ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

Aston Martin tunjuk foto rasmi Lagonda

Views

AM-Lagonda-29

Buat pertama kalinya, Aston Martin menunjukkan foto rasmi Lagonda, model saloon ikonik jenama terkenal British tersebut yang telah “dihidupkan” kembali. Walaupun Lagonda adalah model ekslusif untuk pasaran Timur Tengah, namun Aston Martin mahu kongsikannya proses pembangunan prototaipnya kepada semua. Foto ini telah dirakam semasa Lagonda menjalani ujian cuaca panas di Oman.

Lagonda dibina menggunakan platform VH yang turut digunakan oleh model Rapide saloon. Dikhabarkan Lagonda akan dikuasakan oleh enjin 5.9-liter V12 yang mampu menjana 552hp (560PS) dan 630Nm. Enjin tersebut turut menjadi nadi kepada Rapide S. Model produksinya dijangka memasuki pasaran Timur Tengah pada tahun hadapan.

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply