ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ahmad Amirul Ehsan pemenang bertuah Volkswagen Polo Sedan

Views

Picture 4

Kempen“Safe & Stylish Balik Kampung” hasil kolaborasi antara Volkswagen Malaysia bersama pereka fesyen terkenal, Melinda Looi akhirnya telah sampai ke kemuncak. Kempen yang berlangsung selama sebulan serentak pelancaran dengan koleksi Raya 2014 Melinda Looi iaitu ‘emel by Melinda Looi’ telah menerima menerima  6,000 penyertaan dan Ahmad Amirul Ehsan bin Alias dinobatkan sebagai pemenang yang bertuah sekaligus membawa pulang sebuah Volkswagen Polo Sedan.

“Saya amat terkejut dan teruja apabila mendapat tahu bahawa saya telah memenangi sebuahVolkswagen Polo Sedan baharu. Saya memang ingin memiliki sebuah kereta Volkswagen sejak sekian lama. Jadi, sangat mengagumkan apabila impian saya itu menjadi kenyataan pada Hari Raya ini.” ulas Ahmad Amirul Ehsan. Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Volkswagen Malaysia, Petra Schreiber berkata, “Kami mengadakan satu kempen yang bertemakan gaya dan keselamatan kerana kedua-dua elemen ini selari dengan jenama Volkswagen.”

Dilancarkan di Malaysia pada tahun 2013, Polo Sedan pemasangan tempatan menawarkan prestasi mengujakan dan terbaik dalam kelasnya iaitu 153Nm @ 3,800rpm. Polo Sedan turut menyediakan penjimatan bahan api mengagumkan sekitar6.5 liter bagi setiap 100km atau 15.4km seliter.

Polo Sedan dilengkapi ciri keselamatan yang impresif termasuklah dua beg udara di hadapan dan sisi, Intelligent Crash Response System (ICRS), sistem brek anti-kunci (ABS) dengan Brake Assist (BA), tingkap keselamatan pada keempat-empat pintu, tali pinggang keledar tiga poin standard untuk semua penumpang, cagak tempat duduk kanak-kanak (ISOFIX) dan sistem penggera anti kecurian demi keselamatan maksimum sepanjang masa.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply