turn Signal, Paddle Shifters, Auto Cruise 5-STAR ASEAN NCAP
    4. Rekaan dalaman Keyless Entry, Push-Start Button, Infotainment System 6.2′ LCD Screen with DVD Player, Integrated DSP, USB & AUX Port, Bluetooth, WiFi Enabled, GPS, Rear USB Charger 2.1A & 1.5A, (mengikut varian)
    5. Julat harga antara RM40,000++ hingga ke RM70,000++
    6. 4 varian – Standard, executive, Premium & Hybrid. (NA atau Turbo atau Turbo mix supercharger atau hybrid)

    p/s : Satria R dan Putra R boleh berkongsi platform dari Persona R

Leave a Reply