ARKIB

KATEGORI

Buletin

Citroën keluarkan lakaran model C-Quatre Sedan

Views

Citroen-C-Quatre-1

Citroën telah mengeluarkan lakaran model C-Quatre Sedan yang bakal dilancarkan hanya untuk pasaran negara China. Jika anda ingat lakaran ini sebuah sedan kategori pertengahan mewah anda mungkin silap kerana model ini sebenarnya adalah sebuah sedan kategori bajet.

Model C-Quatre sedan ini bakal menggantikan model sedia ada dipasaran China ketika ini yang dibangunkan dari model hatchback C4 pasaran Eropah generasi pertama. Model C-Quatre yang ada kini tidak begitu berjaya di China kerana rekaannya agak ketinggalan zaman dan tidak memikat hati pembeli di sana.

Jika diperhatikan dari lakaran C-Quatre sedan ini, nampak rekaannya lebih mantap dan sekali imbas nampak seperti hasil kacukan Volkswagen Golf dan Kia Koup. Namun profil coupe empat pintu pada lakaran ini sudah pastinya akan berbeza dengan model sebenar. Model ini dibangunkan dari paltform lama PF2 bukan platform baharu PSA Peugeot Citroen EMP2.

* kalau sedan bajet pun dah rekaan macam ini, sedan kelas lebih tinggi gerenti lebih mantap kan?

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

Citroen-C-Quatre-5 Citroen-C-Quatre-4 Citroen-C-Quatre-3 Citroen-C-Quatre-2

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif