ARKIB

KATEGORI

Buletin

Daihatsu pamer kehebatan di Pameran Motor Antarabangsa Indonesia (IIMS 2014)

Views

Daihatsu-Ayla-GT2-front-three-quarters-at-the-Indonesia-International-Motor-Show-2014-1024x682

Daihatsu Ayla GT2

Daihatsu nampakya begitu serius menjadikan Indonesia sebagai hab terbaru mereka di rantau Asia Tenggara. Pameran Motor Antarabangsa Indonesia (IIMS 2014) menjadi pentas mereka menunjukkan kehebatan dengan mempersembahkan beberapa model konsep sebagai pengenalan kepada model terbaharu mereka pada masa depan.

Daihatsu Ayla GT2 memberi gambaran bagaimana modifikasi yang agak ekstrem dibuat untuk model segmen A. Dengan kit badan penuh dan sisi badannya dilebarkan nampak model ini lebih garang dan sporty. Mungkin pembeli model Perodua Axia boleh jadikan Daihatsu Ayla GT2 sebagai rujukan untuk mengubah suai kereta mereka nanti.

KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

Daihatsu-Ayla-GT2-rear-at-the-Indonesia-International-Motor-Show-2014-1024x682 Daihatsu-Ayla-GT2-rear-three-quarters-left-at-the-Indonesia-International-Motor-Show-2014-1024x682 Daihatsu-Ayla-GT2-rear-three-quarters-right-at-the-Indonesia-International-Motor-Show-2014-1024x682 Daihatsu-Ayla-GT2-front-at-the-Indonesia-International-Motor-Show-2014-1024x682

Daihatsu CUV-2 Concept

Daihatsu-CUV-2-Concept-at-the-2014-Indonesia-International-Motor-Show-front-quarter-1024x682

Daihatsu CUV-2 Concept (Crossover Utility Vehicle) pula memberi gambaran model generasi baharu mini SUV mereka yang bakal bersaing dengan Ford EcoSport, Nissan Juke dan Hyundai ix25. CUV-2 Concept adalah kesinambungan kepada CUV Concept yang dipamerkan pada pahun lalu. Jika ia dikomersilkan ada kemungkinan Perodua menjadikan CUV ini sebagai pengganti kepada model Kembara dan Nautica.

KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

Daihatsu-CUV-2-Concept-at-the-2014-Indonesia-International-Motor-Show-rear-1024x682 Daihatsu-CUV-2-Concept-at-the-2014-Indonesia-International-Motor-Show-front-1024x682 Daihatsu-CUV-2-Concept-at-the-2014-Indonesia-International-Motor-Show-1024x682 Daihatsu-CUV-2-Concept-at-the-2014-Indonesia-International-Motor-Show-rear-quarters-1024x682 Daihatsu-CUV-2-Concept-at-the-2014-Indonesia-International-Motor-Show-side-1024x682

Daihatsu UFC-3 Concept

Daihatsu-UFC-3-Concept-at-the-2014-Indonesia-International-Motor-Show-front-quarter-1024x682

Daihatsu UFC-3 Concept adalah sebuah MPV yang mungkin menggantikan model Avanza/Xenia. UFC-3 Concept juga merupakan kesinambungan kepada UFC-2 Concept yang dipamerkan pada pahun lalu. Model konsep terbaru ini lebih terarah kepada model produksi kerana rekaannya lebih tone down jika dibandingkan dengan versi sebelumnya. Di Malaysia model ini mungkin akan menggantikan Avanza atau boleh juga menjadi pengganti kepada model Alza kerana rekaannya ada sedikit elemen rekaan Alza terutama pada lekuk dibahagian sisi bawah antara pintu belakang dan C pillar.

Sumber : indianautosblog.com

KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

Daihatsu-UFC-3-Concept-at-the-2014-Indonesia-International-Motor-Show-rear-quarters-1024x682 Daihatsu-UFC-3-Concept-at-the-2014-Indonesia-International-Motor-Show-profile-1024x682 Daihatsu-UFC-3-Concept-at-the-2014-Indonesia-International-Motor-Show-rear-1024x682 Daihatsu-UFC-3-Concept-at-the-2014-Indonesia-International-Motor-Show-rear-quarter-1024x682 Daihatsu-UFC-3-Concept-at-the-2014-Indonesia-International-Motor-Show-front-1024x682

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

41 Comments


    • yup betul tu cuma axia kne letak tuil boot dlm kereta x payah susah2 kne kluar bukak boot pakai kunci bayang kan kalau hujan nk load barang anak bini dlm kereta, dgn steering boleh adjustable untuk semua variant & radio untuk variant basic


    • Mmm… the reason why iriz menjadi myvi killer sbb dua2 ni B segment hatchack, dlm satu market yg sama. Ternyata kelebihan ada pada iriz dari segala segi berbanding myvi. Saga low cost sedan B segment berbanding Axia A segment hatchback. Ia lebih kpd pilihan sama ada u suka hatchback atau suka sedan. The choice is urs:)

      Cheers!


    • Axia bukan saga killer.. Axia segmen A..sebaliknya killer bg abang dia sndiri (viva) ..so axia is ‘viva killer’ .. aq rasa..axia akan dpt pembelian sama mcm viva..mugkin lebih sedikit je..saga still ad pembeli dia.. saga akan maintain mcm dulu…


  • korang ni tak baik lah..selalu hina perodua cakap rebadge!rebadge! bumper, bla2.

    korang tak tau, org perodua takde istilah rebadge,

    dorang panggil “re-engineering”..heehheeee


  • saja la bg info bg sapa2 yg xtau..sapa yg tau xpala..

    PROTON
    Iriz akan dilancarkan 25 oct 14
    Persona FL by end of this 2014
    Saga baru by end of 2015
    Exora replacement xtau..mybe tgh taun atau awal taun depan

    PERODUA
    Perodua Sedan-2016

    ni bukan khabar angin..tapi btl…aku tahu apa yg aku tulis..huhu


        • Ok saya dah save.. menunggu exora replacement dengan sabar, kekeke.. bukan ke proton nak keluar hibrid hujung Tahun dpn. Exora reev. Tolong jangan delay.. haha

          Perodua takde plan apa untuk 2015 ka


          • Jika tengah tahun depan utk Exora, boleh tunggu lagi..
            Dari segi performance dan spec dah satisfied dah, cuma mahu yang FRESH LOOK je..


          • Persona nk FL lagi?
            rasa dh EOL.. FL mcm mana pn xfresh dh
            heheh
            Exora FL mesti up interior. xpuas hati interior.
            performance tambah jd 4 airbag, 6 xblh accommodates kot body Exora?


          • Ketuanan Bumper Perodua sedan dlm RnD…design dah ada…cuma dlm operasi pelaksanaan je…dlm proses pemilihan vendor untuk part2 dlm keta..so mkn masa dlm setahun atau dua…sbb bila vendor fabricate…then mjalani testing..mesti ada problem…so kena ubah itu ini…mkn masa…


    • JohnLegend,

      info aku kata exora rep 3thn lg.
      assuming aku punya info betul (assume saja, mgkn aku salah, no hard feeling),
      akan ada exora FL.
      exora FL tu, boleh xkasi dashbod dia lg mengancam (design ala2 iriz tu, letak footbrake, gear selection kt column steering..sume ni utk impression luas & kemas)
      lg1, seat comfort & arrangement cuba buat cm estima (seat lembut & flexi config).

      enjin dh ok (kalu boleh kasi lg senyap), handling pn sodap.

      >>sorry aa geng, off topic.


      • aku cuma update apa yg aku dapat tau jela…tarikh lambat atau cepat tu mungkin berubah2…tapi that model yg aku state tu konfom kuar….exora RP tu dlm RnD lagi…apa yg boleh hamba katakan..mungkin bntok x byk berubah sbb design outline sama mcm present exora…tapi pengisian dlm dia akan brubah sikit2….dlm erti kata laen…katakan kau beli tupperware haritu bentok bulat…dlm kosong…harini ko beli tupperware bentok bulat jugak…tapi dlm ada nasi..ada compartment untuk ayam..DLL..haha…nak cita lebih2 pon kang org dapat detect sapa aku…so aku bg layang2 jela…khas untuk pasukan pro-proton….

        buat pasukan ketuanan bumper pro-perodua, RnD baru nak start untuk Perodua Sedan…laen2 model belom dengar lagi la…huhu..perodua tgh senyap2 nak buat sedan…maybe aku jangka nak melawan saga 2015..tarikh lancar pon mesti dekat2….tapi aku yakin saga 2015 pnya feature…konfom boleh lawan perodua sedan…sekian…


    • persona dah FL..mungkin tak lama lagi EOL.
      Saga baru yes..akhir 2015.
      Exora replacement- lambat lagi. sebab tahun depan proton rancang nk lancarkan perdana kalau jadi.


  • SEBENARNYA DAIHATSU DAH BANKRAP DAH .TOYOTA BELI INGAT SEJARAH DAIHATSU HIJET.TOYOTA NO 1 SEBAB JUAL MURAH.SEGMEN 4X4 KALAU TENGOK KAT TV BANYAK PAKAI TOYOTA.TOYOTA ADALAH GABUNGAN JUALAN TOYOTA,DAIHATSU,PERODUA ,LEXUS DAN TRAK HINO.CONTOHNYA TENTERA MALAYSIA 20 BUAH LANROVER TETAPI TOYOTA 4X4 200 BUAH.KOS LAND ROVER MAHAL.TOYOTA BOLEH BUAT APA SAJA PADA DAIHATSU SEBAB DUIT ADA.KALAU JERMAN BERANI JUAL HARGA MACAM TOYOTA GUA TOYOTA BUNGKUS.LU TAK NAK PAKAI VOL WAGEN PASSAT CC KE.ATAU MASIH NAK PAKAI CAMRY.


    • Mngkn landrover mhl sbb tech yg digunakan berbeza utk kgunaan militeri.body pun guna aluminium enjin lebih thn lasak dr toyota.20 thn pun body msh maintain kalau tyta 20 taun body dah berkarat n reput.tp disbbkan kos pilih toyota.camry biasa2 shj.hi end toyota ialah lexus khusus utk eksport ke eropah n u.s.


      • Toyota KE..masih bertahan body dia.

        BTW, ASEAN region je yg dapat sub-standard model toyota. Camry 2 airbags, vios. Innova….Lepas tu jual mahal sebab pengguna malaysia banding dgn jenama Toyota global.

        Kalau di negara eropah/USA, mana ada kereta Toyota yg spec keselamatannya kurang.


    • Mmm… kena KIV la tu kot. Dpt kata dua ek?:)hehe. Sib baik sempat menatap foto2 yg cun melecun tu. Cuma x sempat save jer:) huhu. Anyway, kejutan dari segi harga n sisi rekaan lain standard/premium sgt mengujakan. Kalau benar bgai dikata, 17,000 tempahan dlm 2 minggu tmpahan dibuka, adalah satu rekod tu!:) Tahniah:) Moga proton terus tampil dgn model2 menarik di masa hadapan. Chaiyok! chaiyok!;)

      Cheers!


      • kalau betul 17,000 tempahan tu mungkin rakyat dah ada kesedaran tentang aspek keselamatan dan keyakinan kepada lead & panasihat proton, TDM.

        Tapi seriously, kita kadang-kadang fikirkan nak jimat duit minyak, jimat duit penyenggaraan semata-mata tanpa fikir aspek keselamatan. Bila orang tersayang mati atau hilang keupayaan disebabkan kenderaan yang tidak kukuh, adakah bermakna lagi duit tu?


  • da ilang da post menanti kelahiran IRIZ.. adudu… smpt post iriz pki tayo brand batuperak je..
    lame lg la all new exora nk kuo.


    • Kalau x salah aziah gune minyak fully sentetik.kalau x salah bile dah guna minyak itam fully sentetik da x blh downgredkan minyak itam gune semi atau mineral sbb blh merosakkan enjin…kalau salah tlg btlkan


      • Sebenarnya aku agak kecewa dgn perodua AXIA ni. Bukan sebab dengki ke apa. sebab pada aku perodua masih mengeluarkan kereta yang sama saja kualiti dan spec seperti viva. Kalau ada peningkatan pun tak ketara dan hanya pada aksesori. Struktur binaan masih sama.

        Kalau perodua BOLEH keluarkan sebuah kereta A segment seperti kia picanto dgn safety spec yg baik, dgn harga yg kompetetif, rasanya ramai yg tak kisah walaupun ia “direbadge”.

        Tapi dgn harga dan spec axia, ditambah lagi menggunakan istilah kereta perodua baru bertaraf global, rasanya ia tidak tepat untuk pengguna.


      • rasanya tak ada masalah dengan downgradekan minyak hitam. saya pun kadang2 tuka. saya suka full syn tapi kadang2 terpaksa amek semi atau mineral grade juga.

        btw, saya setuju dengan perodua yang guna full syn.. toyota pun suruh pakai full syn untuk kereta dia. full syn dengan mineral grade ni beza banyak. so bila guna full syn, minyak jimat, kuasa pun lebih, dengan minyak enjin yg lebih baik, dah boleh tukar sedikit sebanyak “figure” penting yang pengguna cari…

        bila kereta dah dapat kat pengguna, pengguna nak downgrade, kereta lebih lembab dan makan minyak, adekekesah.. tapi kalau toyota dia akan syorkan full syn, kalau tak pakai minyak dia, waranty void.


        • Pengalaman saya guna Proton enjin 12V dulu, awal2 beli 1st servis di asuh dengan fully synthetic Petronas syntium 1000 sehingga cecah 4 tahun,
          Alhamdulillah enjin cukup senyap, smooth, jimat petrol, akhirnya sehingga 16 tahun kini, enjin yang sama tu dah cecah hampir 200k milage (or mungkin dh lebih sbb vdo meter tu dh rosak), masih senyap, cool temperature, belum pernah overhaul.

          Kereta yang sama ini tanpa ada apa2 ubahsian, semua spec asal, boleh cecah halaju 165kmj ( sbrnya rpm dan pedah boleh tekan lagi, tapi saya bimbang kereta lama mngkin blh failure anywhere).

          Saya yakin ini kesan semasa awal2 beli dlu guna fully synthetic. Skrg Exora Bold sy terus guna Petronas Synt. 1000. tapi saya tak tahu kesan jangka panjang enjin Cmpro ini. Kalau enjin 4G13 tu mmg tahan lasak dn cntik lah.

          p/s: Untuk Campro CFE, SC sudah hentikan galakkan menggunakan X1R, krn ada beberapa kes blockage n melting piping


      • Kalau spec kata pakai synthetic boleh pakai mineral setelah habis warranty period. Kebiasaannya minyak mineral lebih likat, maka geseran permukaan alloy dapat dielakkan. Mungkin ada pengurangan kuasa tapi ia tidak ketara. Perasaan kurang kuasa adalah dari segi psikologi kerana pemandu mati-mati ingat enjin lebih lembab pasal tukar minyak murah.

        Paling penting adalah first oil change dan period ‘running in’ di mana enjin jangan di bebankan sangat. Masa ini enjin juga melalui proses panas-sejuk dan akan meratakan kesan haba pd molekul alloy itu supaya boleh dgn tahan lebih lama.

        Cuma kes kereta lama terbalik, kalau dia kata original pakai mineral, kemungkinan besar tidak boleh pakai synthetik kerana mungkin gasket dan seal tidak sepadan dari segi kimianya.


  • Sbb Penah dgr kalau selalu tukar brand minyak n gred minyak itam akan mybbkan enjin x tahan lame.kete saya gen2 2005 x penah tuka gred minyak minyak itam.enjin smooth n senyap.so x berani nak upgred gred minyak itam.mgkn perlu byk pencerahan lg psl minyak itam ni…


    • Downgrade minyak hitam pada yg lebih likat pada enjin lama > 150,000 km pasal oil/compression ring dah haus. Lagi kecil ring tu, lagi senang minyak yg nipis terlepas masuk combustion chamber. Symptomnya bila level minyak hitam dah turun. Tapi kalau lenjan semacam pun boleh menyebabkan minyak hitam surut 🙂

Leave a Reply