ARKIB

KATEGORI

Buletin

Apakah hasil yang dapat dituai oleh jalinan kerjasama antara Proton dan Suzuki?

Views

Maruti-Suzuki-Celerio

* Foto hiasan

Baru-baru ini dalam tanpa diduga Proton telah menjalin kerjasama dengan Suzuki. Memorandum Persefahaman tersebut bakal melakarkan rangka kerjasama yang luas dan merangkumi perkongsian teknologi, platform dan berkemungkinan melibatkan pertukaran ekuiti antara dua syarikat tersebut.

Umum mengetahui, Suzuki juga merupakan pakar dalam kereta kompak, sama seperti pesaingnya Daihatsu yang telah menjalinkan kerjasama dengan Perodua sejak sekian lama. Namun agak malang bagi jenama Suzuki kerana agak kurang mendapat sambutan dengan jumlah jualan yang kecil walaupun model yang ditawarkan tidak kurang hebatnya.

ertiga ari

* Foto hiasan

Beberapa model Suzuki yang boleh dipertimbangkan untuk “ditukar lencana” kepada Proton adalah model dari segmen A iaitu Alto dan Celerio, MPV global Ertiga dan SUV. Model-model ini adalah segmen bukan teras yang tidak perlu dibangunkan sepenuhnya oleh Proton. Kepakaran Suzuki dalam pembuatan enjin kecil juga boleh dipelajari oleh Proton selain usahasama membangunkan enjin dan platform model masa hadapan.

Selain itu, dikatakan hasil kerjasama tersebut bakal melonjakkan jumlah eksport Maruti Suzuki yang mempunyai kilang operasi pengeluaran yang terbesar di luar Jepun. Di India sahaja, Suzuki telah berjaya menjual lebih banyak kenderaan mereka berbanding dengan negara lain termasuklah di Jepun. Untuk pengetahuan, Maruti Suzuki telah pun memasarkan kit CKD untuk model MPV global Ertiga dan Ritz hatchback.

Mungkin juga ini adalah permulaan kepada kehadiran jenama Proton dipasaran India walaupun sebelum ini telah ada usaha dibuat namun tidak membuahkan hasil. Proton boleh menggunakan fasiliti pengeluaran Maruti Suzuki sedia ada untuk memasang model keluarannya selain faktor kekuatan jenama Maruti itu sendiri yang begitu kukuh di sana.

Jom kita bincangkan.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

60 Comments


  • 1. Utilise sepenuhnya kapasiti di Tanjung Malim.
    2. DRB-HICOM (parent company) jimat kos di Pekan, Pahang.
    3. Akses kepada enjin EURO terkini daripada Suzuki, khususnya enjin bawah 1.3l.
    4. Kebarangkalian lahirnya SUV, Crossover, atau 4×4 seperti Vitara dan Jimny.
    5. Orang Malaysia tak boleh lagi cakap Perodua bau Jepun sebab Proton pun dah jepunized.
    6. Pembeli senang cari barang potong, boleh convert proton jadi Suzuki.
    7. Sevice Centre proton boleh naikkan pendapatan.
    8. Komisen salesmen proton pun dapat lebih.


  • Patut rebadge Suzuki Kizashi sebagai Inspira baru dan tukar enjin 2.4 kepada 1.8 turbo atau enjin kecil lain yg berkuasa.. Kizashi tu sedan D-segment yg saiznya lebih kurang sama dgn sedan C-segment yg besar..


  • proton engineers akan jadi sehebat perodua engineer..
    pakar bumper, fender, hood, lamp, dan tidak dinafikan pakar tukar logo..


    • Mmm… atau mgkin bleh sy tambah lagi prootn engineers, design n styling akan jadi lebih hebat drp perodua engineer (adoii… mengamuk la haters dgn statement sy nie:P:)). Mana taknya, model rebadge pun sapu, model buat sendiri pun sapu… x gitu? Kan ada dua kemahiran n kepakaran tu?:P

      Cheers!


    • Aku takde masalah kalau Proton nak rebadge pun. Yang penting Proton boleh buat untung supaya pada masa yang sama Proton boleh bangunkan model sendiri.


    • Ape yang bermasalah jika proton rebadge. Semua org buat. PSA buat, fiat chrysler buat, Nissan+Suzuki buat. Tapi kenapa proton buat je akan ada je angin kencang.


      • sebab proton xhebat dh gagal… sbb tu org tgk proton kali ni sama level mcm naza.. buat kereta pun xboleh2 nak bagi elok…

        syokla org proton.. ubah n pasang bumper shj.. suzuki jugak yang hebat..

        haha


  • Mmm… dgn kerjasama ini, proton-suzuki harus menumpukan pada pengeluaran kereta segment A n enjin bersaiz kecil yg jimat minyak dulu. Kn ini sbb utama agenda kerjasama ini dibuat? Buat masa nie, segment A low cost compact car adalah pilihan popular bagi pasaran domestik. Setakat nie perodua tiada saingan dlm market nie. Tun M pun dah bagi signal, prootn juga akan serius utk market ini bersaing dgn perodua. Perodua no choice utk memasuki pasaran sedan (B segment) sbb market utamanya dlm segment A, B kereta kompak akan mengecil dgn kehadiran model baru hasil usahasama prootn-suzuki dlm tempoh 16 bulan nie.

    Cheers!


    • Market low cost compact car dah lama sangat terbuka luas sejak Perodua mula menjual Kancil.Walaupun Savvy gagal,Iriz datang semula untuk curi sikit market segmen kompak.Are u saying Iriz masih belum serius?
      Low cost mean el cheapo driveable coffin.Cabaran terbesarnya bagaimana nak dapatkan range harga yang kompetitif.Bersediakah nak buat kereta harga 24k dengan nilai tambah jauh lebih baik dari Axia?
      Harap proton fokus satu persatu,jangan yg dikejar tak dapat,yg dikendong berterabur,terkena tahi ayam pula.
      Hari ni benchmark proton mungkin model terlaris Perodua,bila sampai masa model proton segmen A tu dilancarkan,orang dah tak terima standard tu lagi.Lebih parah lagi kalau masa tu Perodua keluarkan pula model baru yang jauh lebih baik.
      Berhati2 wahai Proton.


      • Mmm…. dulu segment kompak mmg terbuka luas. Terdiri drp Segment A dan B. Biz trend perodua pun mmg fokus kat market nie je berbanding prootn utk semua segment. Bermula kancil, perodua tiada saingan dlm range harga murah itu berbanding kereta import lain. Savvy, even tiara keluaran proton tidak dpt memenangi kelompok majoriti pembeli bila myvi memberi penyelesaian terbaik; super mini compact, yg lebih besar n luas, sesuai utk kegunaan famili bandar.

        Iriz segment B compact saingan myvi, kemunculan pertama keseriusan prootn utk market kompak dlm katogeri itu. Cuma Proton masih tiada lagi model kompak dari A segment. Sbb tu adanya JV prootn-Suzuki nie. Bagi sy, fokus prootn mmg perlu satu per satu tapi perlu juga dlm permainan serampang, 2, 3 mata. Keupayaan dah ada, cuma perlu cipta ruang dan peluang. Hanya faktor kewangan jer menjadi kekangan.

        Apa2 pun, projek pembangunan model2 lain seperti model sedan yg lain harus juga terus berjalan dan dipertingkatkan.

        Cheers!.


  • alto?? xyh la produce model ni..damn fugly ever…suszki jual model ni pn mhal gla n xde special bout this model..Iriz itself much way better


  • sy harapkan model yg pertama lahir hasil drp kerjasama ni adalah Suzuki Celerio.. jualan Axia akan tergangu jika Celerio yg keluar.. sy tak rasa Alto ada pakej yg menarik.. Celerio juga ada dijual di Thailand.. jadi parts CKD akan lebih mudah didapati dr Thailand untuk dipasang di tanjung malim

    dalam business semua nak untung, sy tak rasa kerjasama ni langkah ke belakang.. jualan proton sekarang memang suram, pengenalan persona R, saga R, new perdana dan model compact dr Suzuki ni diharap dapat lonjakkan balik jualan proton


  • tak payahla berangan nak go forward with all this ‘kerjasama’…the fact is for proton – bukankah the internal issues are the main cause of failures of all previous ‘kerjasama’? cuba fikir adakah ada jiwa2 akan hepi bila sourcing parts dr ‘different’ set of vendors? cukuplah dgn inspira yg banyak sourcing from JP,TH and CN..adakah vendor2 tempatan akan hepi bila significant percentage akan disourcekan ke vendor Suzuki di TH,IN?…disuapkan dgn isu politik sekarang – proton menjadi public enemy tv31/4..the consequences are obvious..


  • tahniah proton..satu berita baik selepas berita Saga R,Persona R dan Perdana fasa 2..dengan kerjesama yang memfokuskan kepada segmen kecil pastinya mampu meningkatkan penjualan kedua2 syarikat.. namun, pandangan sy proton perlu rebadge suzuki celerio berbanding suzuki alto.. peace!!


  • kadang-kadang memang kesian dengan proton. sebabnya mereka hanya mengharapkan jualan di pasaran tempatan. Namun hasil jualan di pasaran tempatan tak begitu memberangsangkan lantaran saingan dari jenama luar.


    • sebab tu la dari mula awal, kena design untuk global, bukan local. kalau laku kat luar, dah tentu laku kat malaysia. satu lagi pasal fuel efficiency, tolong la improve. tak payah la bubuh dalam brochure fuel consumption at constant 90kmh. buat malu je.


      • ya.. fuel consumption kereta2 proton agak teruk.. mungkin proton dah banyak improve dekat model Iriz (VVT, smart alternator, new piston dll)

        cuma, kereta proton masih berat, bayangkan Iriz 200kg lebig berat berbanding Myvi.. kereta berat, maka FC pun tinggi


        • Part berat ni memang betul pun. Terlebih berat berbanding semua pesaingnya. Aku harap untuk short term, enjin 1.3 Turbo akan dapat membantu dan untuk long term Proton diharap akan melakukan beberapa penambahbaikan dari sudut ini.


          • Mmm…. kalau nk ringan lagi, buang sumer safety tu. Baru ar seringan kapal terbang kertas. Hehehe… gurau jer:)

            Cheers!


          • Berat cam gajah tu takde kena mengena ngan safety tu.

            Honda City 5-Star jugak, tapi dia sedan pun lebih ringan sikit dari Iriz yang hatchback kontot.

            Mana yang kelemahan kita kena akui. Tak bagus kalau semua benda pun kita takmau nak akui.


          • Awak betul ProtonGSC.Buang la mindset tons of safety features,berat tak boleh dikurangkan.Tu mindset zaman Revolusi Industri Eropah dulu.Kalau hari ni Proton berbangga dengan safetynya,akan datang alangkah baik produk Proton terkenal dengan safety plus FC yang bagus.Fauzan bergurau pedih didalam hatinya tu…hihi


          • Mmm… jgn sentap protonGSC, amik serius ker? X cakap pun iriz tu xde kelemahan. Mana2 kelemanan hatta kelebihan pun mmg kena akui kn?:) Setiap model tu ada kelebihan/kekurangan tersendiri.

            Bagi sy, berat ringan tu ada lebih n kurangnya, kalau lebih kat FC, mgkin akan kurang plak kat stabiliti, performance n handling… mcm tu la. Faktor safety bagi sy mmg ada effect kalau x banyak pun, sedikt mmg ada. even myvi lama dgn myvi terbaru pun ada pertambahan berat gak kn dari 950kg ke 966kg kerb weight even lebih kontot n kecil dari myvi lama. Dari 3 star safety to 4 star, betul? Semakin tinggi spec n tanbahan aksesori juga menyumbang berat gak kn? Iriz dari low spec 1130kg ke premium dlm 1150kg. 5 star lagi dan KIA picanto 4 star plak 966kg. Mmg diakui iriz paling berat dikalangan 3 model nie. How about VW polo GTi 5 star 1190kg? Still dlm segment yg sama gak kn? Nk kata itu satu kelemahan? Xkn nk compare gak dgn honda city sedan (bukan segment sama) yg lebih ringan tu kot?

            Sorry la, bab2 teknikal nie x pandai sgt. Sekadar pandangan sja. Kalau rasa x setuju, abaikan saja statement sy. Suka berkongsi info je.

            P/s: Ada beza kn berat tin kosong dgn tin penuh sardin?:)

            Cheers!


          • kalo ikut logik lagi ringan lagi tak de safety, rasa semua yang racing f1 tu dah mati dah time accident. dah 1 keta f1 dalam 600-700kg je. nak kata lagi banyak aksesori lagi berat, theoretically memang macam tu. tapi sekarang zaman benda makin kecil. benda kecil tapi function lagi banyak. tengok henfon sudah.


          • Mmm… bro aaa, salah satu cara utk kurangkan berat rasanya prootn perlukan enjin kecil, ringan dan berkuasa. tanpa perlu mengorbankan aksesori n safety yg ada. Teknologi mmg dah ada seperti yg ada pada teknologi kereta sport lotus yg ringan tu, cuma nk sesuaikan dgn penghasilan kereta kos murah versi proton adalah satu cabaran. Boleh sahaja tukar pengunaan metal semuanya kepada aluminium yg ringan tu tapi berbaloikah?:)

            Cheers!


    • Mmm… bukan ker celerio tu B segment? Rasanya prootn kena rebadge dari model A segment. Segment tu yg xde lagi. Huhu… Tapi google2, ada plak yg kata celerio nie a large A segment city car… Wallahu’alam.

      Cheers!


  • Permulaan yng baik bgi proton kerjasama dgn suzuki..Bagi saya x perlu rebadge mna2 model 2 suzuki yng ada cuma proton mngkin blh guna platform,engine dan sebagainya utk develope model mereka sendiri..Dgn cara ni proton blh improve product mereka dgn lbh baik.Byk segment yng proton x msuk spt. A,Suv small mpv dan lain2..
    Cuma 1 je.proton perlu improve dri segi feul consumption dgn guna body yng ringan dgn safety yng perlu standard pada smua spekfilasi bknnya pada spek premium sja…Quality proton harap diimprovekan dgn lbih baik pd masa depan


  • Firsly, hopefully joint venture kali ni berjaya dari sebelum….GO GO GO PROTON.

    Rasanya Suzuki atau Mazda atau Jenama Jepun lain yang tak popular/sales tak berapa bagus di Malaysia adalah pilihan terbaik berbanding Honda/Toyota/Nissan yang mungkin jual mahal sebab ada jualan yang banyak di Malaysia dan mungkin tak pandang Proton ni. Jenama Europe pun boleh tapi mungkin enjin nya ada masalah sebab berlainan cuaca dan maintenance tinggi

    Cadangan untuk Proton rebadge kereta adalah kereta yang tak pernah masuk Malaysia lagi…..Proton boleh juga amik enijn suzuki sahaja pakai kat kereta Proton kalau suzuki bagi……….Bagi saya, Proton memang memerlukan Suzuki untuk bersaing terutamanya dari segi enjin jimat minyak.

    Proton boleh juga joint venture platform untuk kereta Asean ataupun Malaysia. Mungkin Proton boleh amik part dari suzuki yang berkualiti dan bawa ke Proton. ataupun develop part berkualiti dengan vendor jepun. Tengok kelebihan suzuki pada reliability enjin dan barang2 nya (sebab originality barang atau design tu dari jepun yang mengawal kualiti). Another things untuk export – mungkin boleh classify negara mana yang Proton nak jual dan negara mana yang suzuki nak jual (Cadangan untuk Proton adalah Negara Asean)

    Enjin Suzuki yang boleh amik untuk jimat minyak: 20 – 30 km/liter berbanding Proton 14-18 km/litre (Axia dan Mirage 21 km/liter)

    Kelebihan suzuki ni partner dengan Proton adalah Suzuki boleh gunakan Proton untuk masukkan model2 baru dan jual dengan harga yang murah…….Suzuki boleh kurangkan kos buat platform untuk Malaysia dan kereta Asean, dan boleh mengenal pasti market requirement untuk Malaysia, dan mungkin boleh joint venture pusat servis di sesetengah negara Asean. Suzuki boleh juga gunakan Proton untuk re-styling modelnya following latest trend (Korea, Europe or Honda Style) yang ada di Jepun sebab rasanya model yang paling cantik skrg ni untuk suzuki adalah SX4, Swift dan Ciaz.

    Model suzuki Malaysia: SX4, Alto, Swift, Grand Vitara
    http://www.suzuki.net.my/

    Model suzuki Japan: Celerio, Splash, Swift, SX4, Vitara, Ciaz, Kazashi, Jimny, Ertiga, APV
    http://www.globalsuzuki.com/automobile/

    Model suzuki India: Alto, Wagon R, Celerio, Stingray, Ritz, Swift,Dzire (Swift Sedan), Ertiga (Switft MPV), Omni, Eeco, Gypsy, Grand Vitara, Ciaz
    http://www.marutisuzuki.com/

    Model suzuki Indonesia: Swift, Celerio, Ertiga, Splash, APV, Vitara, Karimun Wagon
    http://www.suzuki.co.id/automobile_type/all-new-swift-gs#

    Cadangan untuk amik model yang tak pernah masuk Malaysia kalau boleh.

    Hopefully Proton berjaya naikkan sales semula dan bersaing sama dengan Perodua dari segi jualan dan seterusnya membantu suzuki untuk memperkembangkan jualan nya di Asean.


  • Salam,

    sekadar mencelah dan meluahkan rasa tidak gembira.. 🙁 🙁

    Baru memiliki Proton Iriz xx/6/2014..

    pros : body n handling mantap, puas hati
    keseluruhan rekabentuk fizikal, aksesori memuaskan hati

    major cons : Menyedihkan kerana Proton GAGAL berubah dan masih tak betulkan masalah utama – masalah bising CVT, kereta moden tahun 2015 masih teruk bising masuk dalam kabin, annoying. terutama bila speed 80km/h dan semakin teruk hingar tayar + humming enjin + CVT bila cecah 100kmh.

    sampai bila Proton nak jual keta macam ni pada pembeli? test bagai nak rak di Europe lah 3-4 tahun research.. ini je ke hasil nye?

    bunyi enjin + ekzos semasa idling juga agak bising, powertrain Iriz mcm serba tak kena..dgn bunyian2.. less responsive, jerking at low speed, teruk dr Proton Saga Magma bila pakai gear 2, aircond triggered.. tension!

    Belum test melebihi 100kmh kerana masih under 1000km.

    Keseluruhan saya faham kenapa MyVi tetap popular. letak harapan pd Proton seperti curah air di daun keladi..

    * tadi telefon WeCare Proton 1-888-xx-xxx utk tanya serba sedikit isu ini.. dan soalan mcm mana nk configure remote control lock-unlock supaya ada beep… jawapan? MAAF CIK MINTA HUBUNGI SERVICE CENTER.. KAMI PUN TAK TAHU.. (dlm hati celaka Proton-puasa hari ni rosak geram dgn staff Proton..)

    Telefon SC 3S Proton- ” Cik kami kena check dlu, so nanti service kta check..” jawapan terlalu general dan tidak langsung mahu peduli kekecewaan pembeli.

    Benarlah feedback2 dlm internet, Iriz hanya sekadar penipuan berterusan Proton terhadap korupsi engineering dan vendor sistem.. serta tiada kesedaran pihak atas Proton Holding..

    maaf cakap.. ingatlah..rasa terainaya pembeli seperti saya ini tidak akan membawa apa2 kejayaan dan keberkatan (jika pentadbiran Proton itu fikir Agama) kepada Proton malah Proton akan dilanda masalah dan tidak berjaya..

    doa org terainaya …


    • salah satu cara proton nak kurangkan FC engin campro, dengan cara pasangkan enjin campro dengan transmission cvt

      langkah yg baik, cuma pemilihan punch sebagai pembekal cvt mungkin silap

      mungkin proton memikirkan soal kos, cvt punch lebih murah berbanding dengan pembekal2 lain

      pengguna sekarang lebih bijak, tentu mereka akan bandingkan kereta2 terkini dengan model2 baru yg diperkenalkan proton

      pengguna sudah pandai berbicara soal NVH, FC dan buat perbandingan dengan model dr pengeluar lain

      sy tak pernah bawa Iriz, tapi biasa memandu Axia.. apa yg saya rasa, perodua dah hasilkan satu produk yg baik (Axia).. NVH memang terbaik di kelasnya.. typical 3 pot engine, engine sedikit gegar, namun gegaran itu tak terasa di steering.. sy boleh ckp, NVH Axia sama hampir sama dgn NVH Myvi (2nd model)


    • Mmm… mgkin anda tidak bernasib baik berbanding org lain. Tumpang kesian n simpati. Faham… ini luahan rasa anda. Setiap masalah tentu ada penyelesaiannya yg baik. Istighfar banyak2, sabar n redha dgn ketentuanNya. Pihak proton perlu ambil berat isu2 efficiency dlm perkhidmatannya jika ada kekurangan, perlu tindakan yg lebih baik diberikan. Tapi kalau nk kata semua teruk, x kot.

      Moga niat kita ikhlas utk memperbetulkan. Bila kita marah, adakalanya kita lupa lunas2 susila. Kita rasa teraniaya, bagaimana kalau org lain juga rasa teraniaya dgn tomahan, herdikan, khabaran2 tidak benar walau pun kita rasa benar. Tidakkah itu juga mengundang fitnah? Perlukah dua pihak2 nie nanti saling gunakan pass ‘doa org teraniaya’ utk mengubati rasa kecewa masing2?… nasihat sy, bila doa, doalah yg baik2. Teraniaya atau tidak itu hanya Dia yg Maha tahu. Serahkan segalanya padaNya. Kalau kita nk org doa yg baik2 utk kita, kita doakan yg baik2 utk org lain. What u give u get back. Hari baik bulan baik, sama2 kita koreksi diri. Mohon terasa.

      Cheers!


      • dhsyat ko punye penjilatan terhadap sikap buruk Proton?
        Yg beli brg dr Proton hutang 9 tahun terbeban tu lah terainaya ko nk ckp Proton terainaya?
        useless lah manusia mcm ko ni fauzan.. ckp lapik2 mcm ‘warak’ tp menyokong rasuah dan penipuan dlm Proton..


        • kHAIRYJ n Pemilik IRIZ2015: anda dok membebel kat sini pun tak guna cuba berusaha mendapatkan number orang atasan dan report kan senang. BTW Iriz dah launch ke Bulan 6 tahun 2014? ke basher je. apapun berusaha hingga dapat contact orang atasan good luck


        • Mmm… sy faham anda sedang marah, tapi perlu ker biadab?Sorry;P Sy sekadar lontarkn persoalan utk difikir2kan jer pun. X perlu sentap bro. Kalau ada nasihat yg baik, rasa nk amik jadi tauladan pun ok, tak nk pun ok. Sy x rugi apa2 pun.

          Hohoo… useless ye? Mgkin la sy nie useless. X mcm bro khairyj yg tinggi derajatnya, baik hati dan berbudi pekerti mulia:P

          Salam Ramadhan! Sorry… mohon terasa.

          Cheers!


    • Pengguna Iriz standard MT..

      Memiliki Iriz standard MT sejak Disember 2014.. Bukan pengguna hardcore(no offroad) tetapi sudah travel lebih 60 000km(tuntukan kerja travel sana-sini)… Body and handling bolehlah, puas hati.. Keseluruhan rekabentuk pun bolehlah memuaskan hati.. Guna MT setakat ni takda masalah langsung, lancar dan senyap jer.. Dalam cabin memuaskan hati, rekaan dashboard banyak shadow tak terlalu kosong, agak menarik.. Varian standard takder gadjet, biasa jer(old school).. Speed 110 kmh pun masih tenang, senyap jer, puas hati la.. Penggunaan minyak boleh dikatakan jimat untuk kereta seberat 1.1tan(bandingkan dengan kereta yang sama berat).. Keseluruhannya OK memuaskan hati untuk varian standard MT.. Tiada WOW faktor dalam varian standard MT ni.. Keseluruhannya puas hati.. Cuma rasa terkilan tak pilih Iriz Premium MT masa order dulu..

      p/s : Jika anda dianiaya atau teraniaya berdoalah untuk kesejahteraan anda dan keluanga anda dimasa hadapan , sesungguhnya lebih baik dari mendoakan keburukan orang lain


      • Saya pemilik Iriz executive 1.3 MT sejak Mac 2015. Memang tiada problem. Tapi belum sampai pun 20 000 kmh. Memang jiwa manual, kereta sebelum ini semuanya MT. lari 110kmh steady jer, senyap. Saya pun rasa macam terkilan tak pilih Iriz Premium MT. Kononya old school masa tempah dulu.


      • Kereta pertama aku Toyota Corolla (E70). Kereta kedua Honda City model 2002 (GD8). Kemudian trade in untuk beli kereta ketiga Toyota corolla (E110). Kereta keempat pula Honda jazz generasi ke 2.

        Kesemua kereta yang aku beli sebelum ni adalah terpakai dan transmisi manual. Kesemuanya memuaskan hati dan kehendak aku. Tiada masalah besar sepanjang menggunakanya. Pada Januari lalu aku dinaikkan gaji lagi(sudah grad tidak layak menerima br1m lagi). Pertama kali menempah kereta baru dalam hidupku. Honda Jazz berikan kepada isteriku tersayang.

        Kereta Iriz Premium MT telah aku terima pada Mei 2015. Pandangan pertama setelah mencubanya beberapa jam, memang mantap. Belum sampai 10 000 km. Sudah beberapa kali speed 130kmh, memang lancar dan senyap. Bila ambil selekoh pun mantap, tak bergoyang. Iriz Premium MT memang jauh lebih baih dari kereta Aku sebelum ni. Tapi tak adil jika dibandingkan kerana Iriz model baru manakala kereta aku yang lama semuanya terpakai semasa aku beli. Ruangan kargo tidak sebesar Jazz. Dengan segala ciri keselamatan dan gadjet yang ada, aku sangat berpuas hati.


  • Bukan main kencang sembang mamat2 dlm ni pasal Proton.. itu ini.. macam kalah sudah BMW.. tp itu lah propaganda mat2 pembohong Proton.

    Beli pakai sendiri tahu lah kecewa atau suka.. takpayah nak gegah forum dn blog lah cerita pasal teknologi itu ini yg Proton pakai tapi basic requirement pun FAILED!

    SHAME PROTON!


      • aku ada proton jugak. pakai enjin campro cps. aku rasa kelisa mak aku yang dah lebih kurang 14 tahun tu lagi senyap dari kete proton aku. gegaran pun lagi kurang. bayangkan pedal minyak pun vibrate. camane? ingat drive by wire. kelisa yang pakai cable mechanical tu pun takde plak pedal minyak vibrate2 ni. aku memang ada hak nak puji ke nak kutuk keta proton. sebab aku pun ada keta brand lain jugak. so aku taw mana buruk baik proton. yes, tingkap kete aku pun baru jatuh walaupun orang dok kata tingkap proton dah improve, siap repair minggu lepas. pada yang dok puji memuji defend proton, aku rasa sebab dia pakai proton ni satu je. tak penah rasa pakai brand lain. aku memang nak tengok proton maju, tapi buatla keta betul2. refinement pun lebih kurang macamana orang nak puas hati. semoga proton terus maju.

Leave a Reply