Percaya atau tidak jika saya mengatakan rekaan BMW Honey Comb Concept ini adalah hasil karya anak muda Malaysia? Ingat tak lagi anda pada www.fenoria.com atau nama sebenarnya Irfendy Mohamad. Ini merupakan projek usahasama antara Umeå Institute of Design, dari Utara Sweden (tempat Irfendy menyambung pengajian) dengan Hochschule Reutlingen – Reutlingen University dari Jerman.
Irfendy Mohamad (Malaysia) dari Umeå Institute of Design ditugaskan untuk merekabentuk rekaan luaran manakala rakannya Qiudi Yang (China) dari Hochschule Reutlingen – Reutlingen University menghasilkan rekaan dalaman. Honey Comb Concept ini menurutnya adalah kenderaan awam tanpa pemandu yang disasarkan untuk generasi muda yang tinggal di kawasan berpopulasi tinggi, sibuk dan kawasan yang mempunyai ruang yang kecil.
Ia mempersembahkan pengalaman baharu dengan menyediakan kenderaan kompak dan selesa untuk dua orang penumpang. Selain itu, ia memberikan akses yang lebih baik dengan membantu orang berulang-alik ke destinasi lain dengan sangat mudah, mampan, cekap dan selamat sama ada di bandar besar atau kecil.
* Comel kan rekaan BMW Honey Comb Concept ini? Nampaknya kita ada ramai pelapis muda berpotensi besar dalam bidang rekaan otomotif. 😉
LAGI FOTO DI BAWAH :
konsep android honeycomb + bmw erk? gud job
..dia berjaya sebab pergi ke luar negara…malaysia tidak membantu dia dalam soal ini. kalau setakat dia belajar kat UITM tak mungkin dapat mengembangkan bakat dia…
Saya betul betul berharap, satu hari nanti kita mempunyai universiti bertaraf dunia.
baru last year saya buat MBA kat UTM, boleh dikatakan standard sangatla teruk… anyone can easily pass. only one or two lecturers are awesome. the rest all subpar.
sebab tu la saya gunakan funtasticko.net ini untuk menunjukkan bakat2 muda yang ada supaya bakat, ilmu & skillnya akan digunakan sebaik mungkin, nak lagi bagus biar syarikat kereta terkemuka ambil dia dan kat situ dia boleh dapat pengalaman yang cukup baik… sepatutnya kat proton & perodua dah boleh ambil pereka luar negara, sebab setiap negara lain cara dia, kat situ boleh pelbagaikan & kembangkan bidang ni 😉
Bila nya nak buat design competition antara kita-kita ni bro? Nak tengok idea-idea bernas daripada pembaca funtasticko plak
dah jumpa dah sapa design axia se & advance punya headlamp + bumper + grill……
Off topic:
Proton Iriz and Suprima ESC and ABS demonstration by Bosch
http://www.youtube.com/watch?v=eydRvfGNB5M
dah rasa ESC dlm Iriz time Alami hari tu
good job fendy..if im not mistaken..previously he was a designer at p2 styling