ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chery pamer kehebatan di Beijing Auto Show!

Views

chery-concept-alpha-1

Jika dahulu kebanyakan pengeluar kereta jenama China banyak mengeluarkan kereta konsep dan show car yang celup atau klon dari jenama lain, kali ini senarionya telah banyak berbeza. Kini mereka lebih berani mencipta kereta konsep dan show car yang yang begitu hebat dan bergaya. Chery merupakan salah satu jenama yang melaungkan amaran kepada jenama terkemuka lain khususnya dari negara Jepun dan Eropah dengan memperkenalkan pasangan kereta konsep yang dikenali sebagai Chery Concept Alpha dan Beta.

chewery-concept-beta-1

Chery Concept Alpha merupakan sedan konsep yang telah diperkenalkan sehari sebelum Beijing Auto Show. Dengan rekaan yang mantap dan sporty, model ini dikatakan bayangan kepada model sedan Chery Arrizo 5 yang bakal diperkenalkan di China pada penghujung tahun. Chery Arrizo 5 akan mempunyai dua pilihan enjin, 1.6 liter empat silinder dengan 126hp dan 155nm, selain enjin pengecas turbo baharu 1.2 liter empat silinder dengan 130hp dan 212nm. Kedua-duanya akan dipadankan dengan pilihan kotak gear manual 5 kelajuan dan CVT.

Chery Concept Beta pula merupakan SUV kompak konsep yang bakal berada diposisi lebih tinggi daripada Chery Tiggo 3. Ia bakal diperkenalkan di China pada 2016 dan dikuasakan oleh 2 pilihan enjin petrol 1.5 dan 1.5 turbo. Dengan rekaan yang cukup bergaya, pastinya model Chery Concept Beta bakal menjadi tumpuan bersama-sama dengan Chery Concept Alpha di Beijing Auto Show.

sumber : www.carnewschina.com

* Semakin hebat rekaan model kereta daripada Chery ini. Pastinya ia bakal membuka mata pengeluar lain untuk berlumba-lumba memberikan produk yang terbaik untuk pasaran China. Tidak hairanlah beberapa jenama besar begitu teruja memperkenalkan kereta mereka di sana, terutama sekali dari negara Eropah.

Kalau macam ni semakin ketinggalan la Proton dalam saingan peringkat global jika tiada pendekatan proaktif dan terlalu lambat dan berkira untuk keluarkan model baru, jangan marah ye kawan-kawan, hahaha.

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

15 Comments


  • sepatutnya mcm ni la design preve should be during their launch. baru betul. waktu tu forte, accord dah lama keluar but still lagi cantik drp preve. they need better designer.

    Proton cant catchup with others even Chery because not having a leader who trully know what startup is. and with the involvement of government, things making them to work “cukup kadar / asal jalan” instead of maximize the capital to max. true successful startup doesnt require more money. they’re best at maximizing output based on budgeted capital.

    the idea of membebankan rakyat tax 300% adalah utk bantu proton. but things happen to be the other way.

    rakyat terbeban. proton gagal. kerajaan nampaknya dah ‘selesa’ dgn pembayaran tax rakyat. negara bkn lg dikuasai rakyat.


    • rasanya agak mustahil designer proton xreti nak desgin kereta cantek..pasti ada tangan2 management, akauntan, vendor yg masuk campur dgn design utk cost saving bla2 sampai designer proton pun terpaksa ikut..


    • yg aku dgar la…designer proton beran iwat design gempak n pernah diusulkn utk produce,,malang nye ada pihak xnk amk risiko n xnk buat sbb klu part tu sush buat it will add some cost n bcome expnsive than current proton…senng cite diorg nk kje senng xnk complicated


      • Bro Semut : sebelum baca posting awk, sy pun terlintas dlm kepala sepatutnya Preve design kena level mcm ni.. tktau sampai bila puak pensabotaj dlm Proton ni nk sekat kemaraan Proton..


  • Memang semua org sedar akan hal ini. Di saat pengeluar automotif agresif, proton pula masih mengekalkan cara konservatif, baik dari segi design, dan juga marketing. Kereta konsep sangat penting untuk menonjolkan apa yg kita boleh tawarkan kepada pengguna sama ada dari segi rekabentuk atau teknologinya.

    Tetapi proton mengambil pendekatan yang berlawanan, yang mana kita boleh lihat ia nya tidak membawa impak yang baik kepada kpd proton di mata pemain automotif global.


  • BAGI GUA CHINA NEGARA PALING LAMBAT SEBENARNYA.DENGAN RAKYAT 1.35 BILLION SEPATUTNYA JADI RAKSAKSA BUKAN JADI CACING.BARU PROTOTPY TAHUN 2014.CHINA TAK PERLU EKSPORT.5 JENAMA DENGAN SETIAP JENAMA 10 JUTA SETAHUN.LU KIRA SENDIRI LAH BEB. CHINA GUA TAK RESPECT LANGSUNG.


  • Top management yg kena byk main peranan la..kalau betul2 nk pegi global ni, modal besar bkn halangan dah ..nk design level2 entry global ni je bkn sikit duit ..lps tu + dgn kualiti ,reliable n bla bla lg..mmg kos, kpakaran semua kena complete ..mmg mkn bbilion rm bkn riban lg.. klau proton xmampu siapkn semua bnda tu, jgn mimpila nk smpai level global .. jd jela mcm model2 sebelum ni .. main market suam2 jerk dulu suda.. kompol modal byk2 dulu lps tu buat future plan betul2…kasi boost model2 lama baik segi design n kualiti…sentiasa cari lokasi marketing bru.. kalau da ada lokasi mketing yg baik.. maintain kepuasan pmbeli kt situ .. buat pembaharuan dr model sedia ada ke model bru ..supaya ada ksinambungan antara model yg lama dan baru.. Ini tidak, asal tukar kepala (pengurus) baru jerk plan lama bantut kt situ je.. Jd tkde gnggu plan masa dpn syarikat yg d harap2.. Asal kuar model bru jerk ..ada je nama bru ..org ramai pon bley gila.. poton ikut benchmark mana ni..? Yg ni bkn model tu pon bkn..sbb hmpir sume model blainan nama .. mana nk smpai angan2 global tu.. agak2 xbole compete xyah ler nk pksa diri sampai berhutang sana sini semata-mata nk develop model bru.. maintain jer dlu dgn model lama tp buat penmbhbaikn yg mmpu bg kpuasan pmbeli ..kompol modal skit2 dlu n jgn buat utang bru..modal tu bley simpan utk develop model bru.. bila da buat hutang bru ..bajet nk develop model bru jd terhadla sbb ikut jumlah hutang bru jer.. modal sokongan pon kurang sbb untung pon kureng ..sbb tu preve xdpt direalisasikn 100% ..sbb bajet xcukup ..bila suprima dijual org pon xnk beli sbb org amik kira hage mahal dlm kategori keta local ..inilah yg sy rasa kelemahan dlm pgurusan proton …kelemahan dlm prancangan masa dpn yg diluar kemampuanya.. nk cpt sangat naik mndadak … maka jdla mcm skrg ni …


  • Mmm… rekabentuk kereta konsep Chery kali ini boleh tahan n meyakinkan:) Tentang masalah prootn, ia berkait dgn DRB-HICOM. Selagi DRB x beri kebebasan utk proton mengemudi bahteranya dlm industri mmg sukar utk proton berlari laju dlm arena ini. DRB akan tetap dgn regim n alasan bahawa keterlibatan sektor industri2 lain yg diceburinya perlu diambil kira n perhatian adalah saksama. Sedangkan dlm industri auto, company perlu keberanian utk mengambil risiko meghasilkan model2 baru yg meyakinkan utk pasaran global/domestik dgn dana yg besar. Rekabentuk prootn bagi model2 baharu pun tidak kurang hebat cuma perlu digenerasikan sekerap mgkin. Sekurang2nya setiap generasi tu akan lebih baik lagi dari segala segi. Even KIA forte kekurangannya diperbaiki dgn kemunculan Cerato. Please wujudkan balik pengarah urusan dlm prootn n dato’ Khamil bleh jadi pengerusi proton n wakil DRB dlm proton.:)

    Cheers!


  • bukan kereta merah tu sebiji mcm kia cerato ker.. concept design semua org boleh buat.. mana2 syarikat boleh buat.. cuma nak hasilkan tu jer cost jadi melambung2 tinggi.. vendor2 semua ambik keuntungan.. nak design canggih mahal.. tp material sama jer…


  • Kalau ada siapa2 yang pernah baca kisah company Qoros, mungkin boleh lihat bagaimana perancangan mereka dalam memperkenalkan model pertama mereka, Qoros 3 ke pasaran ke global.Syarikat China-Israel ini begitu bersungguh2 walaupun syarikat mereka baru ditubuhkan pada 2007.

    Mereka tidak teragak2 memperkenalkan model sulung mereka itu di setiap motorshow. Malah kereta itu juga telah memenangi anugerah rekabentuk, red dots design. Kita boleh belajar sesuatu bagaimana mereka tidak mensia2kan setiap sumber yang ada untuk menghasilkan model sulung mereka.

    Jika proton masih berada dalam keadaan sekarang, lambat laun proton hanya wujud di Malaysia dan hidup segan mati tak mau di negara luar.


  • Ye lah.. Proton.. Untung sabut timbul.. Untung batu TENGGELAM.. serah pd DRB punah lagi ler.. GSC ni dh kira terlewat lancar.. rugi2.. sebb hampir semua isi rumah skrg perlukan segmen tu..

Leave a Reply