ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bayangan Perdana baharu versi produksi!

Views

new perdana depan

Setelah membuat beberapa analisis dan mengumpulkan pelbagai maklumat mengenai Proton Perdana baharu, rakan kita Mohd Taufik telah membuat rekaan semula model prototaip Perdana yang telah dipertontonkan dalam Filem Kapsul baru-baru ini. Inilah versi produksi Proton Perdana baharu yang dikatakan berbeza dari apa yang kita lihat dalam filem tersebut. Beberapa pengubahsuaian telah dilakukan supaya ianya lebih mantap dan elegan terutama dibahagian depan dan belakang.  Lampu hadapan telah diolah semula tetapi mengekalkan bentuk sayap Proton pada model prototaip. Bumpar hadapan juga direka semula supaya nampak lebih bergaya.

new perdana RR 2a

Bahagian belakang Perdana baharu telah menampilkan rekaan fastback Jaguar XJ yang telah menjadi salah satu model penanda aras untuk membangunkannya. Cermin dibahagian tiang-C juga telah diolah semula dari rekaan Jaguar XJ supaya rekaannya nampak lebih harmoni. Lampu belakang ala Audi A6 dengan bar krom telah menggantikan lampu pada model prototaip dan ianya digabungkan dengan cukup baik sekali. Apa pandangan anda mengenai karya terbaharu ini?

* Nampaknya dengan karya terbaharu Mohd Taufik kita sudah boleh membayangkan model sebenarnya yang bakal dilancarkan tahun hadapan. Nantikan kemunculannya!

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

perdana brochure1

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

18 Comments


  • Mmm… hasil yg agak menarik!:) Belakang konsep jaguar XF, C-pillar berkonsep Jaguar XJ:)

    Rekaan belakang nie pun dh dikemaskan. Bravo!. Alangkah bagusnya kalau lampu blakang tu depa guna teknologi NEXLIDE mcm kat iriz active. Pasti lagi nampak gempak n ekslusif!. Rupa depan sy masih prefer mcm dlm filem Kapsul tu. Cuma perlu diperhaluskan lekuk bayang bahagian bumper bawah tu. Over all ok. Gud job!:)

    Cheers!


  • Hum the new design language that I can see from the Proton Iriz to this New Perdana is the 3d effect front lamp and the large chrome bar that goes right in the Light Lances …The rear is the Perdana’s greatest asset ie it looks complete not like the Preve were it looks incomplete …..
    hum great efforts Proton ………..oh and a big shout out to my bro Mohd Taufik!!!!!!!!!!!!!

    Cheers Guys!!!!!


  • Menarik olahan Mohd Taufik.. Suddenly terbayang (berimiginasi sebentar) jika Preve facelift(2016) hampir serupa Perdana 2016.. design direction..


  • Harga kereta perdana ni kena kompetitif. Sekurang-kurangnya perbezaan antara RM30K-RM40K utk perdana premium vs model accord 2.0VTi-L atau camry 2.0G.

    Segment D ini merupakan segmen yg lebih sukar kerana tidak ramai yang mampu untuk membeli kereta segmen ni.

    Mereka yang berkemampuan pasti akan membuat pilihan untuk nilai wang dan imej mereka.


    • Honda accord 2.0 bermula rm 138k, manakala camri 2.0 bermula rm 150k.. Jika Perdana 2016 40k lebih murah dari Camri bersamaan rm 110k.. Jadi Perdana 2.0 dengan julat harga rm90k hingga rm110k, boleh dipertimbangkan sebagai harga yang kompetitif


  • Mmm… harga akan menjadi salah satu faktor penentu penerimaan model perdana terbaharu nie di pasaran domestik. Kalau spek tertinggi accord 2.0 (generasi ke-9) dlm 150k, berapa plak range harga utk perdana premium baharu (guna platform accord generasi ke 8) nie… kita tunggu:) Sgt berharap, aspek safety perdana nie ada penambahbaikan n bleh dapat 5 star ncap. Even accord terbaru pun hanya 4 star ancap:)

    Cheers!


  • masih hodoh belakang…
    mcm persona kembang..
    harap bahagian belakang ubah bagi elok..
    jgn nampak mcm kereta buatan cina ..

    kereta ni kena lilit sekeliling.. ada tali dok lilit dia..mesti idea azlan lagi..
    ubah la cara design.. preve ngan iriz pun failed kat belakang…

    kalau xmau dengar jugak.. lantak la..


    • Kereta hodoh, so….. whats your main point? Memang hodoh perangai.

      Kutuk kereta takpe, tapi bab kutuk manusia lain. Umpama mengkekoh darah daging orang lain yg tiada salah pada anda.

      Yes, kutuk terus….. rezeki azlan dpt pahala free berjumlah berpuloh tahun nilai amalan akupunya. Itu mungkin sebab ianya telah dijanjikan oleh Nya. Pahala free terbang.

      Woo… yes segala usaha memfitnah telah kembali semula kepada tuannya iaitu pemberi kabar fitnah.

      Jika Kereta = kalu ubah macam mana pun, akan ada yg tak suka dan yg menyukainya. Please realiti check, sila hidop dalam kepelbagaian manusia, produk ciptaan, or apa2 pun. So raikan lah kepelbagaian tu mengikut norma kemanusiaan.

      Level kutukan = -10000 pahala bertahun. Mungkin. Kun faya Kun. Hanya TUHAN yang tahu.

      TELADAN: Mari Kutuk Mengutuk Supaya Ramai Orang Di Kutuk Dapat Pahala Free (Sarcasm)


  • Mmm… apa masalahnya kalau ikut design direction persona? X weird pun? rekaan garisan yg sentiasa related/berhubung dari bahagian depan hingga ke blakang tu just nk menampakkan bentuk keseluruhan model tu solid dan tiada rekaan terpisah. Mazda 6, Toyota camry dll. dah lama dipraktikkan konsep asas rekaan nie. Cuma kena lebih kreatif dlm menzahirkan garisan tu. X semestinya straight line n mudah dijangka.

    Bro akupunya, jom kita gie alami proton ujung minggu nie. Nanti sy blanja eskem. ikut la, vanila ker coklat:P Pastu kita ronda2 RnD department proton jumpa dgn azlano, biar dia beri pencerahan dari aspek n terma rekabentuk. Pastu boring2 bleh ar kita gie gerai2 pameran main pusing2 wheel of fortune ker. Nanti kalau sy dpt hadiah payung sy bagi kat ko jer la… ‘ jgn cakap akak tak payuunngg..’ ahaks!… gurau:P

    Cheers!

Leave a Reply