ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dah pandu uji Proton IRIZ? Kongsikan pengalaman anda di sini!

Views

01

Agak suram sedikit blog ini selepas pelancaran rasmi Proton Iriz. Setakat ini belum ada ulasan pandu uji secara rasmi dari laman web permotoran kerana mungkin belum ada unit khas pandu uji untuk media. Jadi untuk menantikan ulasan rasmi, apa kata kita berkongsi pengalaman memandu uji Proton Iriz. Saya sendiri hanya berpeluang untuk memandu uji Proton Iriz 1.6 CVT varian Executive semasa karnival Alami Proton di Shah Alam, baru-baru ini.

Memang agak singkat masa untuk menguji kereta tersebut kerana laluan uji pandu yang agak pendek dan terhad. Bagi saya prestasi enjin 1.6 dengan transmisi CVT memang lebih dari cukup untuk kereta kompak sebegitu. Pecutan juga agak lancar dengan bantuan CVT dan kadangkala ada sedikit bunyi dalam kabin yang boleh dikurangkan lagi selepas ini.

Dari segi pengendalian terbukti Iriz berada dalam kelasnya yang tersendiri. Kawalan kereta semasa diselekoh amat meyakinkan dan begitu stabil. Steering kuasa elektronik cukup responsif pada kelajuan tinggi, ia akan menjadi lebih berat dan begitu ringan apabila kelajuan rendah rendah terutama sekali di kawasan tempat letak kereta. Cukup mudah untuk mengilas steering semasa meletak atau mengeluarkan kereta. Ciri seperti ini pastinya disukai oleh pemandu wanita.

Option Beauty Shot 1

Tidak banyak yang dapat diperkatakan setakat ini, cukuplah dengan mengatakan Iriz adalah hasil dari maklum balas orang ramai pada model terdahulu dan masih ada ruang untuk penambahbaikan untuk model akan datang. Dengan rekaan yang cukup menarik, ciri keselamatan yang lengkap untuk semua varian, ruang dalaman yang selesa dan prestasi enjin baik dan lebih menjimatkan, pastinya Iriz dapat memberikan lebih nilai untung wang anda.

Cuma saya berharap Proton akan mengembalikan lampu kabus pada varian 1.6 Premium kerana kedudukan lampu LED nyalaan siang itu lebih sesuai berada pada bahagian bawah lampu hadapan. Lebih baik jika lampu posisi pada varian lain dijadikan lampu LED nyalaan siang untuk semua varian, manalah tau lepas ini peraturan mewajibkan pemasangan lampu LED nyalaan siang dikuat kuasa, jadi tak perlu nak naik taraf lagi, kan? 🙂

* Kongsikan pendapat dan pengalaman pandu uji anda diruangan komen ye.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

77 Comments


  • Saya berpeluang memandu uji 2 buah model Proton Iriz semasa Karnival Alami Proton pada bulan lepas di COE Shah Alam, Selangor.

    Varian pertama ialah Iriz 1.3 Standard Manual manakala varian kedua adalah Iriz 1.6 Executive CVT.

    Pada pendapat saya pick-up Iriz 1.3 manual tak lebih dan tak kurang berbeza daripada Myvi 1.3 manual saya. Iriz lebih seronok dipandu sebab terasa ke”continental”lannya…hehehe.Cuma deruman enjin Iriz agak kasar dan mudah didengari dari dalam kabin.

    Begitu juga dengan Iriz 1.6 CVT. Pecutan enjinnya lebih baik daripada varian 1.3 (Iriz lebih berat daripada Myvi) dan handling yang mantap. Sama juga dengan Iriz 1.3, deruman enjin Iriz 1.6 juga turut mudah didengari dari dalam kabin.

    Overall Iriz sememangnya lebih bagus daripada Myvi in terms of specification n safety features.Tahniah Proton!!!


  • hujung minggu saya ada test drive 1.6 Executive CVT. dapat bawak kat jalan yg lurus dan tak banyak kereta. boleh pecut sampai 120kmh. iriz ni kurang pick up sikit. throttle respon sangat ringan. gear cvt dia agak lama hold sampai rpm pun jadi tinggi. handling memang baik dan stable. sy ada jugak buat u-turn dan radius dia pun baik. bila nak pecut sampai rpm 3000 bunyi di kabin agak bising. masa tengah pecut tu ada nampak myvi 1.5 tak jauh kat depan. cuba kejar tapi tak dapat. hehe. mungkin sebab berat dan kurang pick up kot. ye la masa tu 4 orang dewasa termasuk sy dalam iriz. overall iriz ni terbaik dalam kelas dia. position air cond vent pun sangat puas hati sebab dapat rasa kat muka..hehe..selalu nya kena block kat stereng kan. puas hati jugak la dapat test drive masa tengah jam, pastu dapat route yg panjang and tak banyak kereta.

    saya ada satu soalan, dalam paultan ada bagitahu jugak yg gear iriz agak lama di hold sampai rpm tinggi. tapi dengan alasan yg iriz masa tu ada pre production car. so belum finalized lagi. so sy nak tahu yg test drive unit ni pre production jugak ke ?


    • hi,
      boleh search “cvt 0-60” (mph) dan tgk kereta2 lain yg pakai cvt apabila memecut. mmg ciri2 cvt rpm akan tinggi. mula2 ingatkan cvt proton je yg mcm ni, tp mmg common. ini bukan masalah, yg masalah adalah whining noise. rpm akan turun semula bila maintaining speed. saya pun tgh plan nk beli satu 1.6 cvt premium utk awek yg mengorat saya dulu (my wife).


  • Interior rasanya semua benda dh mantap tetiba bukaan globebox longgar. Mcm murahan gila. Buka je terus jatuh bunyi terhentak. Kuat pulak tu. Exora yg lama tu pun ade arm gas yg bila bukak glovebox, drawer tu turun slow2 sampai abis. At least ada rasa sentuhan premium dan elegan.

    Transmission manual rasa lagi sedap pulak even 1.3. Cvt 1.6 rasa berat, lambat, bunyi enjin intrudes cabin kuat gila. Kalau bawak orang rasa malu. Serious malu. Padahal naik dua org dan jalan rata. Tu belum lagi naik fully loaded atau naik bukit.

    Harapan kat sini cuma unit test drive sahaja yang tak well tune dan akan improve utk versi production.

    Premium sepatutnya bagi rim 16″ since Fiesta, Swift pun dah bagi rim 16″ inch standard.

    Overall yang lain sume okay je. Kereta ni sebijik sorg2 tgh jalan mmg nampak halus. Visually trick. Tp bila duduk sebelah kereta lain baru nampak sebenarnya kereta ni lebar dan besar dalam kelasnya serta agak tinggi.

    Oh lagi satu seat belakang nampak mcm sempit tapi bila duduk memang selesa sebab tapak duduk panjang kehadapan serta meriba peha dengan selesa. Seat depan takyah cerita lah.

    Luaran, setiap sudut pandangan nampak solid, tiada cela dan mantap. Tiada komen.

    Sekian.


    • Tak silap dulu ada gak orang komen kenapa glovebox dlm preve/suprima lambat terbuka, ni dah cepat sangat terbuka pulak, huhu.

      Aku mana2 pun ok, tapi kalau boleh proton dekatkan kedudukan switch pembuka/penutup glovebox tu ke bahagian kanan sedikit supaya pemandu lebih mudah nak capai. Pastu ada material lembut yang boleh kurangkan bunyi barang yang disimpan dalam tu jika bergerak (pengalaman dengan Exora)


  • X test drive lagi, cuma jd penumpang model 1.6 premium auto time kt alami proton. Engine mngaum agak kuat time acceleration tp dh biase sbb saya pun pkai kete cvt cume klo bleh ltak extra soundproof kt firewall lagi ok kot. Nvh superb walaupun time tu dh reach 140km/h. Dan setuju seat blkng nmpk sempit tp ble dh msuk duduk,sgt selesa walaupun utk 3 dewasa. Saya rasa 1.3 will be underpower dgn kerb weight yg sama dgn honda city ni….


    • Enjin mengaum agak kuat. .tapi nvh superb. Agak konfius, superb atau so so ajer. Saya bole agak persona 1.6AT saya lebih pick up dari Iriz 1.6CVT ni disebabkn kerb weight yg sama dan cvt yang lack of respons berbanding normal auto.


      • Maaf,maksud saya wind n tyre noise yg superb sbb ble cvt dh msuk ke highest ratio,enjin dh x mngaum,kabin jd senyap. Long distance cruising will be benefit from this.


  • tak penah test drive tapi penah duduk je, interior memang myvi lagi luas. glovebox depan pun tak boleh bukak penuh sebab kena lutut. dashboard quality rasanya memang tiptop compare dengan proton2 lepas. usb charger memang features yang menarik di zaman ini. tapi kalau tengok kat belah enjin compartment especially bekas plastik untuk windscreen washer, alahai kualiti dia.


  • Salam…saya dah pandu uji Iriz versi 1.6 cvt executive. Apa yg saya rasa, Iriz cukup mantap, handling best, power stereng dia responsive, saya dah pakai exora bold cfe..so bagi saya enjin dia lbh senyap..pickup ok..sbb bagi saya lain jenis kereta lain cara tekan minyak dia. Bagi saya, saya dah biasa dgn model2 proton, so cara tekan paddle minyak tu penting utk dpt pickup yg diperlukan. Overall Iriz memuaskan…& terbaik. Syabas Proton….


  • saya dah test varian 1.3 manual dan 1.6 eksekutif.Varian 1.3 tu dpt test dekat sgt tak dpt laju.Varian 1.6 dpt test lebih jauh dan dpt capai angka kelajuan 110 pd meter.tentang enjin ia lebih senyap berbanding enjin exora saya (CPS).Tentang pickup pun tidak lembab angka 0 ke 110 tidak terlalu lambat dicapai.Hentakan suspensi memang sgt baik bg kereta compact sebab terasa mcm kereta lebih besar.Yg paling teruja ialah ambil selekoh dlm kelajuan laju ia tak membuang. sgt yakin kerana ada sistem traction control.Setakat ni dulu yg dpt dikongsikan.


  • tak test drive gak, cuma jadi penumpang. Outlook memang cun, tapi kenapa dashboard masih bersegi-segi & ada line benang jahitan kat atas dashboard. macam tak kemas. just my 2 cents.


  • Saya dh test drive 2 kali model 1.3 manual. skali bwk laju smpai 130km/h & skali bwk slow. kesimpulannya, Iriz mmg balance antara comfort & handling. engine rasa lg smooth dari cps. ngauman engine jazz 2014 lg kasar rasanya. Interior pulak dari segi material sudah bagus, seat pun selesa. Harap xde isu reliability. Paling value for money bg saya version 1.3 Manual Std & 1.6 Exec.


  • Dah test drive yg 1.6 cvt exec. So far mmg rasa mantop. Pikap ok laa. Seat sedap duduk. Long distance sure best. Stereng ringan waktu perlahan dan mcm berat skit waktu laju. Cuma nk minta org proton tgk masalah ni. Waktu seat penumpang depan atau pemandu diset pada kedudukan utk orang rendah (tarik ke depan) didapati track kerusi tu macam terjojol skit kalau kita jd penumpang belakang. Bende tu besi. Khuatir budak2 trsadung kaki jer konpem meraung. Ce letak macam plastik ke getah ke kt ujung track tu. Kalau kaki terlanggar tak laaa sakit.


    • Stering masa slow ringan masa berat laju tuh bende bagus la bro. Itu dipanggil dynamic stering. kalau makin laju tapi stering jadi makin ringan tuh bende bahaya.

      bende nih banyak kete2 mahal lain ada. ford fiesta pun ada bende nih, bmw merz dah lama.


      • Tulah salah satu kelebihan proton iriz pki electric steering bkn power steering, makin laju bawak steering makin berat mengelakkan dripada tersasar.


    • Saya teringat Fiat Grande Punto Esseesse. Dimana talaan steeringnya boleh diubah dengan hanya menekan butang ‘Sport’. Bila butang ditekan, steering lebih berat, rev enjin lebih tinggi, tukaran gear lebih panjang. Dan apabila taknak mode Sport, kereta dirasakan macam town car yang biasa2.

      Saya harap Proton akan buat kereta macam ni kelak…


  • last time i tested the manual 1.3, but today the cvt 1,6.
    i like sitting in the driver’s seat with quite a sweet driving position enhanced with snug fit bucket feel of the seat, this is the best seat compared to the loose vios and city or worst of all myvi cant offer. i give an A for iriz seat,

    steering contour is also good on my palm.
    light electric steering is lovely giving ease of driving pleasure. less strain driving the iriz.

    iriz is the most peace of mind when driving, less demanding then other proton.
    punch cvt has its drawback with some hickups, very good when apply moderately, but seemed that the rpm overshoot with quite a booming sound when pushed hard without giving a raw sensation somehow. the sales say its pre production,, i dont know,,

    handling , very continental feel , ( its not a bouncy myvi). cornering,,no problem, its proton.

    for me its the most piece of mind car to drive ,,the 1.6vvt cvt.
    you can enjoy the car all day long short or long distant


  • QNEWS: Proton dealerships being upgraded, extending opening hours to 7 days a week

    He added: “People have said to me that producing good quality cars do not suffice if we fail to see the much needed improvements in our after-sales-services team, and we agree. Internally, we have talked about improvements done on all levels. Therefore, we are intensifying our efforts to provide quality service and convenience to our customers by making sure our service centres are open 7 days a week in the more urban or busy areas where customers’ trend shows their preference to service their cars on a weekend.”

    http://www.motortrader.com.my/news/qnews-proton-dealerships-being-upgraded-extending-opening-hours-to-7-days-a-week/


  • Ingatkan kecik comel tapi rupanya besar gak bila Iriz ni dah duduk sebelah menyebelah dgn kereta lain. Belom test drive, cuma tgk luaran je, itupun kejap.

    Cumanya kesian Iriz ni dr segi timing pelancarannya yg sama dgn Axia, so orang Msia akan compare Iriz vs Axia, dan nmpklah si Iriz ni mahal lah, proton cekik darah rakyat lah, rege syok sendiri lah, padahal si MyVi tu depa lupa pulak!


  • dapat jadi penumpang dalam 1.6 Exec CVT ketika taxi ride di Alami Proton dan sudah test drive 1.3 Standard Manual.

    tidaklah se fuel efisyen macam Axia, tapi it’s solid, fresh design, handling memang one of a kind for compact segment, most important safety features among the best for a Proton.

    seat sedap for long distance ride, support cukup amik corner pun tak membuang. regardless of the fuel consumption, saya rasa kereta ni memang sebuah compact yang fun to drive.

    hopefully, Proton under DRB management boleh pastikan kualiti diletakkan pada tahap tinggi, after sales service kena improve dan delivery on time.

    Kalau diberi pilihan antara Axia & Iriz, saya akan pilih Axia hanya kerana fuel consumption. Tetapi secara overall, handlingwise, safetywise dan kepuasan memandu..memang Iriz lah option terbaik.


  • 1.) Test drive 1.3 mt,
    -seat selesa
    -clutch ringan
    -handling best
    – Rasa macam bawak sedan 🙂
    -nice interior/exterior
    -memang better dari mywi in all aspect,
    Mungkin kalah dari segi FC/maintainance /reliability ?
    -masih tiada official FC dari proton untuk 1.3 punya variant, hmm

    2.)Dalam dilema antara 1.3 cvt iriz vs 1.6 cvt iriz VS 1.6 cvt preve(diskaun 3K+) 🙁

    Nak pilih yang,
    -Good Fc
    -short(weekend)+long journey(balik kampung)

    Tapi hati ini tertambat pada 1.6cvt ex., tapi orang cakap bunyi enjin bising , betul ke?


    • Sy dah test drive 1.6cvt pre. Ngauman enjin cuma Bila idling jer. Xkuat tp bleh dgr. Bila dah mula brgerak, enjin cukup senyap. Mungkin ini cuma pre production dan yg final production mungkin akan lebih refine.

      Dan dr segi fc, proton claim sama dgn myvi.

      1.3 mt ada Ngauman x masa idling pandazz?

      Ps. kalo ada Ngauman pun xpa. Logik la dgn logo harimau yg tgh buka mulut tu.


    • Aku pun tengah berkira2 nak beli 1.6 exec CVT untuk 2nd car. kalau enjin bising atau NVH tak memuaskan, aku ingat nak survey kereta lain. Bukan apa, sekarang aku pakai waja cps..enjin mmg mengaum menerjah ke dalam kabin. NVH mmg out. jemu jugak rasa halwa telinga.

      Try preve CFE adik aku, kdg2 terasa NVH preve lebih kurang waja cps aku juga. tengoklah macamana nanti. tunggu feedback dari yg telah membeli nanti.. Apa2 pun setakat ni iriz 1.6 exec cvt memang pilihan pertama.


  • Dah try Iriz 1.3 Manual
    – Seat plg best…mana nk tempah ni.
    – handling mcm biasa tak mengecewakan..
    -abs dapat serap segala lubang…jalan x rata dgn baik…rs mcm kereta besar.
    -ada 3 plug USB…sng nk charge smartphone…gps..tab..
    – auto-lock…gerak sket, brek..terus lock..
    – NVH ok…enjin kereta luar tak masuk dlm.
    – steering bila bwl laju berat..mmg konfiden ni bwk laju.
    – ada reminder kalau x pakai tali pinggang…bunyi tet..tet.
    -Tempat duduk belakang tak terlalu tegak mcm Fiesta sedan atau 207 sedan..kira selesa la menyandar.

    Yg kurang,
    – tayar ganti kecik..aka tayar sotong..tp yelah kompromi nak dapat ruang bagasi yg luas.


  • Saya pakai Bold CFE, Test Iriz 1.3 Exec. Manual, stereng EPS Iriz lebih sedap dr bold, cornering mantap sangat2, thumbs up Proton!!

    Suspension sedap, x melambung2, cukup seimbang bagi pemanduan biasa.

    Seats pun lagi selesa dari bold, cuma pintu bila tutup agak ringan dan kosong dari bold, tapi lagi ok dari Myvi.

    Dashboard cantik, semua susunan button senang capai & x berserabut…. sedap mata memandang. Sblm test drive, sempat duduk belek2 dlm 1.6 premium, memang berbeza, lebih elegan!!

    NVH ok, acceptable. RPM cecah 4K boleh dengar enjin mengaum, tapi bila dah cruise, senyap.

    Enjin pickup ok, cukup bagi sebuah compact 1.3. lebih kurang myvi 1.3 je rasanya…

    Clutch ringan, gearbox smooth pada permulaan gerakan dari pegun, x macam myvi, tekan lebih, melompat kedepan, cuma kereta baru, gearbox ketat lagi laa….

    Overall sgt puas hati……. tgh berkira ambik premium 1.6M utk ganti kancil 660 saya yg dah hampir tarikh luput tu, tapi SA cakap stok ready by February 2015… hmmm… lama lagi tu.


  • Kamal perudua …jangan cakap la la mywi tu berkualiti sangat. Tak kena maka tak merasa..kalau kena baru merasa. Dah ramai kawan2 saya yang membeli mywi komplen pasal kualiti kereta mywi. Baru minggu lepas seorang rakan baik saya yang baru membeli mywi 6 bln lepas memberitahu mcm2 problem yang dihadapinya. Jadi jangan asyik kutuk kereta orang saja. Saya pun sekarang memandu kereta kelisa dan wira. Boleh buat perbandingan la.


  • Ini experiment yang pernah saya buat..

    Myvi generasi ke-2 (Auto).. cuba gerakkan gear knob ke kiri dan kanan.. akan ada pergerakan

    Sy pakai persona elegance.. dan buat perkara yang sama, gear knob tetap utuh.. tiada pergerakan


  • bagi aku tak kesah la apa org nak ckp..semua tu untuk perkembangan automotive negara kita step by step la utk jd yg terbaik..yg plg penting bagi aku adalah ketahanan body kereta tu..suspension mantap masuk lubang pn x rasa sgt..aku plg x suka klu tgh drive ada bunyi yg mengacau mcm skru x ikat kuat ke apa benda..so kreta proton is good selesa la..masuk lubang pn rasa mcm drive toyota camry..aku pakai preve cvt..alhamdulilah..


  • Tak pyh nak tipu org la nak ckp myvi lg elok….xpyh banding ngn iriz…..banding ngan saga flx se je myvi ni x leh lwn dah…..fuel consumption myvi sgt teruk bg kereta kecik gini……saga flx se yg saiz lg bsr n berat lg jmt…..bab tutup pintu pn sama…..pintu saga tu kira x sdp dh bunyi tutup nak banding ngn wira…..tp bila aku try tutup pintu myvi lg teruk bunyi dari saga…..belum bab aircond lg tu…..aircond myvi buat no 1 waktu tgh hari panas memang x rase ape2…..dan byk lg la kehampehan myvi ni klu nak cite……cuma org kita diracuni sejak zmn berzaman yg perodua lg berkualiti dr proton, lg jimat minyak la, bla3……


  • saya guna kedua2 kereta perodua n proton yang agak latest.. rasa tak berbaloi beli proton.. baik beli perodua walaupun mahal sikit.. proton dulu dan sekarang sama je.. tak ada perubahan bab kualiti..failll.. kalau luaran je berubah..kualiti sangat la rendah.. tak ada gunanya juga..


    • bro,
      kita dapat kete ni mmg ikut nasib la, dpt yg ok ok, dpt yg sengal sengal.

      nk kata fit&finish honda jazz ge ckd 2013 wife aku tu perfect, xjuga, as long as kita boleh terima kekurangan, dh ok.

      myvi premium 2008 wife aku dulu dh jual, byk juga repair rosa: enjin overheat, gb rosak.

      sebising2 gen2 1.6 HL mak aku, xde la major problem. yg ada handle patah sbb ada org xreti bukak pintu main sentap je.

      utk iriz ni, aku rasa baik ko bli manual sbb org kata cvt dia bising. yg ni aku xble confirm sbb aku blum test drive.


  • Saya baru saja dapat Proton Iriz 1.6 Premium last Friday for my daughter. For me, kereta ni memang superb. I puas hati dengan harga dan quality nya cuma enjin agak kuat mengaum compared to our Peugeout 3008 dan Toyota Camry 2.5. Whatever it is, I puas hati dgn performance kereta Proton Iriz 1.6 Premium. I can feel “continental” nya.


  • saya baru beli iriz 1.3 manual,bt masa ni tiada mslah,yg boleh sy kongsikan bt mse ni iriz mmg terbaik,hndling mmg superb,bila langgar bonggol atau lubang,xtrasa sgt,pgunaan minyak pulak boleh dikatakan jimat berbanding proton saga blm akak sy,itu je yg boleh sy kongsikan bt masa ni..tggu 3 4 bulan cmne condition iriz tu,,hehe


  • Baru bayar booking. 1.6 premium. Ada chinese new year offer utk iriz yg manufactured 2014 discount rm8000. Manufactured 2015 punya discount dlm rm3000 lebih. Baru dpt tahu offer ni bila datang showroom. Kereta boleh dpt dlm masa 2 minggu. Dah test drive 1.6 exec dan perasan memang ada bunyi cvt….tapi jarak test drive tak berapa jauh jadi saya tak boleh comment lebih. Harap masalah cvt proton dah tunekan balik.


  • Iriz is not bad…but it has 2 MAJOR problems.
    1) Campro VVT (Nama Campro sudah busuk, so rebranded as VVT). Loud as ever. Even idling can here low reverb vibrations in cabin. This is not acceptable. Not when all the competitors don’t have such glaring issues.

    2) Punch CVT – rubbish gearbox…failed to deliver the power, 1.6 moves like turtle when trying to accelerate. And worst…more noise, CVT whining.

    I am not new to CVT cars, i have 3 CVT cars in the family. None of them Proton (well, except maybe an Inspira which don’t count as a Proton and it use a Nissan CVT gearbox) and they don’t have all these CVT whining issues. The CVT whining is so apparent…even at low speed, can here clearly.

    So in the end, keep hearing whining and vibration and when tekan, hear roaring.

    How to have a piece of mind driving a car like this???

    Totally dissapointed.


  • still reviewing comparison 1.3 ex MT n CVT. dah apply loan utk MT. tetiba confius tak tau nak auto or manual. kereta sekarang satria 1.3 lama MT. dah biasa bawa manual cuma tak sure bandar JB ni dah mcm KL ke dgn sesak dia. plan car utk jalan jauh n kerja sahaja. ramai cakap sy bodoh ambil manual. dah tawar ati nak amek keta. ada suggestion n recommendation tak? explain sikit.


  • So far buat masa nie i bnyk dgr negatif psal iriz nie..but i think la depend pd nsib jgak la sedgkn kereta antarabgsa pon ad kekurangan jgak kn..pape pon i spport dgn buatn m’sia..insyaAllah coming soon ad la iriz depan umah..hi3


  • Berminat jg nak ambik iriz..minat yg premium tu..tp bila bc komen2 negatif ttg iriz ni bimbang jg nak berhdpn dgn mslh tu..tunggu skit ms lg kmudian baru ttpkan pilihan.


  • Baru sebulan beli Iriz untuk isteri menggantikan kereta Suzuki Alto 2010.
    Dah lama tak bawa kereta proton sejak tahun 1997 (Satria). Teruja dengan spesifikasi keselamatan yang ditawarkan dengan harganya yang murah berbanding dengan spesifikasi yang ditawarkan yang setanding dengan kereta import B segmen (Peugeot 208, suzuki swift, Ford Fiesta, Golf, dan POLO). Pengalaman pemanduan yang hebat dan selesa. Kuasa Kuda yang yang berbeza cuma 10-30 H/P berbanding dengan kereta import diatas dah kira ok. Nak banding dengan kereta C200 saya memang tak bolehlah tetapi memang berbaloi. Saya dah test ambil cornering tajam dengan kelajuan 100km/j tanpa menekan brek, kereta meluncur dengan stabilnya. (Kalau tak biasa jangan cuba)

    Cuma komen saya, trademark proton yang masih kekal sejak tahun 1997 sehingga hari ini ialah penutup laci yang tidak rapat. Mungkin QC proton ambil ringan perkara ini. Yang kedua bunyi dashboard yang bising macam ada bunyi tikus terutama kalau melalui jalan bertar yang kasar. ini tidak ada pada kereta Suzuki Alto yang telah berusia 5 tahun.


  • QC ni org kita..main tangkap miat aja..meka ingat bila proton tutup kedai meka nak keja kat mana..So far vandor yg buat taik..proton buat engine dan body aja..vandor pun ramai org kita..sub sub pada org lain kot..sebeb nak unting atas angin..


  • sebenarnye keselamatan iriz lebeh baik dri myvi…..aku try servey kelebehan iriz…..proton dh pertingkatan kan rangka …kereta iriz….tmbahan pulak ngn 6 airbag…cukop selamat lah ..berbanding myvi aku tengok crash test…..myvi punya …..cermin depn punye holder tu…patah …..bumbung sampai nk berlipat…..pintu tanggal…..berbanding iriz …..takde …..seteruk tu…..paling bgus…..rangka bodi iriz dh di naik taraf ketahanannye….


  • Banyak komen yg says baca. Antara teknologi produa dan proton. Mereka bersaing dari segi teknologi. Harap proton boleh baiki prestasi disetiap hasil pengeluarannya.
    Proton satu hari nanti boleh memajukan teknologi automotif hasil penyelidikan yang mengambil masa yang lama berbanding produa. Jangan melakukan kesiapan yang boleh menghampakan peminat pengguna.
    Sebagai sokongan saya terhadap proton . saya ingin. menggunakan iriz. Harap tidak mengecewakan


  • Alhamdulillah, saya dah pakai Iriz Manual 1.3L Standard, keluaran 2015, selama 7 bulan tanpa ada masalah kritikal. Beli keluaran 2015 pada tahun 2016. so, dapat diskaun sampai RM5,000. harga OTR RM 42,000, tapi buat loan cuma RM 37,000 saja. dah macam harga Axia dan Proton Saga.

    Secara keseluruhan pakai iriz ni oklah. Cuma yang menjengkelkan sikit tu, ialah pasal bunyi getaran dan ketukan (rattling and knocking) di dashboard yang bermula selepas 2-3 bulan pakai. bunyi ni mcm keluar sebelah kanan dashboard, kadang2 sebelah kiri. kadang2 belah tengah. macam ada mood plak kat area mana dia nak berbunyi. Ini bukan sebab bunyi barang dalam glove box atau driver box yang berlanggar sesama sendiri. Sbb saya dah test buang semua barang dalam tu. still bunyi jugak. Awal2 dulu macam takda la pulak. tapi bunyi ni tak lah sepanjang masa, sekejap ada, sekejap takda (berhantu?). Selain tu bunyi agak kuat masuk ke dalam kabin dari tayar. ada reviewer yg rekomen tukar ke tayar continental conticomfort. cadang nak tukar lepas ni. Hari tu ada brek mengejut dalam hujan lebat, lepas tu lampu brake menyala berterusan. lepas pergi servis, masalah selesai. Reverse sensor pulak tak berfungsi lepas tinggal kereta kat luar waktu ribut. tapi keesokan harinya, dah ok, tak payah gi servis pun. Ada pemilik iriz dengar bunyi tikus kat dashboard. so far, saya punya iriz takda lah tikus tu. selalu dengar bunyi ala2 ‘transformer’ kat boot enjin.. mungkin dari air-cond kot, sbb aircond Daikin kat rumah pun bila bukak, compressor di luar keluarkan bunyi yg sama. Awal2 pakai dulu pick up macam kureng sikit tapi, lepas dah 2 kali servis maintenance tukar minyak, macam enjin lebih smooth dan tajam. lebih ummm..best bawak iriz manual ni.. mantap. Orang selalu ckp iriz ni dibuat utk transmisi manual, bukan cvt. ini baru 1.3L. tak dapat bayangkan kalau 1.6L. InsyaAllah, mungkin suatu hari nanti nak upgrade ke 1.6L premium. cuma bagi saya pickup 1.3 manual ni tak berapa power dari gear 1 ke 2. mcm dari full stop kat lampu merah dan nak bergerak (iriz ni body berat), tapi dari gear 2 dan seterusnya mmg mantap.

    Lagi satu saya tertanya2, berapa ramai dari pemilik iriz ni yang baca buku MANUAL PEMILIK (Owner’s Manual). Dalam tu ada banyak tips dan panduan yang menerangkan sebab dan punca serta cara mengatasi apa2 masalah yang timbul. walaupun saya rasa mcm dah berpengalaman dan tahu banyak benda pasal kereta, tapi bila belek2 buku tu, rupanya masih banyak perkara yang belum tahu. silalah baca ya. baca sikit2 bila ada masa. bukan cram mcm nak studi exam. gear tersangkut kat P, sensor belakang berbunyi, suis start-stop tak boleh on..dan masalah2 lain ni ada dijelaskan dalam buku tu. cara2 penjagaan pun ada jugak dalam tu, cara nak jaga enjin, nak jaga reverse sensor dari rosak. semua ada dalam tu. bila dah pakai menonong semberono mcm tahu segalanya, bila benda rosak terus bising2. mungkin kita adalah puncanya.

    Iriz ni ada banyak yang best. binaan chassis mantap. saya selalu terpesona dgn pintu iriz belah pemandu (dan penumpang depan). pintu kereta kebal.. berat dan pejal. nak bukak dan tutup tu kene guna tenaga sikit. bila tutup, bunyi tu mmg sedap. lagi satu yang best ialah pasal brek iriz. tekan sikit pun dah mencengkam rapat (fungsi ‘Brake Assist’). awal2 pakai dulu selalu tertekan brek kuat sangat sbb dah biasa pakai kereta lama (Kia Spectra 1.6L, Auto)… mmg terbang barang2 dalam kereta. sekarang dah ok. so, dalam traffic jam, tak lenguh sangat dok tekan brek. clutch pun lembut (utk manual). stereng pun best, layan jer ambik corner. speeding tak bergegar walaupun 150-160kmj. respons stereng automatik jadi keras bila speeding dan rasa badan iriz tu melekap atas jalan walaupun hujan lebat (fungsi ‘Traction Control’), so tak rasa mcm nak terpesong keluar jalan. TIPS saya. Kalau nak iriz tu lebih pickup dan smooth bila speeding. ..TUTUP AIR-COND.

    Tapi yang PALING PENTING bagi saya adalah ciri2 keselamatan tu. ramai dari kita yang selalu tak pandang penting hal2 ni. mentaliti kene berubah. berapa ramai yang eksiden dan cedera teruk dalam kemalangan yang sebenarnya boleh dielakkan dengan bantuan teknologi terkini. mcm ESC – Kawalan Kestabilan Elektronik. Di Eropah, Australia dan Amerika Syarikat, ESC ni adalah WAJIB!, bukan SUNAT. Syukur sbb sekarang Perodua pun dah pasang ESC untuk kereta Bezza 1.3L (variant Advanced sahaja). Proton dari Preve, Suprima, Exora, Iriz, Perdana semua dah ada (tapi tak semua variant, kecuali iriz dan preve. sila check dulu).

    Kalau anda memang seorang ABP (ABP – Asalkan Bukan Proton), ambiklah Bezza 1.3 Advanced tu. sbb dua jenis kereta ni yang paling mampu milik dan ada ESC di Malaysia. tolonglah ambik berat pasal hal2 ni. untuk diri sendiri dan keluarga. sbb pengalaman saya beberapa bulan lepas, hampir terbabas di selekoh sbb salah bajet ketajaman lengkok jalan, waktu tu pulak malam dan gelap, hujan renyai2. tapi Alhamdulillah dgn izin Allah, ESC ambik alih brek dan pecutan enjin, selamat. lepas dari tu saya bagitau diri sendiri, tak ada seorang pun dalam keluarga saya yang beli kereta baru selepas ni tanpa ESC!

    Hampir 50% kemalangan jalan raya di Malaysia adalah bersifat ‘boleh elak’. selalu tgk tv, byk kes2 kemalangan kat jalan, selalu terdetik dalam hati, adakah kemalangan ini boleh dielakkan? kenapa sanggup beli kereta import mahal2, tapi bab fungsi keselamatan kereta boleh pejam mata dan tolak ke tepi? Pasal ABP? Pasal reliability? Pasal tahan lama? Yer, secara umumnya kereta proton ni resale value (RV) rendah, RV Iriz pun mungkin mengalami nasib yg sama. tapi pikir pasal nyawa dan keselamatan tubuh badan dulu sebelum bercakap pasal RV. Kalau dah remuk total loss kereta tu, cedera teruk dan mati, masih mahu bercakap pasal RV? Sekarang dah ada Bezza 1.3L Advance, RV perodua lebih baik kan? so, Jangan bagi alasan dah. Ambik peluang ni, beli kereta mampu milik DENGAN ESC. dan pesan pada orang yg tersayang jugak.

    Kereta ada ESC boleh jamin keselamatan kita ke? KONSEP TAWAKAL – USAHA dulu, baru BERSERAH. apa2 berlaku sesudah itu hak Allah. Bila tinggalkan rumah, kita kunci pintu sbb taknak pencuri masuk. Kita dah USAHA (kunci pintu), lepas tu berserah (TAWAKAL) pada Allah kalau pencuri masuk atau tak. Usaha dulu pakai kereta yg ada ciri2 keselamatan maksimum, kalau masih eksiden, cedera atau mati. itu urusan Dia.

    “Pada zaman Rasulullah SAW ada seorang sahabat yang meninggalkan untanya tanpa diikat lebih dahulu. Ketika ditanya, mengapa tidak diikat, ia menjawab, “Saya telah benar-benar bertawakal kepada Allah.” Nabi SAW yang tidak membenarkan jawapan tersebut lalu berkata, “Ikatlah dan setelah itu bolehlah engkau bertawakal.”” – https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/12/16/tawakal-alallah/

    – Kenal dulu ‘kemampuan’ kereta anda sebelum tekan pedal kuat2. –

    VIDEO RUJUKAN PASAL ESC:

    1. Bahasa Indonesia – https://www.youtube.com/watch?v=mbqgsAjuot8

    2. Bahasa Inggeris – (a) https://www.youtube.com/watch?v=VGjdoGJItX8 ; (b) https://www.youtube.com/watch?v=MCRLKRluk1w; (c) https://www.youtube.com/watch?v=vhdjXqbyj5s; (d) https://www.youtube.com/watch?v=C4-Lbt8KHkw

Leave a Reply