ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chery A5 Concept beri gambaran model produksi baharu!

Views

chery-a5-livepics-2

Shanghai Auto Show telah bermula dan kini China menjadi lubuk emas terbaharu pengeluar automotif dunia untuk mempamerkan kehebatan masing-masing. Pemain tempatan seperti Chery turut tidak ketinggalan untuk menampilkan model Chery A5 Concept yang dikatakan memberi bayangan model sedan terbaharunya yang bakal memasuki pasaran pada masa akan datang. Rekabentuknya yang lebih menawan dan segar dengan gaya rekaan lebih cenderung ke arah Eropah.

Sekali imbas rekaan belakang seperti gabungan KIA Cerato dengan Hyundai Sonata generasi baharu. Bahagian depannya lebih kemas dengan jeriji yang bersambung dengan lampu dan palang krom. Ruang dalamannya juga nampak lebih moden walaupun menggunakan kemasan plastik yang agak cerah dan nampak murah. Berkemungkinan model ini dijana oleh enjin petrol berkapasiti 1.8, 1.8 dan 2.0 liter dan bila ia memasuki pasaran masih lagi tidak diketahui.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

chery-a5-livepics-4 chery-a5-livepics-5 chery-a5-livepics-7 Chery-A5-S1 Chery-A5-S2

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

31 Comments


  • klw proton tuah tu wujud skrng ni mgkin dh setanding ngn keta ni….
    tp tulah masalah skarang nie plik ????
    asal susah sngt nk what
    prototype dah wujud … hasilll???preve!!
    no strategy lah…


    • helloooo @jjjj…
      betul ke org luar jauh lebih maju..penah pakai kete proton sekarang? kete ape? jgn amek model waja gen2 sebagai tanda aras…kete import ape yang penah pakai…bagi contoh…ape yang kete import tu maju…pakai setahun kete preve or suprima..pastu pakai kete import yang sekelas dgn die setahun jugak…pastu baru komen kat sini…aku dah pakai import dengan proton..agak nyesal amek import sebab harga yang tinggi tapi spec lagi rendah..tp import tuner kan..mane ade org nak ngaku kelemahan..da bayor mahal2 tiap bulan..tp aku cume nak komen pasal service aftersale je…wat mase ni..kebanyakan service centre proton memang xmemuaskan…sebab bayar service agak mahal..major service sampai 1k+++… =(


      • Bro ninja siam mgkn kaya bleh pakai byk kereta, bg teman kalu nk komen x perlu pun jd pemilik kan.adik bradik ade, kwn2 ramai.mcm2 kereta kite bleh try.tak kan kene beli / pakai 1 tahun dulu baru layak komen.mengarut betul.kehkeh

        Proton perlu improve design dulu, kalu design pun x cantik mcm mane org nk pandang..kia forte pun minyak tak de la jimat sgt,kualiti pun menang perodua agaknye.tp sbb lawa je kot.ramai jgk yg beli compare dgn previous model kia.x gitu.

        nasihat teman untuk proton,segera la tukar designer.dh terbukti yg sediada ni x perform.nk simpan buat pe.kalu sayang sgt pun,buat je team design lg satu.


        • Mmm… xde salahnya design2 terbaru prootn. Sebenarnya prootn dibelenggu persepsi -ve produk silam; kualiti. Walau peningkatan kualiti itu ada lately, masih ramai yg ragu2 n memberi nilaian yg sama bila ada isu2 ini dipetik kembali dlm media sosial walhal kereta2 drp jenama lain pun ada yg so n so gak.

          Kia forte saingan preve di M’sia. Sebb tu masa proton develop preve, forte menjadi salah satu model study case sehingga performance preve dpt menandingi forte. Tapi KIA tidak menunggu lama utk menggantikan model forte yg baru; Cerato. Model replacement forte nie sudah tentu lebih baik drp preve dlm beberapa segi. Nama forte tidak digunakan lagi mgkin kerana tidak sesuai dri segi sebutannya di M’sia… mgkin la hehe. Apa2 pun hakikatnya, jualan kereta2 korea nie agak rendah lagi di M’sia walau di luar sana antara 5 jenama terkemuka di dunia!; Mgkin faktor persepsi yg klise jugek; – spare part mahal n susah nk dpt kt M’sia:)

          Cheers!


    • Mmm… kita menyanjung bererti kita bangga dgn produk M’sia atas usaha memajukan diri dlm industri ini, X la bererti menidakkan kemajuan company lain. Selalu hates jer yg berfikiran sebaliknya:P

      Cheers!


  • sori, aku cakap pasal company. bukan pasal model vs model. memang orang luar jauh lagi maju. takyah compare proton dengan toyota, compare dengan chery sudah. chery engine 0.8L sampai 4.0L pun ada. proton ada? fiat pun guna engine chery. lotus pon tak pakai la engine proton. alasan standard, no economic of scale. kalau nak ikut alasan ni, volvo pon no ecomic of scale. sweden negara tak sampai 10 juta orang pun.


    • Mmm… keupayaan setiap company membangunkan produk dan kemajuan yg dirintis adalah berbeza2. Buatlah perbandingan yg mana natijah perbandingan itu nanti bleh membina potensi peluang company seperti proton utk berjaya dlm industri auto global.

      Company China mudah meningkatkan knowledge n teknologi bila mereka berupaya membeli company2 besar menjadi miliknya dan membangunkan teknologi sedia ada yg telah menjadi miliknya. Sebagai contoh MG Rover company kereta eropah dh jadi sejarah bila ia diisytihar muflis. Teknologinya telah dibeli oleh beberapa company China. Even company kereta terkemuka Sweden; Volvo yg dulunya dipunyai oleh Ford sejak tahun 2000, kini telah menjadi milik Geely Automobile of China bila Ford menjualnya pada 2010 kpd company China itu dgn jumlah urusniaga $1.8 billion.

      Errr… apa yg nk dibanggakan sgt dgn teknologi engin keluaran Chery tu? Setahu saya kebanyakkan engin keluaran Chery dtgnya drp engin model2 mitsubishi n yg terbaru penggunaan Acteco engine yg dibangunkan oleh firma Austrian Powertrain Technology AVL. Ada ker diorg buat sendiri engin tu?

      Cheers!


      • chery yang lama pakai engine mitsubishi. chery baru pakai engine sendiri. kalau nak ikut macam ni, proton takde engine. sebab campro lotus yang buat. memang aku tak cakap diorang buat sendiri, tapi aku cakap diorang ada range engine yang banyak, acteco, chery yang punya. apa yang nak dibangga dengan chery? chery engine ada TGDI, supercharger, setakat vvt takyah letak dalam brochure macam proton, gearbox sendiri. benda2 ni la penyebab utama ramai yang tak beli proton selagi proton pakai campro usang + cvt punch tu. and sebab ramai haters proton la proton baru nak bangun. kalau tak entah2 iswara dengan wira tu ada lagi kat showroom.


        • Mmm… mmg bagus chery ada sumer tu, tapi sebagai rakyat m’sia, apa yg membanggakan sy? Even prootn masih explore teknologi enginenya, itu sudah cukup sebagai satu kemajuan yg membanggakan. Ko x anggap buat enjin mcm buat kerepek pisang; goreng terus siap kan?:P Lotus tu protn punya. Tentu la diorg develop bersama.

          Sy tak fikir teori haters yg ramai akan membangunkan prootn. Bagi sy nie ayat cover jer…;P Kelakar.

          Cheers!


        • Mmm… so apa beza knowledge improve dari copy n paste berbanding step by step?:P Then u assume VW beli lamborgini n teknologi kereta vw mcm lambogini tu?:P Company china economy of scale lebih besar berbanding company m’sia seperti proton. Pelaburan tingginya berbaloi. Even China pasaran kereta paling pesat di dunia.

          Teknologi kereta sport ringan lotus mahal utk diserap dlm produk proton. Apa yg ada kini memadai n value for money, Cuma perlu dinaik taraf dari masa ke semasa. Bleh jer teknologi lotus direct transfer ke kereta2 masa hadapan prootn. Tapi nanti harga mcm kereta lotus org mcm ko gak yg bising siang n malam x habis!:P Sorry:)

          Cheers!


  • NEGARA MACAM CHINA ADA 1.4 BILLION PENDUDUK KALAU BENAR ADA TEKNOLOGI BUAT APA KONGSI PLATFORM DENGAN ISRAEL YANG KECIL.TENGOK SENJATA TERANG-TERANG TIRU RUSSIA.SATU JENAMA BOLEH JUAL DALAM NEGARA 10JUTA SETAHUN TAK MUSTAHIL BEB.CHINA TAK KURANG 5 JENAMA KERETA.TAK PAYAH PUJI MELAMBUNGLAH.


  • try proton buat design mcam ni..comfirm kena kondem ciplak korea la,xreti design sendiri la..tp bila bkn proton wat design sebijik pun, wah bagus!up to date! menarik! fresh! piraah..patriotik konon..nk majukn proton konon..


  • Takpe hal2 ni boleh sembang dekat padang mahsyar….. kalu ada sapa2 yg tuntut pahala kome nanti….. bagi je ok.

    Kembang tekak dengar komen yang tidak membina….. bermakna anda ingin menabur batu dalam periuk nasi manusia lain. Jadi anda yang negatif itu, bersedia untuk berbahas di sana pula nanti, di depan Maha Esa.

    Terima hakikat….. jika tidak suka… beli sahaja yang lain. HIKMAHNYA= Jika ingin lihat mereka maju, maka anda semua disini study lah pandai2 dan jadilah salah seorang engineer yang kreatif, progressif, pantas, maju ke hadapan, jujur, amanah bekerja, boleh mentafsir kehendak rekabentuk masa hadapan dan apply bekerjalah dengan mereka yang mereka kereta itu.

    Jangan baling batu, sorok tangan. Berat di bahu kiri dan kanan anda sedang di nilaikan oleh dua malaikat di kiri dan kanan anda dan begitu juga saya.


  • TOYOTA CAMRY TERBAKAR ENJIN MELETUP DIBULATAN E-MART MATANG KUCHING SARAWAK. TAK PULAK JADI VIRAL DI BLOG DAN FACEBOOK.KOSMO 26/4/2015.


  • Proton tengah tenat skang, kronik. Ni vendor dia yg. citer. Kalu keadaan camni lagi 2 tahun, DRB kena gulung bagi balik kat gomen. Iriz supposedly the saviour tapi persepsi org masih tak berubah – hence the low number of sales. Proton perlu open its door to foreigners, bukak R&D kat europe, cedok idea2 diorang. Ikut acuan Hyundai/Kia. Lagi satu jadikan Proton syarikat multi-racial yg melambangkan malaysia, bukan company yg terang2 satu kaum. Sbb tu proton susah nak dapat sokongan dari kaum lain. Open your door, old mentality doesn’t work anymore.
    Saya pakai 3 keta proton dulu, teringin nak beli Iriz tapi rasa was2 tu kuat sangat sbb serik dgn. pengalaman pahit dulu.


    • Saya pakai elok je….9 tahun ok je. Just ware and tare is normal. Engine 265,145 km clocked and belt change on time, major service on time……all do at Proton Service Center. Never being broke down because of engine problem. Batery change on time also… kalu tak boleh start jangan cabut bateri terus dan engine kena start (remain running) waktu tukar bateri. If cabut terus nanti ECU drpd 0 akan bertukar jadi 1 (0 means ok, 1 means error). Maknanya ada componen engine bakal fried chicken nanti.

      Moralnya …. jangan tukar componen alat ganti di kedai aksesori dan ahbeng. Confirm kena tipu dan di hasut hati oleh khadam….. baca ayat2 pendinding diri dahulu sebelum ke aksesori. If not resulted, anda akan beli banyak barangan tidak perlu, 1-3 bln warranty, radio set 1-2 tahun warranty kedai dan jangan hanya untuk bermegah.

      Mentaliti sebelum ke pusat servis Proton (Perkara biasa yang perlu kita buat),
      1) Masuk2 jangan pi keluar kata2 keras kepada pekerja (mereka pun manusia, jadi senyum),
      2) Lihat apa yang mereka gantikan dan pasang (berboraklah dan sembang2 sikit pasal barang gantian tu),
      3) Anda jangan duduk je dalam tempat aircond macam bos (nanti bill sampai mengamuk kata mahal, semua alat ganti adalah tulen, tiada istilah baiki semula barang lama (recond) dan tiada alat ganti made in Taiwan/China),
      4) Pastikan anda ada knowledge pasal semua perkara tentang kereta, rekod service dan keadaan sistem kereta (ware and tare = anda pakai kereta macam mana?)

      Ini terang2 persepsi negatif yang cuba anda terapkan pada orang yang membaca blog ini…. x nak beli tak payah mengutuk dengan niat. Ia tiada kaitan dengan racial, politic, mentaliti, dan open door. Anda tidak ikhlas dalam mengeluarkan komen. Didoakan anda di cerahkan hati dan beroleh minat untuk membaca, mengkaji, mentelaah dan mencipta kejayaan positif dan kepada-Nya kita berserah.

      1) Company yg anda tuduh itu……memang multi racial company….. awak pernah kerja di sana kah? Jelas sekali anda cuba menipu pembaca. Procurement Proton n Lotus = Global company with mutual benefits ie. all engineers, all designers, all manufacturing engineers, and etc. came from overseas and local human resources.

      2) Politics ….. ini memang tiada….. ia cuma vendor penipu yang tidak berguna dan pembekal alat ganti yang menipu dalam gred barang yang dihantar untuk kilang pemasangan proton. Lewat hantar barang, tipu kualiti gred, dan membuat cerita utk support ketidakpatuhan standard = vendor.

      3) Mentaliti problem….. ini memang tiada…… current status technology develop in Proton / Lotus (R&D),

      Proton COE:-
      1) Petronas E01- 1.8i / 2.0i / 2.4i Engine Tech
      2) HPF Technology
      3) Proton Preve Hybrid
      4) Full E-Vehicle
      5) Proton REEV
      6) Proton EV
      7) E-MAS
      8) CamPro Engine
      8.1 Basic DOHC engine
      8.2 CamPro CPS and VIM engine
      8.3 CamPro IAFM engine
      8.4 Hybrid CamPro engine
      8.5 CamPro CFE engine
      8.6 CamPro VVT engine
      9) VDC Technology = All Safety Component Features Technology
      10) New Engine Y Variant – NA-FI

      Lotus Power House:-
      1) Aluminum chassis technology (APX) / Versatile Vehicle Architecture (VVA)
      2) VH Architecture Tech
      3) Lightweight Structures Tech
      4) Efficient Performance Tech
      5) Driving Dynamics Tech
      6) NVH engineering
      7) Lotus-built engine made from a Toyota-sourced block (Current use only engine block-other component are in-house built design & lotus engineering)
      8) RANGE EXTENDER ENGINE (REEV)
      9) OMNIVORE ENGINE
      10) Hybrid hydrogen powertrain
      11) EVE-Hybrid Prototype
      12) All new in-house designed Lotus V8 Engine (Unnamed)
      13) EMAS Drive train
      14) Evora 414E Hybrid Prototype
      15) Exige 265E Bio-fuel
      16) Exige 270E Tri-fuel
      17) Eco Elise

      4) Dasar open door…… Lotus dan Proton adalah satu kekuatan bersama. Lotus employ engineers overseas, proton employs engineers locally and both develop collaborative in-house experts as well as R&D benefits.

      BALING BATU SOROK TANGAN, NANTI MAKAN TUANNYA SEMULA.


      • Tuan, rasanya sikap ultra defensive tuan mungkin disbbkan patriotism tuan yg. tinggi. I respect that. I used to be like that, bangga & very sensitive bila org condemn proton. Sekarang pun masih lagi pedihnya tapi dah mellow down.
        Dan jgnlah tuduh saya menghasut. Comment saya berdasarkan pengalaman, dan saya tidak pun kata current proton products tak bagus. Reading the reviews mmg bagus pun cuma saya kata perspective org Malaysia psl proton masih takuk lama & impacting the sales, itu sahaja. Tuan yg perlu tilik balik mentality tuan, emo tak kena gaya. Vendor yg saya kenal tu beriman orgnya baik budi & pekerti. Jgn tuduh sebarangan. Soalan saya, kalu semua yg tuan listed kat atas tu mmg benar2 belaka, kenapa org masih was2 nak beli proton? Kenapa proton rugi 800+ juta? Kalu takde angin, pokok tak goyang tuan. Unless ada monyet yg goyang.


        • Klu pasal model2 lama xpayah cerita la….. sbb ia dh jadi fitnah.

          Takpelah… sedia jumlah amalan kita untuk didermakan kepada mereka yg sedang kita fitnahkan, gosipkan, dan direka cerita…..

          reality pakai kereta…. lepastu service di ah beng….. memanglah waranti ditamatkan tempoh serta-merta.

          Ada ke mana-mana company kereta nak taja waranti bil syarat2 waranti TOR dah dilanggar…..

          Fikir2kan…. kebiasaan, alat ganti engin dan electronic system dan aircond system mesti di senggara dan diganti dengan alat ganti original sahaja.

          Mentaliti positif = membina pembangunan minda dan diamal melalui kuderat yang dinilaikan melalui pencapaian dan kebolehan/kepakaran sedia ada.

          Mentaliti negatif = mental stuck due to ideological understanding of seeing things differently with out proper guidance and relative criteria.

          Takpelah…. di akhirat nanti kita lari sama-sama dan check sapa menang dan sampai dahulu ke syurga. Sapa ditnya dan jatuh disebab hal2 remeh temeh ini. Di sana hal2 ini akan dikaji dan dibahas dengan adil oleh Nya.

          Moga kita semua dapat berjalan lurus sampai ke syurga tanpa singgah ke neraka. Jom jadi amanah dan sihat dalam mengomen!


        • Mmm…bro brickleafus, adakalanya bukanlah patriotisme sgt utk membicarakan hal nie. X salah pun utk kritik, cuma perlu tahu batas2 n logik kebenarannya. Andaian dah tentu tidak bleh dikira sebagai sokongan fakta, tapi bila diulang2 n ditokok tambah, sedikt sebanyak mempengaruhi persepsi dan tanggapan umum dan dianggap benar walhal tidaklah semuanya begitu.

          Sebagai imbasan kronologi silam, dlm tahun 1980-85, 80% jualan kereta M’sia dikuasai toyota dan tahun 1985-1992 lebih kurang, 80% jualan kereta dikuasai proton (refer paultan), Proton untung besar tika tu, sehingga punyai aliran tunai jutaan ringgit. Di bawah CEO Tgku Mahalel, Proton mampu mengembangkan unit RnDnya sendiri dan membina Kompleks Proton City yg terdiri drp Proton Tg Malim plant tanpa pembiayaan pinjaman pun. dan pertengahan 90an, proton mampu membeli company sport car Lotus (1997).

          Bila kemelesetan ekonomi 1997/98, bermula lah episod kelam proton. Pertama, proton hasilkan model x ikut pasaran seperti, juara/tiara, even Waja (2000) kos RnD mencecah RM1 billion. Patutnya tika tu proton kuar dgn model replacement saga yg lebih baik n lebih mendapat permintaan tinggi. Saga replacemnt hanya dikeluarkan pada tahun 2008. Kedua, isu kualiti gara2 pengurangan kos buatan ketika itu. Ketiga, isu pembelian MV Agusta (2006) yg merugikan n terpaksa jual balik- beli rugi, x jual balik rugi, jual balik pun tetap rugi. Keempat, salah strategi jualan pada ketika itu dgn isu potongan harga besar. Kelima, saingan company nasional baru; perodua (1992) dgn menampilkan model2 compact yg murah, diminati ramai n jimat minyak.

          Faktor2 ini lah yg menyumbang kerugian besar prootn dahulunya dan pemulihan proton agak mengambil masa. Walau tahun ke tahun, company proton mencatatkan keuntungan operasi, namum keuntungan itu masih blum mampu menebus kerugian silamnya. Cuma mampu mengurangkan jurang kerugian jer.

          Itu ler sedikit perkongsian info yg sy tau. Kalau ada yg x betul, bleh tolong betul2 kn ye:)

          p/s : Dunia ari nie, xde angin pun pokok bleh goyang bro… x mustahil… x caya?:P

          Cheers!


        • Brader brickleafus. Dia memang camtuh melalut tah kemana. Asyik asyik orang lain salah dia tak salah pastuh kata orang lain berdosa besar..herrkkk ehhh….

          2) Politics ….. ini memang tiada….. ia cuma vendor penipu yang tidak berguna dan pembekal alat ganti yang menipu dalam gred barang yang dihantar untuk kilang pemasangan proton. Lewat hantar barang, tipu kualiti gred, dan membuat cerita utk support ketidakpatuhan standard = vendor.

          Persoalanya (Tak perlu jawapan pon pasai jawapan yang dapat melalut ja) Sapa pilih vendor? Kenapa tak buang ja vendor bermasalah? Takut nak buang pasai ada tangan politik dok kacau? Kata tak dak politik.. hahahah


          • Wow, banyak pahala anda sedang dikosongkan…..tq. Issue tuduhan melalut langsung tidak timbul….terima kasih juga menuduh tanpa periksa, wow …dapat lagi pahala free.

            SEBELUM ANDA MENUDUH MELALUT, PASTIKAN ANDA MENERANGKAN TERPERINCI PERKAITAN ISSUE YG ANDA KETENGAHKAN ITU…. sila terangkan perkaitan dakwaan politik dan perniagaan kerata yg anda cuba hubungkaitkan tadi?.

            SILA TUAN TERANGKAN…. JANGAN PANDAI PULANG BALIK SOALAN KEPADA JAWAPAN YG TELAH DIBERI…. SIKAP ACUH-TAK ACUH INI ADALAH BARAH DALAM PERBINCANGAN BERPRINSIP.

            Semua orang sedang menasihatkan anda dan terpulang untuk anda berubah daripada terus melakukan kesilapan atau masih meneruskan niat hati tersebut. Keputusan anda untuk berubah atau tidak, ia bergantung kepada diri anda sendiri.

            REALITI

            X da tangan2 politik pon…. tapi yg ada adalah issue pengurusan input seperti dalam semua company kereta lain…..even COMPANY KERETA BESAR PUN MENGHADAPINYA…. BACA DAN LIHAT KES TOYOTA DI MAHKAMAH. Kegagalan komponen kereta berfungsi menjadi penyebab pengeluar kereta berbelanja besar dan vendor pembekal alat komponen tersebut dipersoal juga dimahkamah.

            KEBIASAAN masalah vendor ini seperti penghantaran material lambat, tidak ikut spec grade, dan cubaan pihak vendor (yg mendapat kontrak) tidak mahu mengikut spec design yg direka oleh pengeluar kereta, dan pelbagai lagi issue lain. Pematuhan vendor terhadap Sistem standard pengurusan pegeluar kereta, SOP penerimaan dan pemasangan adalah step by step procedures, Input recieve following grade order dan production plan schedule. Perkara2 inilah yg memainkan peranan penting dalam mengurangkan kegagalan komponen dipasang berfungsi dengan baik.

            ULASAN CONTRACT

            Contract biasanya mengikut batch pengeluaran….. saya rasa Tuan ni langsung xdok idea bab kereta ni dan bagaimana sesuatu kontrak diikatjanji….cut point, win-win dan prosedure of work…..
            Dalam mana2 kontrak pn akan ada loop hole dimana vendor cuba untuk mengaut keuntungan bagi pehaknya…… iaitu cubaan menipu pengeluar kereta. Ini berlaku dlam semua company kereta.

            TIADA KAITAN TIDAK MAHU BUANG VENDOR TIDAK IKUT SPEC. KERANA ADA POLITIK DALAMAN MELINDUNGI VENDOR. Ini fitnah namanyq kalau tidak disokong dengan bukti sahih dan tulen.

            REKA CERITA DAN FITNAH YG WUJUD KEBIASAANNYA BAGI MEMASTIKAN KELANGSUNGAN PESAING LAIN DALAM PASARAN YANG SAMA. FIKIR2 KAN.


        • Tapi Iriz sekarang terbaik gak. Duduk dalam cam kereta mewah (Untuk versi premium ja la pasai seat kulit)…Tak la rasa duduk dalam preve rasa cam altis first model ja.


  • baru nak tgk gambar ni.. beza syarikat automotive yg betul2 ada rnd dengan yg ikut copy paste technology org lain… meter kereta jer dah masalah susunan font dia sampai terbalik

Leave a Reply