ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ada tak pemilik pertama Perodua AXIA disini? Jom kongsikan pengalaman anda bersama kami!

Views

10665138_854501107902107_5241975900012139881_n

Ada tak pemilik pertama Perodua AXIA di sini? Saya ingin memberi peluang kepada anda untuk berkongsi pengalaman mengenai model terbaru keluaran Perodua ini bersama pembaca setia funtasticko.net. Diberitakan semakin ramai yang telah menerima kereta baru mereka bermula awal bulan ini. Tempahan Perodua AXIA juga semakin menggalakkan, lebih-lebih lagi dengan kenaikan harga minyak yang menyebabkan pembeli mencari kereta yang lebih cekap penggunaan petrol atau EEV. Kongsikan pengalaman pertama anda bersama AXIA diruangan komen ye.

* Salah seorang ahli keluarga saya pun bakal menerima Perodua AXIAnya dalam masa yang terdekat. Nantikan ulasan pandu uji AXIA daripada Arish Qutb Ahmad Khan tidak lama lagi, tungguuuu…. 😉

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

215 Comments


  • Ada buat test drive. Kereta yang jauh lebih baik dari VIVA pada harga ViVA. Sesuai yang nak buat kereta kedua atau orang yang baru nak belajar pakai kereta. Cuma pick up sedikit lembab. Salesman Perodua kata kerana enjinnya yang guna fuel injection baru utk kawal minyak. Ada logiknya kerana bila control minyak yang masuk sedikit, pembakaran akan kurang dan pick up pun kurang. Macam bakar mancis dengan bakar minyak tanah, ada beza kan….Kereta bandar nak laju-laju buat apa weh. Nak laju kalu, nak buat balik kampung beli Suprima S, habis cerita.


  • Dah test drive.. cuma sempat bawak under 30km/j… pick up memang sedikit lembab.. dapat rasa pertukaran gear agak smooth.. NVH pun baik pada speed rendah.. tak de rasa vibration kat steering mse engine
    idling.. sekarang dalam proses loan.. sebab utama pilih axia.. harga mampu milik sesuai dgn budget yg ada, fuel consumption dan space… walaupun sebelum ni berkira kira nak sambar Iriz.. tak dapat dinafikan lagi yg axia lepas ni akan jadi model top seller..emm, sales myvi pun dah drop sekarang.. faktornya mungkin sbb axia dan iriz


    • Sebab apa pick up axia kurang?? Sebabnya ada eco mode..eco mode akan terpadam/off dgn sendiri jika kelajuan 115km/j ke atas..perasan dak kpd pemilik axia?sebab itu pada kdr 115km/j anda akn rs pick up..klu nk rs pick up off jerla eco mode tu kt panel meter..confirm xjimat minyak..ahaa..tu gunanya eco mode…pikir2 la sendiri


  • pick up lembap mungkin sebab DBW. pakai cable style lama untuk enjin EFI baru pickup. tapi initial je, bila dah gerak rasanya dah takda beza.


  • Plan nak beli axia sbg kereta kedua walaupun dah tertarik dgn iriz. Faktor harga yg lebih murah dan save fuel dgn 1000cc amat diperlukan sgt2 dgn kedaan ekonomi skg. Saya rase iriz susah nak dpt fuel saving yg baik walaupun ada vvt disebabkan berat mcm kereta sedan dan harga yang bole tahan.


  • Salam..saya telah memandu uji axia advance version..so pengalaman saya, saya rasakan yg pickup mmg kurang..enjin senyap masa dihidupkan, tetapi masa hendak memecut..bunyi enjin agak menjerit. mgkn kuasa enjin yg kecil membuatkan ianya agak macam terpaksa. so bagi handling pula, agak sederhana..biasa2 saje..lebih kurang viva. suspensi agak keras..terasa gegaran terutama semasa melalui jalan yang bergaris kuning. so bagi saya tiada yang wow..tambahan pula dalaman kereta agak simple..but ok. duduk di belakang agak meletihkan kerana kedudukan seat yg agak tegak. kelebihan sistem enjin baru eev @ eco memang menjimatkan tetapi bagi pemanduan dibawah rpm3000. jika lebih laju, lampu eco akan padam maknanya penjimatan tidak akan dpt dirasai. itu maklumat yg saya dapat dari salesman perodua..overall, ok dgn harga model g..tapi agak mahal bagi model advance yang hanya berkapasiti 1000cc.


    • viva elite premium sblm ni xde touch screen, xde leather seat, xde button kt steering, xde sensor parking depan.
      viva elite exclusive sahaja yg ada leather seat tetapi tiada brek ABS..harga pula sama dgn axia advance 42k.. so axia advance jauh lebih baik dari viva elite


    • Hi.. Saya test drive, ada bunyi mengaum semasa speed naik 30-40kmj di bahagian depan.. Ia bising.. Tak ada di kereta lain.. Mungkin bunyi dari shaft, atau rod, dll.. Saya pada mula nak nak beli dah tapi pospone dulu sbb nk tau ttg ini.. Boleh sesiapa yg dah beli share kan?


  • boleh bagi komen sikit tak axia ni dia punya ride soft ke atau bumpy macam viva? saya pernah bawak viva. terlanggar pothole sikit memang tak tahan. terlalu bumpy.


        • beli axia tahun ini mileage 23k kereta selalu i drive long distance kl-jb jb-kl setakat ni memang puas hati jimat minyak . Cuma cabin bunyi bising . Mmng sesuai untuk kegunnan harian dan economical .


      • Assalam saudara kamal..juz nk tnya sket..sy pkai se manual..knapa bla bwa time selekoh sy slow dan kdg2 rpm dia slope tros jatuh rpm 1..tp enjin xmati..kna rem bg rpm naik baru leh jalan..and for ur info sblm sy prasan kadaan jd cmni sy ada lah redah air..tp xder lah tggi sgt..sekerat tayar ja kot..any sugestion…


  • Satu je nk komen. Dr pukul 8 pagi td sampai skrg pukul 10, sy dh dengar iklan axia sebanyak 2 kali di sinar fm. Tapi iriz x de. Are you serious on selling iriz? Come on la proton…


  • Saya ada baca ulasan2 drp mereka yang dah test drive axia.. katanya handling lebih baik daripada model2 perodua yang terdahulu.. Cuma yang pasti, ride & handling memang tak leh lawan proton.. itu adalah pasti


    • tunggu target booking 200k.. lepas tu baru media bole pandu uji kikiki..kalo bagi skrg takut booking menurun.. percayalah.. nyesal kalo beli..


      • Jngn kate axia bro… ak yg baru pakai alza advance x smpi 5 bulan nie pun dh menyesal sebab slh buat pilihan… persona lama ak gak yg sedap bwk…


  • Belum test drive tp dah belek2 yg statik display. Overall better than Viva, interior lebih luas. Tapi mata aku masih kurang berkenan bab exterior design dia. Still nmpak agak ahbeng and a bit overdo utk sebuah kereta kecil yg basic. Tak semua kereta perlu diberi treatment racing-look, terutama kereta2 segmen A camni. Tapi bab interior aku puji lah, luas. Tutup pintu pun terasa ‘kedap’ tak mcm Alza.
    Tapi setuju bab harga menjadikan Axia ni laku, setakat ni ulang-alik pi keje dah byk Axia ni, kaler putih, silver dan kuning. Mata berkenan kat Iriz (tak dinafikan wow faktor pada Iriz begitu Onz) tapi bila tgk akaun ramai yg akhirnya beralih ke Axia, cater for wider audience – yg baru keje, parents yg nak belikan utk anak kat U, low-income family, 2nd car. Kena pulak org tgh berkira-kira dgn ekonomi skrg (subsidi petrol kurang & gst)


  • Aku dh test drive Axia mmbr utk Adv Version. Interior ok. Better than Viva. Tutup pintu pun ok. X la rs mcm tin milo Viva. Tp bab ride & handling msh lbh kurang sama mcm Viva. Msh ada rs bumpy. Mmg x digalakkn bw Axia for long distance sbb pick up slow & bumpy.. Kalau pentingkn keluarga dan ms depan pd pendapat aku baik ambil Iriz..


  • 1.) Test drive 1.3 mt,
    -seat selesa
    -clutch ringan
    -handling best
    – Rasa macam bawak sedan 🙂
    -nice interior/exterior
    -memang better dari mywi in all aspect,
    Mungkin kalah dari segi FC/maintainance /reliability ?
    -masih tiada official FC dari proton untuk 1.3 punya variant, hmm

    2.)Dalam dilema antara 1.3 cvt iriz vs 1.6 cvt iriz VS 1.6 cvt preve(diskaun 3K+) Mohon cadangan 🙁

    Nak pilih yang,
    -Good Fc
    -short(weekend)+long journey(balik kampung)

    Tapi hati ini tertambat pada 1.6cvt ex., tapi orang cakap bunyi enjin bising , betul ke?


  • So far drive axia mmg jimat..better than viva and myvi..handling ok xde masalah..interior n exterior design pun ok..setakat nie xde minor or major problem..sy pkai axia advance.


  • Beli axia rasa mcm tak berbaloi.. lepas test drive, pickup terasa kurang sgt bebanding viva.. front sensor yg tak boleh tutup, jadi bila ada motor lalu depan bila jalan jem memang akan berbunyi. Dr segi hrga, advce version dh smpai 41k.. terasa mahal pulak. Tambah lg rm6k je lagi dapat myvi se 1.3.. myvi lagi sedap drive.. absorber, interior quality much better dari axia.. cuma axia door handle dia lagi sedap bukak dari myvi..


    • Itulah yang saya tanyakan pada salesman Axia tentang front sensor tu… tak kan tak boleh tutup… kalau di traffic light kereta paling depan, motor depan kereta duduk dekat dekat asyik berbunyi la ya… ehmmm.. suruh Ah Beng letakkan suis la jawabnya… tak senonoh betul.


  • Sy Dah pandu uji axia advance. Bg sy pickup agak kurang. Sistem suspensinya agak keras dan terasa agak kasar ketika pemanduan. Bg spec E dan G kerusi belakang tiada head rest dan agak tidak selesa dan xbrapa sesuai utk pemanduan jauh. Kesian kt penumpang belakang nak letak kepala kena letak atas dashboard belakang.

    Dari segi boot space pulak mcm xlogik jer bleh dapat 260liter. Mcm sama jer dgn boot space Iriz kalo tgk dgn mata kasar. Mungkin kalo buka dashboard belakang tu bru dpt 260liter ka? Mcm tipu customer jer kalo mcm tu.

    Kualiti dashboard depan agak biasa2 jer. Xbrapa suka dgn kualiti tombol a/c yg nampak trlalu plastik. X percaya, bleh periksa sendiri.

    Kekuatan axia hanya pd fc dan sesuai utk pemanduan dlm bandar sj. Keta ini sesuai utk student, org yg bru mula nak bkeja dan sebagai keta ganti utk mereka yg sudah mpunyai keta yg lebih besar.


    • Dari pandangan mata kasar saya juga begitu. Lebihkurang sama sahaja luas boot space Axia dan Iriz.
      Atau mungkin keluasan Axia yang terletak pada rekabentuk tempat duduk belakang yang lurus bendul 90 darjah berbanding Iriz yang sedikit condong untuk keselesaan penumpang belakang.
      Dalam iklan, Axia boleh letak 4 bag, Iriz pun 4 bag. cuma bila tempat duduk tegak, dapatlah isi barang yang lebih lebar.
      Yang penting dapat letak barang banyak
      Keselesaan penumpang belakang tak pedulilah..


  • seriously can someone sharing this little car’s actual fuel consumption? coz last time i read perodua tend to exaggerate more than it should.


  • tambah 3 ribu lagi dapat iriz…lagi berbaloi dari myvi..lagi stabil..lagi selamat…lgpon iriz baru engin baru improve fuel consumption kan..no excuse lagi dah


  • tambah 3 ribu lagi dapat iriz…lagi berbaloi dari myvi..lagi stabil..lagi selamat…lgpon iriz baru engin baru improve fuel consumption kan..no excuse lagi dah


  • Ramainya orang nak beli Iriz. Baguslah.. dengar khabar booking 17k tu cerita dongeng. Betul ke? Ataupun sekarang dah 30k?

    Betul, jumlah jualan tak menentukan sesebuah kereta tu bagus atau tak. Tapi kalau tak boleh jual, macam mana nak untung? Kalau tak untung, macam mana nak survive??

    So, yang mana yang sibuk iklankan Iriz tu tolong lah beli. Kalau nak beli nanti tolong beli yang 1.6 Premium tau. Baru boleh rasa side airbag dan curtain airbag kalau tiba-tiba traction control malfunction masa layan corner 120 km/h nanti


  • Saya varu sehari guna axia. Tapi engine bergegar bila jalan slow atau nak berhenti. Apa dah jadi ni…….. frust lahhh. Ada sesiapa yg dh kena????


    • jangankan nak pakai.. waktu mula2 test drive dah dapat rasa semua tu.. rasa bergegar waktu engine idling.. atau semasa berhenti trafic light..


    • Saya n suami jg rs begitu. Org lelaki lg la byk komen. Katanya x balencing n stering lari2 ms kt jln lurus. Kena paut agar x tersasar ke kiri kanan. Sdgkn br seminggu beli. Gearbox pun mcm ada gegar sikit. Ni igt nk bw kt perodua esok, suruh lihat keseimbgn dll..beli ni nk pkai seumur hidup jk blh, x de prob


  • saya baru saja test drive AXIA 2 hari lepas. saya try di semua jenis jalan samada jalan lurus, jalan kona2 , jalan bukit dan jalan Allah.
    bagi saya pick up memang agak kurang tapi utk sekadar pemanduan dalam bandar takde.masalah dan teramat sesuai. kelembapan pick up tidak seteruk Hyundai Getz.

    Cuma utk masa yg panjang agak kurang pasti. kalau tengok bentuk enjin AXIA ni terlalu kecil dibandingkan dengan kereta2 cc 1.0 yg lain seperti viva, kelisa dan kenari.

    saya pernah guna kelisa yg mana petrol jimat dan pickup yg bagus.

    sekarang saya nak beli Axia. tapi bila dah test drive rasa timbul perbagai tanda tanya. kemudian macam tak jadi nak beli axia dn nak bertukar ke Myvi

    Kenapa Myvi ?
    atas penelitian dan kajian bertanya kawan2 yg kerja dalam bidang automotif, myvi ni harga dia payah sikit nak drop. saya yakin IRIZ walaupun mempunyai kelebihan di segi spect2 yg canggih dan terkini tapi harga 2nd atau nak trade in tetap jatuh lebih teruk dr Myvi. kereta ni lepas 6 ke 7 tahun dah rasa boring dan terasa nak tukar. bila nak trade in kereta yg 2nd volu jatuh harga sedih jugak. lebih baik ambik yg bila nak trade in atau jual balik harga masih tinggi. kita boleh tengok sendiri myvi tahun 2009 dengan persona 2009. harga baru lebih kurang sama tapi bila 2nd dalam carlist.my atau mudah.my Myvi masih tak jatuh sangat harganya

    last2 saya tak jadi booking axia kerana rasa kelisa lebih jauh beza disegi kekuatan enjin. cuma beza ruang dalam axia lebih besar dr Kelisa.

    mungkin dalan sebulan dua ni nak beli Myvi.


    • Smlm booking Axia.. ada gak tnya psl MyVi Extreme & SE dah abis stock for this year. Salesman kta next year both variants ada new facelifts.. menurut beliau lah.


    • beberapa tahun yg lepas mgkin harga kereta perodua ni agak tgi dlm pasaran kereta terpakai.. tp sekarang, perodua pon agak jatuh.. perodua viva bersepah2 kt used car.. x laku nak jual..


    • alarm memang xde bunyi masa bukak atau tutup kereta. tapi kalau orang kopak pintu tu mesti bunyi. that’s the only way to try the alarm.


  • Simple saja..bli keta ikut kemampuan..kita sbg manusia mmg x kan penah puas kan..asal bleh redah panas ujan udah..maintenance x pening kpala nk bayor!-tepuk dada tanya selera bebbbbbb…….


  • Untuk pengetahuan
    1KR engine dicipta atas ushasama Daihatsu@toyota dgn pengeluar di Poland dan ada 3 varian engine 1KR ini..

    1) 1KR-DE Non VVT (Toyota Agya-Pasaran Indonesia)
    2) 1KR-DE2 Non VVT (Perodua Axia-Pasaran Malaysia)
    3) 1KR-FE With VVT (Peugeot 107-Pasaran Europe)

    *Harap maklum dlam versi yg tertinggi engine ini mmg dibekalkan dgn system VVT tetapi sygnya bukan VVT pihak Perodua telah memilih jenis engine Non VVT(maybe cut cost kot),mengikut ulasan media permotoran engine 1KR-FE adalah varian yg terbaik dari segi penjimatan dan kuasa engine berbanding dgn varian lain….


    • KR-DE dengan KR-FE mmg beza sbb DE xde VVT.Tapi comp.ratio dia tinggi.FE plak tengok coding nama enjin pun tau dah design utk jimat minyak.


  • Salam. Aku setuju dengan pendapat yom77. Beli kereta ikut kemampuan. memandangkan keadaan ekonomi sekarang ini semakin teruk. kalau rasa duit berkepuk2 ambillah kereta yang lebih mahal dari Axia tak perlu nak komen lebih2. Aku dah test drive memang Pickup kureng sikit berbanding Viva mungkin ia dibina untuk kecekapan pengunaan minyak dan untuk pengurangan harga kos. Handling lebih baik dari Viva. Manalah tahu mungkin Perodua akan keluarkan modal Axia facelift dengan engine 1KR-FE With VVT?. Sepertimana Modal Kembara facelift dulu with DVVT.


  • dah test drive axia advance..design ok..pickup slow..engine gegar ketika idle or low rpm..handling ok..better than viva yg ringan sgt..space dlm agak luas dan selesa..tp stereng height takleh adjust pulak..


  • sy dah 3 minggu pakai axia standart G(utk pegi balik keje)…. sebelum ni pakai persona baseline(6 tahun gak pakai)……handling best walaupun pickup slow….tp lepas tu ok jer….minyak memang jimat…….interior luas and berbaloi2 ngan harga…kete pertama sy kancil 850 manual harga 30k…..kurang 3k++ jer dari axia standard G….tp x secanggih axia ni….mcm langit ngan bumi……tapikan lepas 8 tahun sy trade-in kancil …still ada value…..sy untung 4k jual kancil and dpt buat down-payment beli Alza…..trade-in persona x dpt apa….rugi adooo (dahlah 6 tahun menanggung byk masalah)……..hahahaa….

    sekian;)


  • Berangan-angan nk membeli axia Adv atau MyVi SE selepas dpt buat full-settlement semua hutang2 bank. Just tinggal discharge letter je dri banks. Dok JB gaji x sekencang mana, tapi boleh le. Hati lebih ke arah Axia Advance silver yg fiercely cute tu. Rasa ada keseinambungan coz kancil 850 ex jg merupakan kete pertama ku dlu. Aq klu boleh nak save dalam serba serbi. Tak kisah la, janji ada kereta berbumbung utk bergerak. MyVi 1.3 SE dark purple pun memikat hati juga. tp..1.3 cc tu sme je la fuel consuming cam kete sedan lain. Tema: Jimat, Cute & Spacious. Lagi pula kg aq sekitar bndr JB je, plg jauh beraya ke Singapura aje.. Doakan aq dpt beli Axia Advance Silver akhir bln ni ya..Amin Ya Rabbalalamin..;-)


    • owh smlm mse byr duit booking axia, ada gak survey MyVi SE & Extreme. Kata salesman perodua dua variant tu dh abs stock utk thn ni. & thn dpn ada new facelift for those two. Menurut beliau lah. Selamat Tahun Baru 2015 guys!..


  • Sebagai seorang pemandu msia yg normal dan waras, saya tak pernah dapt jimat sampai 20km/l. paling sopan saya dpt 16km/l. bawak normal 9 hingga 13km/l. Saya pasti myvi dan iriz lebih jimat dari axia…..mcm mane boleh declare EEV….tang mane EEV?


  • Baru angkat jer Axia Adv sabtu lepas…FC 1st tank 11.6KM/L (40%hway 60%town) (1st tank pon x habis lg petrol)

    Pros:
    Design cantik, dalam luas sikit dari viva, picup ada la sikit 0-40km, enjin senyap, masa gear [N] rasa mcm enjin x hidup, aricon sejuk, tutup pintu bunyi sodap, nk panaskan enjin sekejap je

    Cons:
    Pickup 60km keatas agak berat dari viva 1.0..nk take over bahaya, naik bukit jenuh tekan pedal oi…berpeluh2..kete balakang makin dekat, autolock xde(tekan brek pintu lock), panic button alarm xde, sound system kurang.

    Rasanya axia ni sesuai untuk town jer…klu highway agak bahaya sikit sbb pickup dia agak lmbat..nk takeover lori ke bas ke…kena betul2 kereta dari belakang jauh baru boleh potong…

    Nk tulis lebih2 pon x boleh sbb baru sgt..enjin ketat lagi…ni hanya review dari pengalaman saya sendiri…klu nk sodap2 bawak baik beli je honda jazz compom xde masalah…hihihi

    saya bagi 3.5 dari 5 bintang


    • beli kereta ikut kemampuan, jgn dok tayang konon dapat beli kereta baru dengan orang. enjin pikup or tak yang penting memandu lah dengan berkhemah di jalan raya… apa apa pun perodua axia memang bagus cuma ada juga kekurangan yang dapat saya rasa. axia advance saya baru juga keluar 12/12/2014.


  • saya dah dua hari pakai rasa ok je tapi tak lah dapai 21 km/liter setakat ni pick up lembab sikit tapi selesa dari kancil not bad yang penting harga murah , lagi pun sekarang barang semua mahal kena cari yang murah


  • Bagi golongan yang kurang mampu beli Axia mcm aku ni. Iriz lagi baik berbanding Axia, kalau tak mana mungkin dapat 5 bintang. Tapi Axia lagi murah. Murah dari VIVA sebenarnya. Selama ni dapat beli motor saja, kereta tak mampu, kurang2 lebih baik dari bawak motor


  • Berbaloi pakai Axia.Genap sebulan dah pakai.kalau nak compare dengan iriz atau myvi..janganlah. axia cuma 1.0cc ja pun. apapun terbaik..


  • Dah 3 bulan pakai axia se (KM dah 5800), so bleh komen sket:

    – Pegi SC utk 5000km diorang buat full inspection je, takde tukar minyak itam pun if sume ok (jimat duit sbb inspection free. Tapi sevis 10k sc kata agak mahal sket bebanding viva sbb minyak itam dia je dah RM120 sebotol.. (gred 0-20 fully sintetik) Diorang akan amik review kita masa tu, so blehla komen pape yg patut.

    -Letak minyak Ron 97 lagi jimat (sementara harga masih murah). Dulu pakai Ron 95 (BHP) pegi balik keje 100km kalau isik penuh satu hari setengah turun satu takat. Skrg pakai Ron 97 (BHP jugak) isik penuh pegi balik keje 2 hari setengah kekadang 3 hari baru turun satu takat (average speed 100-110 km/hr, jalan hiway 80% 20% jalan taman n lama). Penah bawak dari JB-Batu Pahat fully hiway turun 1 takat kalau bawak dlm 100km/h. Pegi JB-Segamat turun 2 takat kekadang 3 takat sebab kene mendaki bukit sket.

    – Aritu parking kat tempat keje kene langgar bahagian depan (langgar lari). Headlamp sebelah driver, sensor sebelah driver,fender kanan, bumper sebelah kanan kopak. X claim insurans sbb syg NCD so pegi sc utk repair. Cost RM1600. Paling mahal cat (RM600) sebab water based katanya. Headlamp SE (sama cam advance) je dah RM520, sensor RM50 (sebelah), bumper (tukar frame bumper sbb grill,spotlight sume pakai balik sbb bumper dia jenis boleh bukak into pieces so xyah tukar one set) dah RM 250. Lain2 kos mcm fender, stiker bagai. Labor charge dpt free SC bagi.
    *Peringatan : kalau org langgar axia, mintak kos cat almost double sbb cat dia pakai water based, kos dia double dari cat biase. Water based cat x bau langsung, eco frenly katanya.
    ** Repair kat sc ada warranty 6 bulan, so kalau cat korang terkopek ke..pegi sana diorang redo balik.


  • Nak beli axia….. Nak komen pun tak layak. Tapi mampu la beli. Kalau takat pegi pejabat 15 minit pun tak sampai. 40km/j. Kalau kancil 850 auto. Rm10 dapat 3 hari. Beli axia…..tak tau sampai bila nak abis kalau full tank. Yg penting tu jer yg mampu… Ejen perodua. Mu tunggu aku dtg


  • nak beli kereta jangan kira nak murah dan nak jimat jerr.. kena kira dr aspek keselamatan juga.. jalan raya sekarang makin sebok.. risiko dijalan raya semakin tinggi.. Nyawa atau wang yang lebih bernilai????


  • Kalau nk beli kereta ikt kemampuan.bak kata bpak aku,ukur baju dibdn sendiri..soal keselamatan tu aku rasa tak jd mslh pn..mana2 kereta kalau dh kena lanyak hancur gak..aku dh pakai mcm2 kereta,dulu pakai proton..hampeh,pakai viva..jimat tp kecik..pakai kancil ok jew..pakai avanza sodap tp kuat henjut..pakai pregio van pn still ok.ni nk try amek axia..rasanya bolehla.jimat..fkr2 sndrk la k..ingt ukur bj dbdn sndri..nk tiru org wat apa??nk sgt beli yg slmt konon.bmw pn hancur..tengok alpard la yg excidnt,mati gak..kecuaian tu..


  • Saya dah tempah awal bulan 12 tahun 2014…masih belum dapat sampai sekarang..aduan dah buat dekat kedai, tapi alasan produa tak hantar kereta tu, betul ke macam tu….kalau ada sapa-sapa tahu macam mana saya nak selesaikan masalah ni, mintak bagi cadangan…..dah hampir 4 bulan punya tunggu…..


    • klu dah 4 bulan automatik loan bank cansel..sy pun dah apply..bln 1 loan bank lulus…1/4/2015 br dpt kereta axia auto g.3 bln menunggu .kene push salesman tue…ngam2 bank nak cansel loan..nasib sempat dpt sblm gst…


  • Sy dh 4bln pki Axia SE Auto….sume ok cm ble enjin dh dimatikan ada bunyi pd ekzos..sy dh bw ke produa service..formen kta filter ekzos…erkk…mcm tu pulak..tp xmo repair n alasan kete mahal mcm mercedes n BMW pn ada bunyi sm


  • Perodua adalah kereta babi. Kalau eksiden pasti mati. Kalau tak nak mati jangan beli kereta babi. cukup lah pengalaman aku dgn kereta perodua babi yg sememangnya babi dan takda safety!!!


  • salam semua..saya ingin bertanya mengenai penggunaan minyak untuk perodua axia nie..saya bru pakai seminggu tp meter screen saya menunjukkan penggunaan minyak adalah 13.5km/l…kenapa jd mcm 2 ek..setahu saya axia nie jimat minyak 21.6km/l…sbb 2 saya bli..alih2 indah kbahar dari rupa..


    • dh try reset meter? cer baca manual.

      utk 21.6km/l, mgkn kena follow cara diorg bawak kete. mmg xkn dapat la kalu jem manjang.

      bukan indah khabar dr rupa, cuma empunya kena meneliti khabar seperti meneliti rupa.


    • Lihat bagaimana puan bawa kereta, pastikan lampu Eco (hijau bentuk daun) sentiasa menyala untuk jimat dan boleh capai 21.6km/L untuk kereta manual shj. kalau keta auto 20.km/L x silap sila semak balik.

      saya guna axia manual capai 19.5km/L selepas seminggu dapat 18.6km/L, Cara panduan saya teruk serupa penumba jalanan. Pergi kelantan kos Minyak RM50 pergi balik berbanding Wira 1.5 RM80 dah JIMAT RM30. Mungkin jalan banyak BUKIT dan berliku – liku menaikkan nafsu tekan pedal minyak habis-habisan.

      Kerap saya memotong kereta lain. setakat ni boleh kata best klu guna gear 3 bila memotong.
      mula tekan gear 3 sedap tapi lepas tu kasi rpm naik 3 dia boleh tarik kasi loncat 110km/J. Tak sama kalau dengan keta biasa lagi ku tekan makin pudar dan kne tukar gear lagi rendah.. puii !!

      Pakai Axia manual mendaki bukit 7 di kelantan guna gear 3, laju dia mendaki setaraf kereta 1.8cc. mungkin sebab ringan senang mendaki. tapi masa tu naik sorang je dengan barang penuh di bonet serupa berat 2 orang.

      Setakat ni puas hati.. paling teruk bawak pun dapat 17.5km/L. Pendapat saya pemanduan saya tak seteruk puan la.. hahah!


  • hello…tumpang tnya..bagaimana nak aktifkan gps kat axia ni?….dah try mcm2….tp gagal jg…try download map & software kat Lokatoo pun sama jg…


  • Naper axia saya bila berhenti saja bunyi.. tarik hand break stop bunyi tu blum masuk sensor motor dok lalu.Tension btoi ngan bunyi ni.. Siapa tahu ya naper dan ada cara nak mati kan sensor.


  • Saya dah pakai Axia for almost six months. Minyak memang jimat. Kalau dari Bandar Sunway ke Gombak, minyak tak turun satu bar pun. Satu bar approximately rm13 for ron95, that was before minyak turun dan naik dan naik lagi. Tapi pikap memang slow sikit lah. Unless, pakai ron97. Memang smooth je kalau tekan minyak, engine pun ta mengaum. Tapi makan minyak banyak sikit. So tak jimat. Speed kalau kat hiway saya pernah try 100-110km/h, kereta masih rilek, tak rasa nak terbang mcm bawak viva except kalau jalan tu tak rata. Suspension dia agak keras lah. Kalau bonggol ke langgar lubang ke memang rasa. Break dia okay. Takde lah tekan sikit dah melompat kereta tu mcm viva. Saya suka rear mirror dia yg boleh tutup and adjust automatically dari dalam. And interior space yg sangat luas berbanding viva. Kawan saya yg pakai myvi ckp dah lebih kurang myvi dah. Boot belakang agak memuaskan sebab kalau pandang susun, byk jugak beg boleh sumbat. Pastu byk bottle holder and mini pockets. Saya suka tengok eco signal tu menyala, jadi saya akan jaga speed saya utk maintain eco mood. Kereta saya selalu ada bunyi pelik kalau bawak laju, saya syak sebab daun2 kat celah2 boot depan tu yg bunyi mcm tu. Sebab bila saya buang daun2 tu, dah takde bunyi dah. I think that can be improved for thw next edition (if there’s any). Cuma saya confused sikit, haritu saya dah pergi utk introspection for 5k and that was free. Kalau saya pergi service for 10k nanti, will I still get the first free service package? Atau dia dah tolak utk introspection tu? Anyone? Thanks 🙂


  • Baru je lulus loan…beli pun sbg kereta kedua..honda city just utk long distance…okla utk g blik keje n ambik hntr ank sekolah…jln jejauh bwk la honda..biasa la brg ciptaan manusia xde yg sempurna..mst ade mslh..klu niatnya utk kemudahan inshaallah mslh dpt diatasi…syukur alhamdulillah. ..


  • Aku dah guna axia 6 bulan. Jimat minyak, handle bagus. Tapi pickup kurang. Lepas tukar kecik sikit 165/60r14, masalah semua hilang. Axia terbaik.


  • Acutly axia ni ade eco save.. klu perasan dekat meter ade logo eco.. bg kete eco ni once u tekan pedal it will take 3 sec utk baca kelajuan kete tu.. klu kete yg xde eco ni bila dh tekan pedel trus gerak ikut kuat mne kite tekan pedal.. sbb tu korg rs kurang pickup kete axia ni n sbb ni jgk la kete ni jimat minyak… sy pernah owned kete kelisa.. jimat minyak , pickup n mmg laju… tekan rapat meter pn no hal… lg 1.. jgn la compare iriz dgn axia.. cc jauh beza kot.. 1.0 vs 1.3 or 1.6..


  • Sangat puas guna axia. dah 6 bulan pakai axia. minyak mmg jimat beb. sangaaat jimat. puas hati. sebelum ni aku pakai kelisa. beza kelisa vs axia ni ialah pickup je axia kurang sikit semasa pecut dari O – 100 km/j. tapi bila dah stabil dan make mementum, axia lagi pikap drpda kelisa terutama kat highway. best beb. caya lu!. Tak heran kenapa pecutan O – 100 km/j kelisa lebih baik, ini kerana body kelisa kecil sesuai saiz enjin 1000cc. Tapi bila dah stabil pikap 120km/j axia lebih baik drpd kelisa. sangaaaaat puas hati pakai axia. Tahniah perodua, cipta kereta mantap spt axia!!! Oh ya, pasal minyak, axia dgn kelisa lebih kurang sama jimatnya.


  • Walau apa pun pendapat mereka tentang jimatnya minyak kereta lebih 1,000 cc ke atas, namun jimatnya minyak kereta axia 1,000 cc ini tiada tolok bandingnya. Dengan sistem EEV dan ECO yang ada pada axia, penjimatannya sangat ketara dan tidak dapat ditandingi oleh kereta cc lebih besar daripadanya. Terperanjat tak kalau KL – Melaka minyak hanya RM20. Sampai Melaka masih ada balance lagi ronda2 kota Melaka? Itulah axia. Nak cari kereta bagaimana lagi yang paling jimat? Pilihlah axia. Tidak rugi memilikinya!


  • Kepada yang minat masih main kekah, macam king2 jdm,layanlh axia sebab boleh main part Toyota agya, dan daihatsu ayla.. Se2buah kereta semua jenis ada kelebihan masing2..


  • Kawan saya baru je meninggal lpas sebulan dapat axia advance…langgar tembok konkrit di Hiway Pasir gudang..Terkeluar dari kereta…walaupun dah pakai tali pinggang..
    Kereta ringan sangat…Al-Fatihah


  • nak tya, sy pki axia juga, tp pg service kat perodua mcm cekik darah mahalnya…..
    1st service free labpr- bawah seratus
    2nd service rm200 plus
    3rd service rm300 plus
    Kereta baru setahun 2 bulan. milage bawah 20 k, tp syg kereta sy hntr service tampa trggu cukup millage
    .
    – sy hantar service kat Perodua Glenmarie shah alam seksyen 13. xtahan nak hantar service kereta kat sana, ada ke patut harga utk service axia mcm tu, sedangkan kwn i pki myvi bawah rm150 and my sister pki alza pun bawah rm150.
    – mmg xberbaloi la service sampi rm300 plus. ni cerita benar. bila sy tya pekerja glenmarie perodua, apa bexa bateri basah n bateri kering, dia ckp xtahu.
    – ni menipu kita org yg xtahu pasal kereta ke apa. bila i bgth fmly pasal hrga service, semua terlopong kot, ckp i kena tipu perodua. entah betul ke tidak dia main click buton choice kat system dia. tahu la nak tingkat kan profit, tp agak2 la, axia je kot.
    – so klu dia menipu dgn charge mhl mcm tu, duit yg dia mkn tu xhalal,,mmg sy xikhlas n hrp yg mkn tu dpt musibah!


  • Saya dah guna 4bulan..no komen..sbb mmg sy nak beli utk guna,ikot kemampuan,janji boleh guna…xde masalah….
    walaupun org byk komplen itu ini,tapi sy xkesah…
    #sy no komen sbb sy xtaw sgt pn pasal kete…asal boleh jer… (*^_^*)v

    Tapi…skrg dah 10k lbh..xpi service lg,xde masa…harap2 xjd mslh..


  • Bukan sahaja axia. Tu apa cerita yg accident kat duke highway kereta nissan x trail pun orangnya tercampak keluar dari kereta? Tu bukan kereta ringan. Kereta berat lagi.


  • axia ni..utk sape g kje nek kete ddk selangor@kl mmg jimat mnyk,wlupn jem,mnyk still xluak bnyk..sg buloh-menara tm,mnyk just gne 2.80,so g n balik rm5.60..kalo bbanding i bwk honda city,g n balik rm8.70..x campur tol lg..so..i believe stiap kete ade klebihan..depend tujuan utk gune..kan?nk kate kete axia x pickup n x laju bbanding dgn kete sekian2 dkt hgway, awat x banding kn kete sekian2 tu dgn lotus@ferrari jgk..


  • Aku bli kete ni untuk ulang alik keje Shah Alam & KLIA. Utk kegunaan long distance ada kete lain yg lagi sesuai. Aku ambik Spec E yg paling murah. rege dia $24k+ je. Aku pilih yg ni pasal murah & tak payah buat hutang dengan bank. Dapat je terus tukar rim, pasang central locking & OEM sound system yg lagi bagus dari Axia Advance punya. Total habih upgrade dlm $4k & total cost masih lagi murah dari G Spec. Puas hati… Cuma yg lacking kete ni takde ABS tapi inshaaAllah okay dengan pemanduan yg berhemah.


  • nak tanya pengalaman dan pendapat owner2 axia yang lain….sy dah pakai axia jni dah setahun 4 bulan…sejak bulan ni rasa dah makan minyak plak kete ni….tgk kat meter penggunaan minyak tu dah jadik 11.6 km/l….dulu 15.6km/l…tensen plak sy:(


  • Saya baru pakai axia g gear up. Mnyak kalau dah nak habis akan berkelip tak ? Sbb minyak belum berkelip, tape range meter dah – – – km.. Tak tahu nak ikut yang mana. Isi based on range meter atau tunngu minyak berkelip . Tq.


  • sesiapa tahu cara nak parking guna gear neutral . biasa la stay dkt apartment mmg kne parking double park . ni dah menghalang kenderaan lain . so sad !!!


  • Major Pros:
    1. Minyak jimat, terengganu-kl pegi balik rm50 120kmh average. (Paling jauh stkat ni)
    2.Luas Interior, boot, headroom, leg room mmg plus, seat depan kalau tolak habis org blkg msih selesa. Leather seat.
    3. Handling steady time laju, tp kalau selekoh rasa mcm bwk kete mainan, xde feedback, tp stabil.
    4. Kete ni paling murah in local market, walaupun advance.
    5. Design mmg eye catching, cute baqhang kete ni.

    Major cons:
    1. Audio system untuk advance bunyi mcm letak henset dlm tin biskut, terutamanya kalau pkai via Bluetooth.
    2. Gps lag, better pakai waze.
    3. Bunyi warning seatbelt agak annoying, bunyi digital mcm mesin basuh kat rumah. Prefer bunyi bell mcm kete europe, solution pkai dummy. Tapi xde safety lah.
    4. Kete ni xde lampu utk org blkg, so mlm2 anak2 menangis cari selipar takut kena tinggal.
    5. Material untuk roof trim mmg x sesuai, sukar untk dibersihkan, x mcm material kancil kelisa kembara, so standby anak2 mkn aiskrim, coki coki.
    6. Time rpm 2000-3000, belting bunyi vibrate. Servis perodua x layan pun problem ni.
    7. Pickup ni atas driver jgk, kalau anda suka potong2, ini x sesuai, bahaya kalau bwk family (actually semua potg2 bahaya kalau x pndai), kalau pndai lajak, jaga rpm kick, clutch, boleh je, kalau pompuan drive mgkin bagi signal memanjang, tp x pintas2 lagi
    8. Cat kete ni mmg xde kuality, kalau perasan bumper dgn skirt xde undercoat, nnti korg tgk lah, kalau suka lasak2 g mancing, sekali cat dh chip, xleh polish dah, terus cecah plastic.
    9. Kalau advance, proxymity sensor depan tu alahai, dah la sensitif x tentu arah, motor lalu bunyi, jet lalu bunyi, kalau hujan, lg teruk bunyinya, saya penah kena 1jam dgr bunyi mesin basuh, dah la campur jam, hujan lebat, radio x dengar, yg paling best kat perodua repair guna tape je balut2, baik pegi kedai ah beng, aduhai.
    10. Walaupun pintu kedap, tpi soundproof haram, bunyi jalan, bunyi enjin, bunyi angin, hmmm…
    11.cermin blkg agak narrow view dia, hati2 kalau nk parking


  • cume nak tau .. macam mana nak elak bunyi tak tentu arah tu .. klu kt parking lagi hazab .. slagi x parking .. slagi tu bunyi tak berhenti-henti .. parking office level 6 … stress dgr bunyi sensor cm ape ntah .. sepanjang jalan pon bunyi .. KL ni hari2 jammed … hazab sungguh …


  • Salam… saya guna axia adv yg ada radio touch screen tu… nak tanya monitor axia tu blh tak di sambung dgn kamera undur?? salesman kata tak blh… pencerahan…


  • Penggunaan minyak axia…
    Setakat 1 ogos 2016 ni…kalu isi RM10,range meter akan bagitau dapat jalan sejauh 100km…tp kalau bawak laju 70km/j dan x guna aircond,boleh cecah perjalanan sejauh 120km…tu sy dah try buat.


  • Axia mmg cantik ,jimat dan selesa masa memotong bila laju ok cuma mula nak jalan rasa mcm lmbab sikit .Kalau tutup acond ok kot.Overall memuaskan dn terbaik utk nilai wang


  • Tak pasti la samada semua rasa..atau mungkin sebab tayar kecik kot..saya rasa macam handling tak begitu respons baik..

    Baru je dapat dlm 2 hari Axia ni..hehe


    • Rupa & harga dia la yang berbeza.. Prestasi sama je.. Kalau tak kisah rupa kereta, amnik manual e, kalau nak cantik sikit, ambik manual SE.. Kalau rasa nak bertukar kereta lagi dalam tempoh 5 tahun ni, baik ambik auto, manual nak jual dah tak berapa nak laku..


    • kecian, perodua nya kereta cukup 5tahun ja..tu pn bergantung pada nasib.after 5thn standby la puluh2 ribu repair..itu lah perodua..
      gah pada marketing saja..


  • Boleh tanya tak pengguna axia kat sini. Kenapa lepas cuci kereta, bila bawa kereta tu habuk terus melekat kat belakang axia? Ada suggestion tak nak guna care product supaya takda kotoran melekat kat belakang kereta? Penat2 cuci pastu kotor kat belakang tu pulak. Hadapan dan sisi kanan kiri tak pula kotor. Pelik sikit. Atau pasal aerodinamik dia? Mohon penjelasan


  • Boleh tanya tak pengguna axia kat sini. Kenapa lepas cuci kereta, bila bawa kereta tu habuk terus melekat kat belakang axia? Ada suggestion tak nak guna care product supaya takda kotoran melekat kat belakang kereta? Penat2 cuci pastu kotor kat belakang tu pulak. Hadapan dan sisi kanan kiri tak pula kotor. Pelik sikit. Atau pasal aerodinamik dia? Mohon penjelasan


    • apa punya soalan la..ada la tu langsuir menumpang duduk.

      kotoran2 badan tertinggal.tu perkara biasa aja bah..gi cuci settle lah!

      ni nak kongsi cket..

      Perodua punya kereta exp kereta2 cc kecil jangan la nak mengarap ia tahan lama. anda mungkin bernasib baik sebelum kereta 5thn xda masalah. after 5thn say to bye2..standby duit banyak2.. beribu2 akan melayang.. 1 1 mslh timbul. dan harga sangat mahal tukar tu ni.
      sekadar berbulan2 baru pakai jangan nak bangga sangat yaaa nak puji bagai sangat ok la apa bagai. politik betul!!!

      ni kisah benar. dan saya jugak dahulunya pengguna kereta malaysia.
      bukan xnak surport kereta malaysia tapi standard utk ketahanan yang lama xkan wujud di malaysia. petah lagi dengan harga.. mampu milik??tanya sapa yang wujudkan ayat ni..

      gah pada marketing saja perodua!!
      jangan tertipu rakyat malaysia!


    • apa punya soalan la..ada la tu langsuir menumpang duduk.

      kotoran2 badan tertinggal.tu perkara biasa aja bah..gi cuci settle lah!

      ni nak kongsi cket..

      Perodua punya kereta exp kereta2 cc kecil jangan la nak mengarap ia tahan lama. anda mungkin bernasib baik sebelum kereta 5thn xda masalah. after 5thn say to bye2..standby duit banyak2..puluh2 ribu akan melayang.. 1 1 mslh timbul. dan harga sangat mahal tukar tu ni.
      sekadar berbulan2 baru pakai jangan nak bangga sangat yaaa nak puji bagai sangat ok la apa bagai. politik betul!!!

      ni kisah benar. dan saya jugak dahulunya pengguna kereta malaysia.
      bukan xnak surport kereta malaysia tapi standard utk ketahanan yang lama xkan wujud di malaysia. petah lagi dengan harga.. mampu milik??tanya sapa yang wujudkan ayat ni..

      gah pada marketing saja perodua!!
      jangan tertipu rakyat malaysia!


    • Kereta pendek (hatch back)mmg cam tue..klu hujan segala habuk, pasir akan.terperangkap di.cermin belakang, dan akan.cepat kotor..tue sbb klu kereta jenis hatch back.mesti.ada viper kat belakang.


    • Saya pernah kena 3 kali. Masa keluar spanar tu enjin berat dan ekon tak berfungsi. Pergi pro2 mereka tak dapat detect apa2 punca. Lepastu esok pergi kerja jadi balik benda yg sama. Pergi pro2 masih lagi tak blh detect. Sampailah dah jadi kali 3 saya pun dh angin asyik kata takda problem. Kalau takda problem takanlah keluar signal spanat tu!! Senang je depa cakap macam tu. Pastu cek punya cek rupanya fuse dlm enjin tu terbakar. Huh!!! Angin jugak saya masa tu!!!


    • Kereta pendek (hatch back)mmg cam tue..klu hujan segala habuk, pasir akan.terperangkap di.cermin belakang, dan akan.cepat kotor..tue sbb klu kereta jenis hatch back.mesti.ada viper kat belakang.


  • so far dah pakai dekat 10000 km. driving.. semua ok kecuali pick up slow sket masa nk memotong.. tapi minyak memg sgt jimat.. sesuai dgn zmn najib slagi dia x turun2.. so turunkan dia bagi harga minyak turun jom!


  • ok laa axia ni…akk dh pkai 2 thn bw pegi sek…tkde mslh lg….minyak jimat sgt…axia akk dh blik jengka tau….dh pegi KL….ulg alik jb pun dh bnyk kli….citra dn accord akk dh jarang bwk


  • saya beli axia auto G spec tahun 2016 dah 2 tahun pakai. komen saya yg 2 tahun pakai keta ni. kereta ni ok la sebab murah. beli masa tu seblm yg facelift. model G yg ada abs. kalo drive dalam bandar ok. saya ulang alik drive dari tempat kerja di kl ke shah alam bawak slow ok la. nak bawak secara agresif mmg xboleh sbb kereta kurang pickup lembap sikit. kalo tekan minyak secara mendadak mmg xpergi punya. kalo nk jimat kena bawak slow relax jer.kena bg simbol hijau eco pada odometer tu nyala selalu..kena pandai konttrol minyak tekan pedal relek jer..kalo kaki tekan minyak sampai cecah lantai mmg xjimat langsung axia ni.
    pengalaman saya balik kampung kat kelantan..pernah bawak balik 2 kali. saya secara peribadi tak rekomen langsung bawak kereta ni jalan jauh kalo perjalanan tu banyak bukit.minyak pun xjimat mana.kos minyak ron95 daripada shah alam ke kb hampir rm60 sehala mcm lebih kurang kereta honda civic fd saya dulu.
    ok overall axia ni ok la. low maintance yg penting. beli pun sbb saya tak larat dah nak jaga honda fd 1.8 saya dulu..sbb nk beli landed house dkt selangor terpaksa trade in kt perodua amek axia ni..jimat duit saya bayar bulan..lagipun bayar keta honda tu mahal lepas tu honda tu tak gerak mana sbb ada sebiji lagi kerate myvi kat rumah..skrg myvi jer xgerak mana selalu pakai axia jer sbb bawak relak minyak pun jimat setakat nk g aeon mall seksyen 13 tu.utk pembeli kereta pertama digalak kan beli kereta murah mcm ni..beli kereta murah lepas tu beli rumah ya..rumah makin mahal menyesal dulu beli kereta mahal bayar 1000 lebih sebulan lepas tu nk beli rumah xder duit..jgn jadi mcm saya ya..tp kalo nak jalan jauh ker mcm kampung kt kelate ke kedah ke jauh2 tu kal ada duit lebih beli la kereta honda city ke vios ke..proton pun ok juga..sebenar nya saya pun pernah juga pakai proton gen2 dulu beli baru model cps manual 2008.ok la enough bebel


    • Betul itu 126 kelometer saya kekaklkn kelajuan 50-125km/j then contrl janji eco hidup …full tank dari titik a ke titik b masih full tank ….
      ==============================
      126
      +
      126
      =252km = 2bar …hilang


  • Nak tanya, untuk Axia Standard yang tak ada Bluetooth, boleh ke nak install bluetooth tuh? Sebab nak dgr spotify dalam kereta hehe. Masa beli, mampu Axia standard je time tuh haha


  • Maaf tuan puan semua. Saya baru beli Axia. Kereta ini khas utk dalam bandar saja bukan utk long distance atau balik kampung. Enjin gegar sbb 3 silender mmg mcm tu. Bila jalan slow rasa gegar sbb cara pengunaa gear byk kepada gear 2 dan 4 jd bila nak slow down dia dlm gear 4. Quality luar dalam mmg dah ada beza. Tutp pintu pun dah sedap bunyi. Tapi masih perlu belajar lagi fit and finish sbb masih ada bunyi bunyi yg tak tau puncanya. Secara jangka panjang, Axia kena jaga maintenance ikut jadual sbb dah ada VVT. Kalau ikut jadual and tak hentam kereta ni mcm teksi boleh tahan 10 tahun. Insha allah.


  • Saya sudah guna Axia SE sejak 2017 dan kerap berjalan jauh setiap kali cuti penggal persekolahan ke Terengganu, Penang, Melaka, Pahang dan sebagainya berulang kali.

    Sehingga kini tiada masalah langsung cuma ikuti servis setiap 10 000km di Pusat Servis Produk.

    Pemanduan menyeronokkan dan selesa walaupun kurang pick up , petrol menjimatkan, mudah parking dan kos servis rendah.

    Walaupun berat saya 115kg tapi dengan tiga penumpang yang lain kereta ini masih boleh menjelajah jauh hingga ke Cameron Highland, Fraser Hill dan Genting Highland. Cuma ruang barang agak terhad.

    Apa pun kereta ini sangat berbaloi dari segi kos dan tiada masalah untuk perjalanan jauh.


  • hari ahad lepas saya isi kereta axia saya full tank di selayang, kemudian saya balik damansara, then ulang alik pergi kerja dari damansara ke bandar utama sampai harini dah hari khamis, meter minyak saya still full. axia memang terlalu save minyak sampai macam ni sekali ke ataupun meter saya rosak ya.?


  • Tumpang tanya semua, saya nanti kemungkinan nak beli axia. Saya beli axia ni pun untuk kegunaan kerja sebagai merchandiser. So axia ni berapa ringgit ye untuk dapatkan minyak full tank?


    • berapa ringgit bergantung kepada harga pasaran harga petrol setiap minggu. Kalau ikut pengalaman saya, lampu dah klip2 boleh masuk 20liter-22liter (darablah dengan harga minyak semasa). Walaupun dalam spec tangki simpanan ialah 36liter..


      • assalamualaikum… nak mintak pendapat sikit…saya ingat nak beli axia untuk ulang g kerja usj ke shah alam dan jugak untuk balik ke kampong kelantan… adakah sesuai jika axia? yela saya pun gaji xbanyak sgt 2000 bersih…

Leave a Reply