ARKIB

KATEGORI

Buletin

Daimler bakal beli pegangan dalam MV Agusta

Views

2013-MV-Agusta-F4RR-01

* Foto hiasan

Masihkah anda ingat mengenai isu penjualan MV Agusta yang bernilai €1 oleh Proton sekitar tahun 2008? Kini MV Agusta sekali lagi bakal mendapat pemilik baharu setelah beberapa kali bertukar tangan. Dikhabarkan Daimler kini dalam proses perbincangan serius untuk membeli kepentingan dalam MV Agusta, menurut laporan dari Reuters.

Daimler yang juga merupakan pemilik Mercedes-Benz sedang menilai untuk membeli 25% pegangan saham dalam syarikat pembuat motosikal terkemuka dari Itali tersebut dengan nilai sekitar €30 juta melalui Mercedes-AMG. Berkemungkinan perjanjian tersebut akan dibuat dalam masa yang terdekat.

* Kita nantikan apa yang bakal dikeluarkan oleh MV Agusta untuk pemilik baharunya nanti. 😉

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply